Dahlia memandu sendirian. Sesekali dia mengerling jam di dashboard.
10:01 am.
Minta-mintalah sempat sampai sebelum pukul 12. Dia dalam perjalanan pulang ke rumah orang tuanya disebabkan sekejap lagi majlis cukur jambul anak kakaknya akan diadakan. Sepatutnya dia bertolak kelmarin tapi dia lupa bahawa dia ada kelas. Maka, terpaksalah rushing cenggini.
Kalau tak balik, apa pulak kata orang nanti. Dah lama dia tak pulang ke rumah ibunya kerana terlalu sibuk dengan assignment. Disebabkan hari ini dan esok tiada kelas, dapatlah dia pulang ke pangkuan kejap.
Sunyi pulak. Dahlia menekan butang radio. On time, lagu kegemarannya dimainkan oleh DJ radio tersebut.
Lost in your mind
I wanna know
Am I losing my mind?
Never let me goIf this night is not forever
At least we are together
I know I'm not alone
I know I'm not alone
Anywhere, whenever
Apart, but still together
I know I'm not alone
I know I'm not aloneI know I'm not alone
I know I'm not aloneUnconscious mind
I'm wide awake
Wanna feel one last time
Take my pain awayIf this night is not forever
At least we are together--Sedang asyik dia berkaraoke seorang diri, lagunya di radio tersekat. Eh? Enjinnya berbunyi pelik.
Alah, kenapa pulak ni?
Dahlia cepat-cepat menukar arahnya dan memandu keretanya perlahan ke bahu jalan. Enjinnya mati.
Ya Allah kenapa ni?
Dahlia turun daripada kereta. Dia sudah berpeluh sakan. Macam mana dengan rushing nak balik lagi, kereta pulak buat hal. Dahlia membuka bonet depan keretanya. Bahagian enjin diperhatikan. Lama.
Acah je. Dahlia memang zero bab kereta. Waktu ambik lesen dia memain je. Hambek. Tiba-tiba mentol dalam kepala Dahlia bernyala.
Dahlia bergegas masuk ke dalam kereta. Pintu dikunci. Telefonnya dalam beg tangan diambil dan mencari nombor-nombor yang dikenalinya untuk dihubungi.
Abah.
Butang hijau disentuh.
Tut....tut....tut....
Suara perempuan menyapa gegendang telinganya. Suara siapa pulak ni?! Takkan abahnya curang!
This is the voicemail for the number zero one--
Cis. Dahlia mula resah. Abahnya tak jawab pulak call. Mesti sibuk dengan kenduri. Nak call ibu, lagilah ibu sibuk. Alah, nak call sape lagi?
Syafa? Dia ada class. Belum sempat dia scroll mencari contact listnya yang boleh diharap lagi, cermin keretanya diketuk.
Ya Allah lindungilah aku!
••••••••••••••••••••
Daniel memandu sendirian pada hari itu. Cutinya berjaya dimanfaatkan dengan tawaf di mall sebentar tadi.
What a productive day, Daniel.
Cuti kerjanya amat membosankan. Hari-hari menghadap muka Aidan. Nasib baik handsome macam aku. Haih, bilalah nak menghadap muka jodoh pulak.
Apakah nasib diriku yang malang~
Oh Tuhan~Daniel mengetuk-ngetuk sterengnya mengikut rentak lagu yang dimainkan di dalam radio. Dengan kelajuan 60 km/j di jalan raya, dia menjamu mata dengan pemandangan sekitar perjalanannya.
YOU ARE READING
One Four Three, Six!
Romance"One Four Three, Six." Huh? Dia nak main teka nombor loteri ke dengan aku? Hampir setiap hari dia ulang nombor pelik ni. Tak kira pagi, subuh, petang, malam, musim tengkujuh. Dahlia dan Daniel. Pertemuan mereka tidaklah bermula dengan "wei sihat?" d...