"Tak.. saya bukannya macam apa yang kalian fikirkan. Saya cuma..", dalih Dr. Chrone
"Cukup, doktor", kata Reo kemudian menjauhkan diri dari Dr. Chrone juga
Serentak dengan itu, derapan kaki yang agak kuat kedengaran dari luar rumah. Bunyi macam orang sedang berlari.
Seketika itu terpampang wajah seorang remaja yang tercungap cungap di hadapan pintu. Nampak keletihan benar ni.
"Kita kena tinggalkan sini sekarang. Askar askar SOLID ada di kawasan persekitaran sini", kata Spike dengan nafasnya yang masih tidak teratur.
Pyro terlopong mendengar katanya. Flora pula menekup wajah dengan telapak tangannya. Dugaan apa pula lagi yang bakal menimpa ni.
Seketika keadaan menjadi sunyi sepi . Mereka sibuk melayan perasaan takut masing masing. Ketidak percayaan terhadap Dr. Chrone juga masih tidak pudar.
"Jadi kita berlengah apa lagi? Kita kena keluar dari rumah ni", kata Zack yang tampil ke hadapan.
"Macam mana kau boleh berkata dengan begitu yakin seperti itu?",tanya Windy.
"Zack ni kuat bila waktu malam. Memandangkan jam juga sudah pukul 11.30 malam,hanya tinggal 30 minit untuk kekuatan aslinya muncul", terang Shiny mewakili abangnya itu.
"Tapi saya rasa di luar itu lebih bahaya. Stay je dalam ni", kata Dr. Chrone menasihati mereka.
"Takpelah doktor. Kami lebih rela keluar dan ditangkap . Bukankah sama saja seperti bersama doktor, bukan?",ujar Stelix.
Dr. Chrone terkedu dengan kata katanya. Sungguh menusuk kalbu mendengarkannya. Ya, betul. Aku dah tak mampu melindungi mereka lagi. Kepercayaan mereka terhadap aku juga sudah musnah.
"Cepat . Apapun keputusan kena buat dengan cepat . Dah tak ada masa ni", kata Spike tergesa gesa.
Stelix terus merentap lengan Windy dan Geo membawanya keluar dari rumah. Izz memegang tangan Aqua dan membawanya juga. Mereka keluar beransur ansur dan diikuti Hydro, Terra, Virnus dan Ember yang mengusung Pakcik Liq.
Hanya Dr. Chrone sahaja yang ditinggalkan di sana berseorangan. Dr. Chrone tidak cuba untuk melawan mahupun membantah. Keputusan mereka terletak pada pilihan mereka sendiri.
"Kita nak lari ke mana ni?", tanya Aqua sambil mempercepatkan langkahnya mengikuti Spike dan Pyro yang berlari lebih pantas dihadapan.
"Tak tahu. Semua tempat dah macam tak selamat", jawab Pyro tanpa menoleh memandang Aqua.
"Apa kata kita masuk ke kawasan hutan itu? Kedudukan kita tak akan dapat dikesan", cadang Spike sambil menuding jari ke arah hutan yang agak gelap di tepi lembah.
"Aku taknak. Takut", rintih Flora sambil mendekatkan diri pada Shiny.
Toni hanya mengelipkan matanya beberapa kali tanda tidak percaya. Selama hidup ni, tak pernah pula terfikir untuk masuk ke dalam hutan . Tambahan pula pada waktu malam!
"Jom", ujar Spike lalu melompat ke dalam semak samun lalu terus berlari ke hutan.
Tingkahnya diikuti yang lain dari belakang. Hydro dan 3 rakannya menghadapi sedikit kesukaran kerana terpaksa membawa Pakcik Liq yang tak sedarkan diri .
Dalam perjalanan, langkah mereka terhenti. Aqua menarik tangan Izz supaya berhenti. Izz memandang ke arah Aqua untuk memahami perbuatannya.
"Betul ke apa kita buat ni? Macam mana dengan Dr. Chrone?", tanya Aqua yang ragu ragu.
Melihat kekeliruan Aqua yang memerlukan jawapan itu, Izz melepaskan nafas berat.
"Kalau betul dia nak lindungi kita, kenapa dia tak ekori kita pun?", kata Izz.
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Sementara itu...Mereka semua meninggalkan aku seorang di dalam rumah kosong ini. Namun sebenarnya bukan keseorangan. Ada 3 lelaki tadi yang masih kaku tidak bergerak di belakang ku.
"Patutkah aku mengekori mereka?"
"Tapi mereka dah tak percayakan aku"
"Tapi bagaimana dengan keselamatan mereka?"
"Ah aku tak kira ! Walaupun aku mungkin akan dihalau mereka nanti, aku akan tetap melindungi mereka", kata Dr. Chrone di lubuk hati
Dia tekad untuk mengekori mereka dari belakang. Perlahan lahan Dr. Chrone mengambil langkah keluar dari rumah itu.
Tiba tiba tangannya direntap dari belakang. Genggaman tangan itu amat kasar menahan Dr. Chrone daripada melepaskan diri. Dr. Chrone menoleh sekilas ke belakang.
"Nampaknya kuasa kau tak bertahan lama Chrone"
____________________
to be continued...
YOU ARE READING
ELEMENTOM ©️
Fantasy❤❤❤❤❤❤❤❤❤ Aku Pyro. Seorang remaja dan penjaga unsur api. Aku tak kenal bapaku sejak lahir lagi. Kata ibu , bapaku hilang tanpa khabar berita ataupun yang lebih tepat, MENINGGAL DUNIA. Kisahku bermula apabila sekumpulan askar kejam datang menyerang...