7

34 4 6
                                    

"ADUH!" Dahlia memegang dahinya. Bank ni berpuaka ke apa asal lalu sini je dahi aku jadi mangsa. Dia mengangkat muka, melihat siapakah gerangan yang dilanggarnya sebentar tadi. Dahlia kaget. Mukanya dan muka lelaki yang dilanggar itu begitu hampir sehinggakan bau maskulin milinya dapat dihidu oleh Dahlia. Hm, minyak wangi apa ni? Wangi siot. Bau duit juga dapat dihidu. Mesti dari bank! Kahkah materialistik.

Kedudukan mereka amat rapat. Entah dari mana lagu background berkumandang.

Dari kerana mata~

Dihiasi pula dengan kelopak bunga ros yang gugur entah dari mana. Penari-penari latar mula memainkan peranan.

Ok karut.

Dahlia segera menjauhkan dirinya dari lelaki itu. Lah, mamat ni lagi. Tak reti jalan tepi sikit ke? Orang tengah marathon nak ambik IC ni!

"Kau takde brek ke? Lari macam tak cukup tanah." sarkastik lelaki itu memulakan bicara.

Eh, dia ni. Memanglah tak cukup tanah sebab dia berlari atas simen! Sibuk je lah orang nak pergi ambik IC ni.

Sebut pasal IC,

"Eh! Awak pegawai bank tadi! Mana IC saya?" Dahlia terus menyoal.

"Oh. IC kau kenapa tanya aku pulak?" lelaki ni kan, sengaja!

Dahlia mengetap bibirnya. Ya Allah kurniakanlah aku kesabaran sebelum aku smackdown dia ni depan bank.

"Hahahaha. Lawak gila muka kau. Nah IC kau. Nasib teringat. Takdelah aku kena simpan IC palsu kau tu." Daniel tergelak. Oh lawak ke encik Daniel?

Lelaki itu menghulurkan IC milik Dahlia. Dahlia terus mengambilnya dan pusing ke belakang.

"Ehhhh. Mana terima kasih kau? Tertinggal jugak ke dalam bank?" Dahlia menghentak kaki. Tanpa menghadap muka lelaki itu, dia mengucapkan terima kasih. Dan dia terus blah dari situ. Panas!

"Sama-sama sayang. Lain kali tinggal la kad number phone pulak!" Lelaki itu melaung. Sayang lutut dia!

Asdfghjkl punya pegawai bank! Macam mana dia boleh jadi pegawai bank ni? Kau tunggulah hari kau pulak.

Dahlia lekas melangkahkan kakinya ke kereta. Bau semerbak pisang goreng menusuk hidungnya. Dia segera menghidupkan enjin. Ayuh pulang ke rumah!

Dia terus memecut laju, meninggalkan bank berpuaka itu.

••••••••••••••••••••

"Akhirnya dah siap!" Dahlia bangun dari kerusi. Dia meregangkan badannya. Menghilangkan sengal sengal di ototnya. Ya, dia baru sahaja berperang dengan assignment yang bertimbun-timbun. Assignment itu sepatutnya perlu hantar 2 minggu lagi, tetapi bagi Dahlia kalau ada masa apa salah siapkan awal-awal? Kalau bertangguh nanti start meroyan sengsorang.

Dahlia mencapai telefonnya. Di-on-kan. Kebiasaan baginya jika melakukan sesuatu kerja phone mesti kena off. Fokus. Bahaya kalau phone dekat dengan kita. Rasa macam ada yang menarik-narik tangan untuk menyentuh cetan kecil itu. Mana taknya, time nak study lah beribu notifications masuk. Cetan kecik.

Dahlia membuka aplikasi Whatsapp. Baru tinggal sekejap dah beratus mesej dari group Whatsapp. Dibukanya dan ditutup. Takde mood nak mencelah. Dahlia membuka satu mesej dari unknown number.

019-73819xx;
Salam Zahra.

Eh? Sape pulak yang tetiba panggil aku Zahra ni? Yang rapat dengannya je yang panggil guna nama tu.

Jari Dahlia menari-nari di atas keyboard.

Wasalam. Err, sape ni?

Online. 019-73819xx is typing....

019-73819xx;
Awak dah lupa ke? Awak ada hutang belanja minum dengan saya.

Oh dia ni! Megat eh? Eh jap. Bukan mekanik haritu bagitahu nama pemilik kereta tu...Daniel ke? Ke aku salah dengar? Ah, lantaklah. Janji settle hutang. Save number dia jap.

Encik Kena Langgar. Done save.
Dahlia menekan papan kekunci lagi.

Oh ingat. Erm encik dah decide tempat ke?

Bluetick. Typing.

Encik Kena Langgar;
Dah. Secret Recipe, depan bengkel haritu. Sharp 5.00 pm esok. Lambat, hutang awak bertambah.

Demand. Nasib baik dekat je. Tapi Secret Recipe, hm melayang jugaklah duit aku.

Okay.

Bluetick. Cis.

••••••••••••••••••••

Zahra;
Okay.

Daniel hanya seen dan telefonnya di-lock screen. Settle satu kerja. Esok dia cuti, jadi bolehlah set pukul 5 petang. Kalau tidak, tak mendapatlah.

Jumpa esok, Zahra.

••••••••••••••••••••

Dahlia terkocoh-kocoh keluar dari dewan kuliah. Jam di tangan dikerling pantas.

4.02 pm.

Halamak sempat ke ni? Kalau terlambat kena tambah hutang ke? Omma T.T

Dahlia terus masuk ke dalam keretanya. Habis segala fail dilempar di bahagian penumpang belakang. Enjin dihidupkan. Syafa tidak pulang bersamanya memandangkan dia masih ada kelas selepas ini. Dahlia terus memecut laju.

Setibanya di Secret Recipe, dia terus masuk. Matanya memerhati segenap kafe. Semuanya sedang asyik menikmati minuman sambil berbual. Dahlia mengerling jam di tangan.

4:40 pm.

Ok sempat. Dia mengambil tempat duduk. Matanya bersinar apabila ternampak Mango Cheese Cake yang terpamer di tempat kek. Kalau aku beli dulu satu slice boleh? Nanti dia datang, lain cerita.

Dahlia pergi ke kaunter. Kek yang dikehendakinya dipesan. Seketika, telefonnya vibrate pendek. Tanda mesej masuk. Pada masa yang sama, kek yang dipesan sudah siap di atas piring. Dahlia bergerak menuju ke pintu. Makan dekat luar, lagi best. Dia menatang piring itu sambil membaca mesej di telefonnya.

Encik Kena Langgar:
Saya dah sampai.

Dahlia baru berura-ura hendak membalas mesej itu terhenti apabila di telah terlanggar seseorang. Hah? Seseorang?!

Sudah terlambat. Matanya menangkap figura yang dilanggarnya.

Mango Cheese Cake miliknya telah 'selamat' mendarat pada baju milik figura itu. Telefon ditangannya terasa amat longgar dari tangan.

Masa seakan terhenti. Dahlia menelan liur sambil mengangkat mukanya, memandang pemilik figura yang dilanggarnya.

Dia lagi?!

One Four Three, Six!Where stories live. Discover now