DAHLIA termenung sendirian. Sudah 2 hari keretanya berada di bengkel. Semenjak hari itu, dia hanya menumpang Syafa untuk ke kampus. Eh orang yang aku langgar haritu tak tahu kan? Kalau dia tahu habislah aku. Tak sengaja kot. Huhuhu.
Syafa keluar sekejap. Hendak beli makanan katanya. Patut sunyi lain macam je rumah petang ni. Dahlia mencapai telefonnya. Dia telah mengalami satu sindrom sekarang ni. Ubatnya memang takde dekat farmasi. Hampir setiap petang jugak dia mengalami sindrom ni. Entahlah, nak pergi jumpa doktor nanti dikatanya gila.
Sindrom kebosanan.
Dahlia menyentuh skrin telefon pintar itu. Dia membuka aplikasi twitter.
@SyafaQilah Huh, tak boleh lama lagi ka mamak ni? Lapaq teroxx.
Tweet dari Syafa yang pertama melintasi timeline-nya. Oh dekat kedai mamak rupanya. Lantak dia. Dahlia scroll lagi. Tiba-tiba notifications berbunyi. Ada DM masuk.
Hai.
Erm, sape pulak ni? Tetiba je hai. Bagilah salam ke apa ke. Lantak sana. Malas nak layan. Ditutupnya twitter, dibuka pulak instagram.
Scroll, like. Scroll, like. Dahlia tertarik dengan satu account ni. Dia memulakan misi stalk account tersebut. Dah lama account account ini difollow Dahlia. @megatd. Tak banyak gambar yang dia post. Tetapi gambar dan caption dia......indah. Baru jarinya hendak double-tap gambar-gambar yang dipost, telefon Dahlia berbunyi.
Don't wanna know know know,
Who's taking you home home home,
I'm loving you so so so,Suara indah Adam Levine kedengaran. Dahlia hampir membaling telefonnya kerana terkejut. Nombor tidak dikenali terpapar di skrin. Dahlia menyentuh butang hijau.
"Hello? Aaa ini Cik Dahlia ke?" Suara lekaki pelat cina kedengaran. Eh? Dahi Dahlia berkerut.
"Hello. Err ya saya. Siapa bercakap?" Dahlia berbasa-basi.
"Ini saya aaa tokey itu bengkel Siew. Kereta awak sudah siap aaa. You boleh datang ambil."
"Oh! Okay-okay kejap lagi saya sampai." Dahlia mematikan panggilan. Dia terus terjun dari katil dan mencapai cardigan yang tergantung di kerusi. Cardigan dipakai bagi menutup bahagian lengannya yang terdedah. Tudung bawal yang sudah dipin di sarung. Siap! Dia mengambil pula stoking yang terlipat di tepi katil.
Dahlia keluar daripada bilik dan dilihatnya Syafa sedang meletakkan dua tapau polistrena di atas meja makan.
"Nak pi mana tu?" Syafa menyoal sambil meletakkan pinggan yang diambilnya sebentar tadi.
"Jom weh, kete aku dah siap." Dahlia menyarungkan stokingnya pada kaki. Dia menyedari bahawa kakinya juga aurat yang perlu dijaga. Dia mencapai purse di atas meja.
"Lah yaka? Ok jom. Nasib aku tak buang tudung lagi." Syafa mencapai kunci kereta dan kunci rumah yang terletak di atas meja makan. Mereka bergerak ke bengkel dengan menaiki kereta Syafa.
Sesampainya mereka di bengkel Siew, Dahlia terus ke kaunter bengkel. Dilihatnya seorang lelaki cina sedang mencatatkan sesuatu di atas meja kaunter. Mungkin ini tokey-nya kot?
"Err, tauke ke ni? Saya Dahlia, datang nak ambik kereta saya." Lelaki cina itu berpaling ke arah Dahlia.
"Oh Dahlia aaaa. Boleh-boleh. You tunggu kejap ye." Tokey cina tersebut menulis sesuatu di atas buku resit. Barangkali jumlah bayaran yang perlu dibayar Dahlia kot.
YOU ARE READING
One Four Three, Six!
Romance"One Four Three, Six." Huh? Dia nak main teka nombor loteri ke dengan aku? Hampir setiap hari dia ulang nombor pelik ni. Tak kira pagi, subuh, petang, malam, musim tengkujuh. Dahlia dan Daniel. Pertemuan mereka tidaklah bermula dengan "wei sihat?" d...