13

35 3 0
                                    

RHEA Adira. Sebaris nama yang cukup pantang didengar oleh Daniel. Sebaris nama yang buat Daniel serik untuk bercinta lagi.

Dialah perempuan ketiga yang bertapak di hati Daniel. Yelah, yang pertama Uminya, yang kedua Ibunya. Jadi Rhea di carta yang ketigalah. Tapi kejap je lah. Lepastu tersingkir. Kahkah.

Rhea pernah mewarnai hidup Daniel suatu ketika dahulu. Sungguh, mereka ibarat belangkas pada zaman belajar dahulu. Belangkas sangat.

Daniel telah lama melupakan gadis itu. Tetapi Aidan membangkitkan semula namanya. Ciskek la kau Aidan. Kau punya pasallah aku teringat balik kenangan PAHIT dengan dia.

Mengimbau kembali, dia dan Rhea merupakan pasangan paling bahagia ketika itu. Kalau ada anugerah pasangan paling bahagia di universiti itu, confirm 100% diorang akan menang.

'Kisah' mereka bermula apabila mereka disatukan dalam satu kumpulan untuk menyiapkan assignment. Maka, disitulah bermulanya bibit-bibit cinta mereka. Euw. Daniel terasa nak muntah.

Back to story. Mereka mula bertukar nombor telefon. Mula bermain mesej. Waktu itu penggunaan internet masih tak mendapat sambutan.

Cis, rugi betul kredit aku terbuang camtu je.

Lepas itu mulalah I lap you, you lap me bagai. Mereka mula keluar berdua-duaan, makan sesama di cafe kolej, lepak library sekali. Ship sangat. Daniel bangga dapat girlfriend lawa macam Rhea. Betapa bongoknya Daniel waktu itu, dia dengan bangganya menayang gelifriendnya depan rakan-rakannya.
Sampai rakannya dah muak. Huhuhu, sorry friend.

Beberapa kali juga Daniel mendengar gosip-gosip bahawa Rhea curang dengan jantan lain. Dia hanya memekakkan telinga. Yes, cinta itu buta. Tapi kalau untuk Daniel, cinta itu pekak kot. Aidan sendiri pun dah berbuih mulut menasihati Daniel.

Bodohnya aku dulu. Tsk tsk.

Bahkan Aidan sendiri pernah melihat Rhea keluar dengan lelaki lain. Kalau keluar sahaja takde hal. Aidan pun malas nak kisah. Tetapi kalau dah keluar siap peluk-peluk, buat wayang dalam wayang? Kau rasa?

Aidan bukannya tak cerita pada Daniel. Cam biasso, Daniel buat donno. Aidan rasa macam nak luku je kepala Daniel waktu itu. Apa mandrem tah si Rhea ni pakai. Kesian kawan aku, doh.

Walaupun Daniel hangat bercinta, pelajarannya tidak diabaikan. Dia juga sentiasa tersenarai di Dean List. Apak hebat aku dulu! Daniel tersengih.

Selepas sebulan percintaan (ceh), Daniel mula sangsi. Rhea asyik mengelak apabila diajak keluar makan. Pernah Rhea memberi alasan bahawa dia puasa sunat. Kejadah apa puasa sunat hari Jumaat, lepastu siap bau mentos lagi bila bercakap dengan Rhea. Daniel okaykan aje.

Bongoklah Daniel ni! (penulis emo)

Lepastu Daniel perasan yang Rhea mula reply pendek-pendek. Daniel bersangka baik mungkin keyboard Rhea rosak. Bila Daniel terkenangkan perkara ini, dia sendiri memaki dirinya. Nak husnudzon beragak ah Daniel oi.

Apabila Daniel membangkitkan perkara ini di depan Rhea, gadis itu melenting. Siap dimarahnya Daniel pula kerana tak mempercayainya.

"You don't believe me, honey?! How could you." Rhea terduduk. Matanya bergenang. Hm, kuasa wanita.

"No. It's not like that. But recently you changed, sayang." Daniel mahu menyeka air mata itu. Tapi dia berpegang pada hukum agama. Haram woo.

"I'm quite busy lately. Too many work to do. You know that I have to pay my brother's school fee right?"

"Okay I believe you sayang. Dah, jangan nangis. Buruk." Daniel mengusik. Rhea tertawa.

One Four Three, Six!Where stories live. Discover now