10

24 3 0
                                    

DANIEL bersiul-siul kecil sambil menyarungkan kemeja pada baju. Hati banyak senang maa! Dia kemudian mengambil pula tali leher. Tak sampai seminit, tali leher itu sudah kemas terletak di bawah kolar bajunya. Haih, bilalah nak merasa bini tolong pakaikan tali leher pulak. Hiks. Dia kemudian mencapai G-Shock dan dipakai pada tangannya. Pomade diambil. Dicalit sedikit dan disapu pada rambut. Rambutnya disikat kemas di hadapan cermin.

Halamak, kenapa handsome sangat aku ni?

Perah santan lagi. Dia melihat cermin kembali.

Mirror, mirror. Who's the most handsome man in the world?

Terpantul wajahnya di cermin. Kehkeh. Memanglah! Takkan terpantul wajah Dahlia pulak. Dahlia cantik. EHHH.

Satu benda Daniel hampir terlupa. Minyak wangi. Minyak wangi dalam botol kaca itu diambil dan disembur pada badannya. Ok dah wangi! Tag nama yang tergantung di sisi cermin diambil dan dikalungkan (kot) pada leher. iPhone dan walletnya diambil. Ok siap!

Daniel bersiul kecil mengikut rentak lagu Let Me Love You sambil menuruni anak tangga. Telefonnya vibrate. Ada 1 mesej dari Whatsapp masuk. Daniel berhenti di anak tangga terakhir dan membuka mesej tersebut.

017-4562xxx;
Hai, Daniel. Remember me?

Siapa pulak ni? Penting sangat ke nak kena ingat bagai? Dah dua kali dia hantar chat. Siap tahu nama aku pulak.

Daniel menutup aplikasi itu. Malas nak melayan. Namun di dalam lubuk hatinya, dia berasa tidak sedap hati. Dia segera beristighfar bagi menghilangkan rasa was-was tersebut. Fuh!

Daniel segera menyarungkan stoking dan memakai kasut. Dia mengambil kunci yang tergantung. Kakinya dilangkah keluar daripada rumah. Pintu segera dikunci.

Dia menghampiri kekasihnya. Apabila melintasi hadapan Chevrolet itu, dia teringatkan insiden tempoh hari, dan automatik dia teringatkan Dahlia. Daniel tersengih sambil mengusap keretanya.

Jirannya yang sedang menyiram pokok bunga menggelengkan kepala melihat perbuatan Daniel.

Tit! Tit!

Kunci kereta terbuka. Dia segera meloloskan diri ke dalam kereta itu. Enjin dihidupkan. AC dibuka. Cermin belakang dilaraskan. Dengan lafaz Bismillah, Daniel memecut ke tempat kerjanya, bank.

••••••••••••••••••••

Dahlia memandang baju kurung ungunya. Kenapa tak cakap awal-awal kelas cancel? Tahu tak betapa dia struggle untuk iron baju kurung ni? Dahlia mengeluh. Dah hampir sampai ke kawasan U tetiba dia dapat Whatsapp dari rakan sekuliahnya bahawa kelas cancel. Ceit podah! Dengan dukacitanya dia membuat U-turn dan kembali semula ke rumah sewanya.

Dahlia membuka satu pin di bahunya. Belum sempat dia membuka shawl di kepala, pintu biliknya diketuk. Dia berjalan lemah ke pintu.

"Ye?" Syafa di hadapan pintu.

"Asal muka monyok ja ni?"

"Kelas cancel. Penat je aku drive dah nak sampai sana." Syafa tergelak. Ha gelak gelak.

"Alolo siannya dia. Jom keluaq? Shopping jom. Aku belanja. Pastu teman aku pi bank sat."

Dengar sahaja perkataan belanja, mata Dahlia bersinar. Syafa memang tak lokek dengan duit. Anak ongkaye katakan.

"Yeay, sayang kau Syafa!" Dahlia memeluk Syafa dan mencium pipi kiri dan kanan gadis utara itu.

One Four Three, Six!Where stories live. Discover now