"Ayah!"
"Ayah?!," soal Aqua yang terkejut dengan panggilan yang dilaungkan Hydro.
Askar itu menoleh dan ternampak seorang remaja lelaki yang berbaju biru gelap datang ke arahnya. Hydro berlari dengan hati yang penuh gembira ke arah askar itu sambil dia mendepakan tangan ke arahnya.
Askar itu juga memberi respon. Dia menundukkan sedikit badannya menyambut pelukan Hydro. Terukir senyuman gembira yang teramat di bibir Hydro serta lelaki itu.
Pyro yang berada di sebelah hanya tersenyum menumpang gembira. Yelah, seorang ayah... dapat dipertemukan dengan anaknya hanya berasaskan takdir sahaja. Takdir ini memang suatu yang misteri.
'Tapi apakan daya... takdir tak berapa memihak pada aku. Aku tak ingat macam mana rasa kasih sayang seorang ayah,'monolog Pyro sambil termenung memandang kedua-dua anak-beranak yang berpelukan di hadapannya.
Askar tersebut memandang ke arah yang lain dengan senyuman tanda terima kasih tanpa melepaskan pelukannya pada Hydro. Reaksi wajah askar itu jelas tidak sama seperti askar-askar yang lain . Dia nampak seperti... ada belas kasihan dalam hatinya.
"Sebenarnya , pakcik sedang mencari anak pakcik ni lah, Hydro,"jelas lelaki itu sambil melepaskan pelukannya.
Dia berdiri lalu meletakkan tangan di atas bahu anaknya dan tersenyum gembira.
"Oh pakcik ni ayah Hydro?," kata Shiny dengan nada lega.
Lelaki itu mengangguk. Dia memandang ke arah Dr. Chrone dan bersalam dengannya sebagai sapaan.
Hydro menatap wajah ayahnya. Ayahnya masih berkelakuan seperti biasa. Tetapi itu aneh. Macam mana boleh begitu?
Kini Hydro pula yang membuka bicara. Dia menanyakan soalan yang terbuku di mindanya sejak tadi.
"Ayah... ayah belum sempat diracun lagi eh?," tanya Hydro.
Ayahnya memandang anaknya itu dengan wajah yang keliru. Kenapa anaknya tiba-tiba bertanyakan soal itu?
Memahami riak wajah ayahnya yang sedang keliru dengan persoalan itu, Hydro segera menambah.
"Bukan apa, sebab ayah nampak normal. Ayah masih boleh berfikir mengikut kehendak diri dan ayah juga masih boleh merasakan perasaan. Takkanlah ayah sudah diracun kan,"jelas Hydro menerangkan sebab-musabab dia menanyakan soalan tadi.
"Ouh. Ya, ayah belum sempat diracun lagi. Ayah sempat larikan diri,"jawab lelaki itu.
"Pakcik dapat lari? Lari dari mana? Macam mana pakcik boleh lari?," tanya Ember.
"Pakcik sebenarnya dah melalui proses pertabalan pangkat dan penukaran elemen. Pakcik kini bukan lagi pengguna unsur air, tetapi... pengguna unsur plasma", jawabnya dengan nada sedikit hiba.
Hydro juga tidak kurang terkejutnya apabila mendengar bahawa ayahnya tidak lagi mampu melentur unsur air.
"Apabila sampai pada tempat untuk meracun memori, pakcik segera larikan diri. Kecoh juga lah pada masa tu. Tetapi pakcik sempat keluar,"katanya lagi.
Dr. Chrone mendekatkan diri pada pakcik itu. Dia juga mengajukan soalan .
"Sebenarnya bagaimana keadaan di dalam pangkalan mereka?,"tanya Dr. Chrone dengan perasaan ingin tahu.
"Tempat itu dipenuhi dengan baju askar yang ditempa dengan besi kukuh . Dan juga terdapat beberapa orang suruhan penjaga unsur racun yang bertugas untuk meracun memori mangsa di sana,"jawab ayah Hydro.
"Tetapi yang lebih penting, mereka semua telah berpaling tadah dan hanya mengikut sahaja kata ketua mereka tanpa boleh membantah langsung,"sambungnya lagi.
YOU ARE READING
ELEMENTOM ©️
Fantasy❤❤❤❤❤❤❤❤❤ Aku Pyro. Seorang remaja dan penjaga unsur api. Aku tak kenal bapaku sejak lahir lagi. Kata ibu , bapaku hilang tanpa khabar berita ataupun yang lebih tepat, MENINGGAL DUNIA. Kisahku bermula apabila sekumpulan askar kejam datang menyerang...