Negara Toksik III

422 56 5
                                    

"Jangan berani kau larikan diri! Aku takkan benarkan!!,"teriak Raja Venom yang mula berlari mendekati Toni.

Toni mula membuka kuda-kudanya sedia untuk bertempur. Sebelum ini dia selalu dianggap sebagai anak pengecut, kini dia akan buktikan bahawa ayahnya salah.

"Peluru Racun!,"pekik ayahnya lalu menyerang Toni bertalu-talu.

"Kepompong Toksik!,"pekik Toni pula.

Peluru Raja Venom kesemuanya hanya mengenai perisai kepompong dan menghilang.

"Wahaha. Dah pandai guna teknik baru ye, cuba rasakan ini pula. Gas Tidur!"

Gas-gas berwarna hijau keluar dari badan Raja Venom lalu meluncur pantas ke arah Toni.

Toni berguling mengelak gas-gas tersebut. Pergerakannya lincah bagaikan sudah dapat mengagak setiap arah serangan. Satu kepulan gas mendekatinya dengan sangat pantas

"Perisai Toksik!"

Tindakannya yang pantas berjaya menyelamatkan nyawanya. Kepulan tersebut menghentam perisai dan kemudiannya menghilang.

"Toni... Toni... Adakah kau hanya mampu untuk membuat teknik pertahanan sahaja? Ini sahaja kah yang kau belajar setelah duduk bertahun di Negara Unitex tu? Memang sampah,"seloroh Raja Venom.

"Negara Unitex tak salah! Ianya cuma saya tak mahu mencederakan ayah!,"kata Toni membidas tuduhan ayahnya.

"Heh, dasar anak tak malu. Kau nak cederakan aku? Nak sentuh aku pun tak semestinya kau mampu lah!"

Tak semena-sema, jaringan tali beracun muncul dari bawah dan mengikat tangan dan kaki Toni . Toni tidak dapat melepaskan diri kerana tali tersebut menyedut tenaganya yang menyebabkan dia semakin lemah.

Raja Venom kemudiannya membuka kuda-kuda. Wajahnya juga berubah serius tetapi kali ini riak mukanya kelihatan penuh kebencian.

"Aku tahu aku patut hapuskan kau sejak kau lahir lagi. Anak tak berguna! Hiyarghhhh!!!!!!!"

Aura kehijauan muncul menyelubungi badan Raja Venom. Tangan kanannya diangkat tinggi ke udara. Aura hijau gelap tersebut bergerak dan berkumpul pada tapak tangannya.

Bebola aura itu mula bertukar bentuk menjadi satu senjata yang mengerikan. Hujungnya runcing dan bentuknya panjang.

Toni terkejut . Ayahnya benar-benar mahu menghapuskannya. Walaupun dia mengetahui sifat tak berbelas kasihan ayahnya sejak dulu lagi, tetapi dia tidak menyangka ayahnya sanggup untuk membunuh dirinya.

"Haha-HAHAHA. Rasakanlah kuasa penuh aku dan pergi lah kau ke neraka! Tombak Kematian!"

Tombak hijau kehitaman dilontar dengan sepenuh tenaga. Sasarannya adalah tepat-tepat ke arah dada kiri Toni, di mana jantung terletak.

Shiuuuuuuuuuu......

Sap!

Toni membuka matanya. Alangkah terkejutnya dia apabila tombak itu tidak mengenainya tetapi... tombak itu tepat menembusi perut Reo yang berada di perantaraan mereka.

"Uhuk....,"aduh Reo dan terbatuk darah.

Reo terbaring dan terlantar ke lantai. Windy yang baru keluar daripada terowong terkejut dan menutup mulutnya.

"Reo!!!"

Toni menggunakan sepenuh kekuatannya sehingga segala jaringan yang mengikatnyterus terputus. Toni duduk berlutut di sebelah Reo . Kepala Reo diletakkan diatas ribanya.

"Reo, cakap dengan aku. Kau kena kuat!,"rintih Toni.

Reo membuka matanya perlahan-lahan. Nafasnya sudah tidak teratur. Darah tidak henti-henti keluar sehingga membasahi uniform sekolahnya yang putih.

"Kau kena pergi cepat. Ba-bawa Windy pergi. Uhuk uhuk...mereka yang lain lebih perlukan korang berdua berbanding aku,"kata Reo diselangi dengan batukan darah.

Windy pula hanya berdiri kaku melihat mereka. Rasa sebak menyelubungi dirinya. Kesedihan ini dirasai dengan sepenuh hati nurani.

Air mata mula bergelimpangan di kelopak matanya. Ditahan embun kesedihan tersebut supaya tidak gugur. Jangan menangis Windy! Kau tak boleh nangis depan diorang!

Namun air mata ikhlas tetap jatuh juga ke pipinya. Windy segera mengesatnya lalu berlutut di sebelah Reo juga.

"Kau memang bodoh Reo. Kau tak pernah nak fikir panjang sebelum buat sesuatu. Kau bodoh. Kau bodoh,"seloroh Windy sambil menangis dan mengetuk-ngetuk kaki Reo perlahan.

"Haha... kalau definisi bodoh adalah kepentingan dalam persahabatan, aku tak kisah untuk jadi bodoh sampai bila-bila,"kata Reo sambil tersenyum lemah.

Windy menangis tanpa henti. Toni juga mula mengalirkan air mata.

"Hahaha drama murahan yang menggelikan hati. Masa untuk aku tamatkan kalian bertiga,"lagak Raja Venom mencelah kesedihan mereka.

Toni segera mengangkat Reo. Windy juga membantunya untuk berdiri. Mereka segera bergerak ke arah lubang terowong yang sudah terbuka dari tadi.

"Windy, kau kena bawa Reo pergi dan dapatkan rawatan segera. Aku pula akan-"

"Takpayah. Aku hanya akan melambatkan korang, tinggalkan je aku di sini. Korang pergi,"Reo memotong kata-kata Toni.

"Tapi kau-"

"Aku kata pergi. Tapi janji pada aku, pastikan korang semua dapat bersama-sama menyelamatkan bandar kita dan kembalikan keadaan seperti sediakala,"terang Reo.

Tanpa amaran, Reo menolak Toni dan Windy masuk ke dalam terowong. Dia menutup semula terowong itu dengan tong besi.

"Reo!!!!". Panggilan Windy dan Toni kedengaran bergema sebelum sayup-sayup hilang.

Reo memegang perutnya. Darahnya kelihatan semakin berkurang, menandakan kuantiti dalam darahnya juga sudah mencapai tahap berbahaya.

Dia berpaling memandang Raja Venom yang sudah berada di hadapan pintu.

"Kau dengan anak aku memang lemah. Belas kasihan dan nilai persahabatan korang yang merepek tu benar-benar menjengkelkan aku,"caci Raja Venom.

"Heh...,"tawa Reo bernada sinis.

"Kalau macam tu, aku akan tolong kau hapuskan kejengkelan kau tu... untuk selama-lamanya,"sambung Reo dengan renungan mata yang tajam.

"Gelombang Supersonik Maksima!!!"

________________

"Kita kena selamatkan dia! Dia dah dalam keadaan kritikal!,"kata Toni dengan nada resah dan mendesak.

Mereka berdua berada di hadapan pintu pagar istana, di mana sudah selamat daripada sebarang ancaman.

"Aku setuju. Jom kita...,"belum sempat Windy menghabiskan kata-katanya , tiba-tiba tanah bergoncang.

Tanah bergoncang dengan sangat kuat bagaikan gempa bumi dengan gegaran 8 skala ritcher. Jeritan ketakutan kedengaran di sana-sini. Banyak orang bertempiaran lari.

"Tengok tu!,"jerit Windy.

Toni melihat ke arah jari Windy menuding, iaitu ke arah istana.

Kelihatan menara istana sudah retak sebelum roboh perlahan-lahan. Diikuti dengan aras tingkat empat, tingkat tiga, tingkat dua dan ruang tamu. Akhirnya semuanya roboh dan rupa bentuk istana tidak kelihatan lagi.

Satu menara mula senget dan condong. Seketika kemudian, ia mula bergerak roboh tetapi ia menghala ke arah mereka berdua.

"Ada menara yang roboh ke arah kita!,"pekik Windy panik.

"Cepat peluk aku. Aku akan teleportkan kita terus ke Bandar Elvetor,"arah Toni pantas.

Tanpa membantah, Windy memeluk Toni dan memejamkan matanya.

Dalam sekelip mata mereka pun hilang dan runtuhan nenara menimpa tempat mereka berdiri tadi.

____________________
to be continued... :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now