2

65 5 0
                                    

DISEBABKAN hatinya masih panas mengenangkan girlfriendnya di'cium' sesuka hati semalam, hari ini Daniel memecahkan rekodnya pergi ke kerja dengan menunggang motosikal. Baby-nya itu telah dihantar ke workshop untuk dibaiki.

Daniel memakirkan motosikalnya di parking moto yang disediakan. Betul-betul di hadapan bank. Eh, kesah pulak aku. Daniel membuka topi keledarnya dan mencabut kunci LC hitamnya dari tempat kunci sesudah menguncinya.

Dia bernyanyi kecil menuju ke pintu masuk bank sambil menjinjit helmet di tangannya. Suasana di bank masih senyap sunyi dek kerana masih di awal pagi. Bunyi penghawa dingin dan mesin duit kedengaran. Kcing-kcing! Daniel masuk ke dalam ruangan kaunter bank.

"Uiks, helmet?" Aidan menegurnya sambil menyusun surat entah apa apa di tangannya.

"Yep. Kita bawak LC harini." Daniel menyimpan helmetnya di bawah kaunter. Dia kemudiannya mengemaskini beberapa urusan sementara suasana di bank masih tenang. Daniel menyusun borang-borang di atas mejanya.

"Asal?" Aidan bergerak ke mesin photostat.

"Kereta masuk workshop. Ada Axia langgar semalam. Kemik gak ah bumper depan. Yang bestnya, dia blah camtu je."

"Hahahaha. Awek lah tu. Gelabah." Mereka tertawa. Daniel menyarung sarung tangan hitamnya. Hal ini bagi memudahkan urusan dengan perempuan bagi mengelakkan persentuhan berlaku. Begitu juga dengan Aidan.

Hampir 5 minit mereka berbual sambil menyelesaikan urusan apa yang patut, bank dimasuki oleh beberapa lagi pegawai bank yang bertugas pada hari itu.

Bank mulai sesak menjelang tengahari. Orang ramai tidak putus-putus memasuki bank atas beberapa urusan. Daniel sudah terbiasa dengan perkara ini. Malah, inilah rutinnya setiap hari kecuali pada hari minggu.

1067.
Kaunter 5.

"Yes! Orang terakhir." Daniel
Suasana di bank mulai lengang. Yalah, dah hampir pukul 5 petang. Bank tak beroperasi 24 jam ye anak-anak. Daniel sedang menyelesaikan urusan seseorang. Orang yang terakhir di bank pada hari ini.

"Ok, nah IC cik. Nanti boleh datang balik kalau kad bank cik ada masalah lagi." Daniel menghulurkan kad pengenalan di atas kaunter.

"Okay. Terima kasih."

"Sama-sama." Daniel senyum. Akhirnya, dah habis harini. Guard pun dah kunci pintu bank dan mengalihkan tanda 'Buka' kepada 'Tutup'.

Daniel segera mengemaskan mejanya. Menyusun borang-borang yang berada di atas mejanya.

Akhirnya! Daniel mengambil helmet di bawah mejanya. Dilihatnya Aidan juga sedang bersiap-siap untuk pulang.

Daniel berjalan ke arah pintu bank.

"Daniel! Hati-hati bawak motor tu. Kang ada yang langgar pulak! Hahaha." Cis, sempat lagi Aidan. Daniel hanya menunjukkan penumbuk kepadanya sambil menolak pintu bank.

"Aduh!"

••••••••••••••••••••

Dahlia membelek telefonnya sambil berjalan. Lambat gila minah Syafa ni beli. Beli ke tolong makcik tadi jual ntah.

"Lambat ah minah ni. Aku jalan dululah." Dahlia mengambil keputusan untuk jalan terlebih dahulu. Dia berjalan di kaki lima deretan kedai-kedai itu sambil cuci mata. Yelah, cuci jelah nak beli rasa sayang pulak nak keluar duit.

Ting!

Telefonnya berbunyi tanda mesej masuk. Dari Syafa. Dah agak.

Weh, kau kat mana? Dahlah tinggal aku.

Belum sempat Dahlia membalas, dahinya terasa terlanggar dengan benda keras.

"Aduh!"

Dahlia mengaduh dan mengangkat mukanya sambil menyapu dahinya yang sakit. Dilihatnya seorang lelaki berpakaian formal sedang membuka pintu bank dan ditangannya terdapat....helmet.

Patutlah sakit do! Pintu kaca bank cium dahi aku. Ni mesti mamat ni punya pasal!

"Err...sakit ke?" Lelaki itu menyoal. Soalan apa ni? Bagilah soalan genius sikit. Sah-sah lah sakit do.

"Eh tak, best sangat. Lagipun pintu bank ni memang lembut macam span." Dahlia membalas dengan senyuman sinis.

"Wah best perli. Cik, cik yang jalan tak tengok depan. Khusyuk sangat tengok phone lepastu ada hati nak perli kita." Lelaki tersebut melepaskan pintu bank.

"Eh awak yang buka pintu bank tak tengok orang!" Dahlia menafikan kesalahannya. Bukan salahnya! Ni salah Syafa ah ni.

"Dahlah, malas aku layan budak cam kau. Dah salah taknak mengaku." Lelaki tersebut terus blah. Dahlia hanya memandangnya dengan penuh geram. Ehem, bukan geram yang bukan-bukan ya?

"Awak yang salah!" Dahlia menjerit sedikit kepada lelaki itu yang sedang menghidupkan LC-nya. Eh LC ke tu? Aku hentam je.

Lelaki itu mengendahkannya dan terus blah.

"Cis harap je pakai smart, tapi otak takde!" Dahlia masih menyalahkannya. Seketika kemudian, Syafa datang.

"Apahal ni weh? Dahlah tinggal aku pastu terjerit depan pintu bank. Apa kes ni?" Syafa menggoyangkan tangan Dahlia.

"Ah, kau dengar ke aku jerit tadi? Taklah mamat tu ah punya pasal. Dia dahlah bla bla bla bla...." Dahlia menceritakan segala yang terjadi kepada Syafa tanpa sedar mereka masih berada betul-betul hadapan pintu bank.

Tok! Tok! Tok!

Terdengar bunyi kaca diketuk. Bunyi camtu ke? Ah, lantaklah.

"Sapa pulak ketuk time-time macam ni? Kacau la orang nak story mory." Ok gais, Syafa dah start membebel.

Dahlia seakan tersedar. Dia beralih ke pintu bank. Dilihatnya wajah seorang lelaki sedang tersengih comel di sebalik pintu bank dan menunjukkan ke arah pintu.

"Alamak! Dia nak keluar. Weh malu weh!" Dahlia cepat-cepat mengheret Syafa menjauhi pintu bank itu dan menyatukan kedua-dua tapak tangannya sebagai tanda maaf. Mereka berdua terus blah dari situ.

"Weh handsome gila orang dalam bank tu!" Mata Syafa berbentuk love sekarang ini. Minah ni pantang nampak lelaki handsome. Tapi kalaulah dia tahu yang mamat yang buat hal dengan dia tadi lagi handsome, matilah. Eh kesah pulak aku. Dahlah buat dahi aku sakit.

Sakit hatinya memikirkan hal itu. Dia segera mengheret Syafa ke kereta. Nak balik! Nak sapu minyak Cap Kapak dekat dahi! Eh, berkesan ke?

••••••••••••••••••••

Aidan tersengih sendiri apabila keluar daripada bank. Sempat dia melihat adengan si gadis dengan Daniel sebentar tadi. Rugilah kau Daniel bergaduh dengan awek cute camtu. Haih masih terbayang-bayang muka si gadis yang malu apabila dia mengetuk pintu kaca bank tadi.

Dia pulang dengan sengihan sambil bersiul kecil.

Sehinggakan makcik-makcik yang lalu lalang menggelengkan kepala mereka.

"Kesian. Pakai smart tapi gila."

One Four Three, Six!Where stories live. Discover now