3

49 3 2
                                    

DANIEL meletakkan helmetnya di atas meja setelah melangkahkan kakinya masuk ke rumah. Dia menglempar kunci rumahnya ke atas sofa dengan geram. Senangnya hidup. Lepastu, esok mula gelabah biawak cari kunci rumah.

Daniel masih 'hot' sekarang ni. 'Hot' dekat sini bukan sebab body dia lawa ke apa ye. Dia masih geram dekat perempuan tadi. Dia yang salah jalan tak tengok depan lepastu nak salah orang lain.

Tak ambil lesen pejalan kaki ke apa!

Huh apasal lah kalau benda yang terlibat dengan pompuan je mesti malang!

Daniel mengeluh. Belum sempat keluhannya kedengaran didengari oleh semut di bawah sofa, iPhone-nya berdering. Ke berbunyi?

Huh, typical novel. Semua nak pakai ifon. Takde phone lain ke, penulis?

Tuttutututututut. Tuttutututututtt.
*bayangkan bunyi macam typical iPhone yang dalam drama tu ok?*

Daniel slide skrin ke tepi.

"Hello?"

"Hello Mr Daniel aa? Ini saya aaa Achong dari bengkel Siew. You punya Chevrolet dah ok la. You boleh datang ambil aaa." Suara pelat cina kedengaran di dalam telefon. Cepat bapak siap! Fuh, dengan duit memang semua jalan laju.

"Baik boss. Saya datang ambil petang ni ye. Thank you boss." Daniel tersengih di sebalik telefon, walaupun si Achong tadi tak nampak.

Daniel mencium iPhonenya. Yabedabedu! My baby still alive!

Dia kemudiannya mencari nama Aidan di dalam contact listnya. Simbol 📞 berwarna hijau di sentuh.

Semua yang ada ada ada pada dirimu membuat aku ku ku aku jatuh cinta. Come on baby...

Daniel menjauhkan telefon dari telinganya. Dia melihat skrin. Tertera nama Aidan, calling. Tapi apahal lagu ringtone takleh blah sangat ni?!

"Hello?" Suara Aidan kedengaran. Daniel meletakkan telefonnya di telinga kembali.

"Yo bro. Busy tak?"

"Tak ah. Tengah rilek rilek. Pehal?"

"Tolong hantar aku pegi bengkel boleh? Nak ambil baby Chevrolet aku."

"Oh takde hal. Pape roger."

"Noted. Thanks weh. Muah." Daniel membuat bunyi seolah-olah mencium pipi Aidan.

"Bongok ah kau. Kau ni dah bengkok ke apa sejak kena langgar bumper haritu. Seram do." Daniel tertawa.

"Haah. Kau taknak ke? HAHAHAHA. Dah ah nak mandi. Nak join ke?" Daniel mengusik.

"Gile kau." Daniel tertawa sendirian kerana Aidan telah mematikan panggilan.

Untuk seketika, dia terlupa mengenai tragedi di bank yang dihadapinya tadi.

Daniel segera mencapai helmetnya dan disimpan di dalam almari sebelah pintu rumah. Dia segera memanjat tangga untuk ke biliknya. Dua anak tangga sekaligus. Huh, tak menyempat nak jumpa girlfriend lah tu.

Baby, wait for me okay?

Patutlah ibunya mendesak dirinya untuk segera berkahwin. Kereta sudah dianggap sebagai kekasihnya. Pft.

One Four Three, Six!Where stories live. Discover now