9

33 3 6
                                    

DANIEL meletakkan iPhone-nya di atas meja di sisi katil. Dia tersenyum seorang diri. Dia baru sahaja habis berbual dengan Zahra, I mean Dahlia. Sebelum ini, dia hanya memikirkan untuk cepat-cepat selesai urusan dengan Zahra agar hatinya tidak terpaut kepada pemilik suara softlan itu. Namun, setelah dia pasti 97% bahawa Zahra dan Dahlia adalah orang yang sama, dia ingin mengenali gadis itu.

Entahlah, kehadiran Dahlia dalam hidupnya sejak dua menjak ini sedikit sebanyak membuka hatinya yang selama ini terkunci rapat, dimanggakan, dililit rantai besi dan siap letak password lagi.

Gadis itu lain. Dia akui bahawa dia suka mengusik Dahlia. Pertemuan mereka bermula dengan perlanggaran. Kalau recap balik pertemuan mereka,

Pertama, berlanggar di parking lot.
Kedua, berlanggar di pintu bank.
Ketiga, berlanggar sewaktu gadis itu berlari hendak mengambil IC.
Keempat, berlanggar di Secret Recipe.
Dan yang terakhir, semalam. Daniel yang sengaja melanggar troli Dahlia.

Entah bila pulak hati mereka akan berlanggar. Eh?

Bagi Daniel, gadis itu lain. Bila perli, sikit pun, ada je nak menjawab balik. Takpun keluar asap dari telinga. Namun dia dapat lihat sisi lain Dahlia ketika pertama kali mereka bercakap menerusi telefon. Fulamak, ayu gila suara. Daniel tersengih.

Walaupun kalau dikira dengan jari baru 5 kali mereka 'bertemu', hatinya mula jatuh suka. Suka okey? Suka.
Walaupun pada mulanya dia berasa dirinya sering ditimpa malang apabila bertemu dengan gadis itu.

Jadi, bagi mengesahkahkan kepastiannya yang berbaki lagi 3% mengenai Dahlia dan Zahra adalah orang yang sama, dia sekali lagi ajak gadis itu berjumpa.

Mengingatkan perbualan mereka sebentar tadi, Daniel tersenyum.

••••••••••••••••••••

Daniel mencari nama Zahra di contact listnya. Simbol 📞 disentuh.

Tut....tut.....tut....tut....

"Hello?" Tudia tudia suara softlan dah keluar. Daniel berdehem. Membetulkan suara.

"Assalamualaikum Zahra. Ni saya Dan...eh Megat. Ingat lagi tak?" Daniel hampir tersasul.

"Waalaikumussalam. Oh ingat. Kenapa ya encik Megat? Pasal belanja minum tu ke? Maaflah pasal haritu." Cair. Nak masuk peti beku tak muat.

"Takyahlah nak berencik dengan saya. Panggil je Megat. Nak lagi afdhal panggil sayang ke, baby ke, habib ke. Kk gurau. Haah. Pasal tu takpe. Bila-bila je boleh. Saya acah serius je haritu." Daniel tersengih sambil tangannya memintal hujung bucu bantal. Euw.

"Err...baik Megat. Tak boleh macam tu, hutang tetap hutang. Macam ni, hujung minggu ni awak free tak? Saya nak belanja minum. Awak decide tempat." Yes. Dia saja je buat-buat tak kisah pasal hutang tu tadi. Habis takkan nak terus ajak dia keluar kan? Macam desprate sangat pulak.

"Oh saya tak kisah. Boleh. Saya free je hujung minggu ni. Tempat haritu. Okay?" Daniel sengaja menguji.

"Erm boleh tapi...Kalau kita pergi tempat lain boleh? Twenty One Coffee. Makanan situ best. Saya ada sebab taknak pergi yang dekat bengkel Siew tu. Sorry." Tambah lagi satu peratus. 98%.

"Okay. Takde hal."

"Okaylah kalau macamtu. Saya letak dulu. Assalamualaikum."

One Four Three, Six!Where stories live. Discover now