MATA Daniel masih melilau di kawasan itu. Bola matanya bergerak-gerak dengan satu tujuan, mencari yang perfect. Aip, bukan usya awek orang ataupun janda ye? Daniel kini sedang mencari parking kosong yang sudah terang lagi bersuluh matahari full dengan kereta.
"Yes! Dah jumpa! Tak sia-sia aku round 4 kali tadi." Daniel memberi signal ke kanan, tanda hendak masuk ke kotak parking, walaupun tiada kereta di belakangnya. Uih, manalah tahu kan? Sedangkan bini orang pun boleh kebas, telahlah tempat parking. Ok tetiba.
Namun, nasib tidak menyebelahi Daniel. Terkedu Daniel disitu.
Aku tak percaya lagi....
dengan apa yang kau beri...
cukuplah sampai disini.....Ya itu dia. Seketul kancil telah memberikan fake hope di tengah hari yang panas terik itu. Apasal lah kancil ni tak park belakang sikit? Ingat ni rancangan bang bang boom ke nak main cuk cak macam ni. Mati-mati ingat ada park kosong tadi.
Daniel mengerling G-Shock di tangannya. Masak weh, parking tak jumpa lagi ni.
"Sesungguhnya dengan ini aku bertekad bahawa esok memang aku bedal bawak moto ah." Daniel mengetuk-mengetuk stereng sambil mencari parking lagi.
Tiba-tiba suatu cahaya merah menyinari yang menyebabkan mata Daniel silau. Sungguh terang cahaya merah itu sehinggakan mampu menyinari hati abang ini. Ya, lampu merah reverse.
"Akhirnya ada jugak parking! Allahu Akbar! Takbir!" Daniel menyapu air mata kegembirannya. Ok tipu je.
Sebuah Axia bewarna peach sedang mengundurkan dirinya eh salah, sedang reverse.
Cantik ah! Come on baby cepat sikit!
Daniel seperti cacing kepanasan menunggu Axia tersebut keluar dari parking. Lembab tul. Mesti perempuan yang drive ni.
Tanpa salam dan notification, Axia tersebut terlajak reverse dan.....
Bum! *insert sound effect*
••••••••••••••••••••
"Alamak!" Dahlia menggigit bibirnya.
"Weh pasaipa?" Syafa memusing belakang dan kedudukan mereka yang sangat rapat dengan Chevrolet itu memberikan jawapan kepada persoalannya.
"Tulah aku dah cakap kat hang bagi aku drive hang takmau. Eksyen sangat padahai keluaq parking pun tak cekap lagi. Weh hang tengok kita dah belah qeta Chevrolet orang. Mampuih hang Lia. Bla bla bla...."
"Weh diam kejap!" Dahlia cepat-cepat memutar seterengnya dan pedal minyak terus ditekan. Ya tuan-tuan, Dahlia terus melarikan diri sebelum tuan punya Chevrolet keluar. Huhu, sorry encik! Dahlia teruskan perjalanannya sambil diringi leteran Syafa.
"Woi!" Daniel turun daripada keretanya.
Daniel lambat seminit. Axia tersebut dah blah.
"Dahlah reverse tak pandai, habis siapa nak bayar ganti rugi ni woi. Aku dah cakap, confirm ah ni perempuan yang bawak. Ouch, sian baby I. Dahlah parking lambat dapat, you kena langgar pulak." Daniel mengusap bahagian depan keretanya yang remuk sedikit.
"Pon!" Kereta belakang sudah membunyikan hon. Halamak.
"Ye, ye kejap lah. Sabar boleh tak." Daniel cepat-cepat masuk ke dalam keretanya dan terus memasuki parking.
"Siap kau Axia. Aku jumpa sekali lagi memang aku eiiii geram pulak aku." Daniel mengambil begnya dan bergegas keluar dari kereta. Bank tunggu ai tau?
"WPV 1112." Daniel tersengih. Dia berjalan menuju ke bank.
••••••••••••••••••••
".....tudia lah hang waktu ambik lesen dok ralit usya penceramah tu. Tengok! Reverse pun tak lepaih bla bla bla......"
Dahsyat jugak minah ni. Dari tadi tak stop membebel. Surrender burung murai kalau jumpa Syafa."Weh dahlah, bernanah telinga aku weh. Tahulah aku salah tapi dah settle kan? Rilek ah. Dia takkan tahu punya, lagipun berapa juta lagi yang pakai Axia dalam Malaysia ni." Dahlia membelok masuk ke dalam kawasan kampusnya. Dia memasuki parking yang disediakan. Sit back dibuka. Eh seat belt. Urm. Dia mengambil beg tangannya dan alatan melukisnya di belakang diikuti Syafa.
"Alolo syian baby i. Takpe nanti mummy repair eh?" Dahlia yang sudah turun daripada kereta terus menuju ke bahagian bumper bekalang Axia-nya.
"Lia. Kalau dia hapai number plat hang cemana? Ha mampuih." Syafa yang sudah turun daripada kereta merapati Dahlia yang sedang mengusap babynya.
"Alah dia takkan boleh hafal punya. Aku sendiri pun tak hafal. Padehal?"
"Kepala hotak hang. Nombor plat hang dahlah senang hafal." Syafa mengetuk kepala Dahlia dengan fail nipisnya.
"Weh yalah...."
"Kan dah cakap?"
"Yalah... harini ada pasar malam belakang kampus. Jom weh? Lapiaqqqq aaaa." Dahlia mengusap perutnya. Dah berdangdut agaknya.
"Hang memang nak mampuih ngan aku kot. Orang dok risau pasai dia, dia kira perut ja. Haih." Syafa menggeleng kepalanya. Terasa hendak sahaja dia mengetuk kepala sahabatnya itu sekali lagi.
Dahlia tersengih. Hidup mesti rilek kan?
Tanpa dia tahu, empunya kereta yang dilanggar masih panas berbahang mengenangkan girlfriendnya yang kena langgar.
Orang yang melanggarnya tanpa rasa bersalah masih boleh bernyanyi kecil menuju ke pasar malam dan dalam fikirannya ketika ini yang ada hanyalah,
ayam goreng.
YOU ARE READING
One Four Three, Six!
Romance"One Four Three, Six." Huh? Dia nak main teka nombor loteri ke dengan aku? Hampir setiap hari dia ulang nombor pelik ni. Tak kira pagi, subuh, petang, malam, musim tengkujuh. Dahlia dan Daniel. Pertemuan mereka tidaklah bermula dengan "wei sihat?" d...