DANIEL tiba di hadapan premis Secret Recipe itu. Sempat dia menghantar mesej ringkas kepada Zahra memberitahu bahawa dia sudah sampai. Tangannya mendarat pada pemegang pintu kedai itu. Elok sahaja dia membuka pintu tersebut, dia disambut dengan Mango Cheese Cake 'terdampar' elok di atas dadanya yang berlapik kemeja.
Secret Recipe buat bang bang boom ke ni?!
Sangkaannya meleset apabila matanya bertembung dengan gadis yang terkaku sambil memegang piring yang kosong di tangan kiri dan telefon bimbit yang masih menyala di tangan kanannya.
Minah ni lagi!
Gadis yang dikenalinya sebagai Dahlia itu terdiam. Lututnya kelihatan menggigil. Merah mukanya. Mungkin malu. Ah kira apa dia punya malu, habis malu aku nak letak mana?
Banyak mata-mata memandang mereka.
"Mata kau tertinggal dekat bank jugak ke?" Daniel mencapai tisu yang berada di atas meja berhampiran mereka. Bajunya dilap. Sepotong kek yang melekat tadi kini berada di atas lantai.
"Maaf....saya tak sengaja." Suara itu! Suara softlan! Mata gadis itu berkaca.
"Dahlah. Tepi sikit aku nak ke tandas." Daniel menolak sedikit gadis yang masih menunduk itu. Para pekerja di kedai yang masih dalam mood mannequin challenge sebentar tadi mula tersedar. Salah seorang dari mereka membawa sebatang mop untuk mencuci sisa kek yang terjatuh tadi.
Daniel masuk ke dalam tandas. Haih, habis kemeja aku. Direnjis sedikit air bagi memudahkan sisa kek itu dicuci. Disental sedikit cukup memadai sebab balik nanti kita campak je dalam maid dari Jepun yang berjenama Toshiba itu.
Daniel merasakan getaran di pahanya. Lain macam. Bukan selalu getaran dekat hati ke? Okay, vibration dari phone. Face palm sekali! Dibukanya mesej yang diterima.
Zahra:
Sorry, saya tak dapat datang. Emergency.Baguslah awak ada emergency. Saya pun tengah emergency SANGAT.
Dia tak membalas. Balik jap lagi lah. Daniel terus keluar dari tandas. Terpaksa dia tebalkan muka dek tompokan kuning yang ketara di kemejanya. Mango punya pasal. Daniel membuka pintu untuk keluar, matanya menangkap gadis yang bersalah tadi sedang duduk di sebuah meja.
Daniel melintasinya.
"Awak! Saya minta maaf."
Belum sempat Daniel membalas, dia memotong lagi.
"....tapi fair and square lah kan? Ok babai!" Gadis itu terus meninggalkan tempat itu. Oh, tadi bukan main nak menangis bagai, suara lembut cam softlan, lepastu cakap pasal fair and lovely pulak.
Oh, sesi membalas dendam lah ni? Pasal IC semalam. Pendendam punya budak. Kau punya pasallah aku tak merasa minum free Zahra belanja. Baru nak fast to fast. Eh, face to face. Ehem.
Apasal lah kalau terjumpa si Dahlia bunga kekwa pebende tu mesti insiden berlanggar. Ceit.
••••••••••••••••••••
Dahlia berlari laju erm tak lah laju sangat, ke keretanya. Dia masuk dan pintu ditutup. Stereng dihentak sekuat hati. Auch.
Apasal kalau jumpa dia mesti aku buat benda memalukan? Ergh.
Dahlia terus memandu pulang ke rumah dengan perasaan yang sebal. Entah apalah nanti Megat akan tanya sebab cancelkan perjumpaan tadi last minute.
Dan yang paling dia menyesal, Mango Cheese Cakenya yang berjodoh dengan lantai tadi. RM 8 is flying. Sobs.
YOU ARE READING
One Four Three, Six!
Romansa"One Four Three, Six." Huh? Dia nak main teka nombor loteri ke dengan aku? Hampir setiap hari dia ulang nombor pelik ni. Tak kira pagi, subuh, petang, malam, musim tengkujuh. Dahlia dan Daniel. Pertemuan mereka tidaklah bermula dengan "wei sihat?" d...