Hujan turun renyai renyai membasahi bumi pada malam itu. Suasana pada malam itu tidak seperti kebiasaannya kerana ia sangat sunyi dan tidak ada sebarang kelibat manusia pun yang kelihatan. Hanya lampu jalan sahaja yang menerangi kegelapan malam.So Hyun berjalan sendirian untuk pulang ke rumahnya dengan kaki yang lemah dan longlai. Nafasnya ditarik sedalam dalamnya.
"Huh..apelah nasib aku. Dah lah eomma sakit, phone aku pulak dah dicagar. Ceh! Ni semua pasal lelaki kkangpae tak guna tulah! Tak boleh ke cakap elok-elok sikit.Dah la berlagak! Dah la aku kena buang kerja...", omel So Hyun sendirian. Dia betul-betul sedih dengan insiden yang baru sahaja menimpa dirinya sebentar tadi. Perasaan sedihnya mula bercampur dengan perasaan marah. Marah dengan sikap si kkangpae gila tu!
So Hyun mengangkat kepalanya untuk melihat langit. Sudah menjadi kebiasaannya melakukan sedemikian bagi menenangkan hatinya yang tengah serabut. Titisan hujan kemudiannya menitis di atas telapak tangannya. Satu senyuman mulai menguntum di bibirnya yang muram sejak tadi. Dia benar benar menyukai waktu hujan. Baginya titisan hujan yang turun ke bumi seolah olah mengerti akan kesedihan yang dialami dirinya. Ia seolah olah mengatakan bahawa bukan hanya dirinya seorang yang sedang menangis.
*****
Kring!Phone yang berada di dalam poket seluar Chanyeol mula berbunyi. Lantas Chanyeol mengeluarkan phone tersebut.
So Hyun, cepat la balik. Kamu dah habis kerja ke belum? Eomma risau la kalau kamu balik lewat sangat.
Satu mesej ringkas tertera pada skrin telefon bimbit yang berwarna pink tersebut. Chanyeol mula mengukirkan senyuman yang sinis.
"So Hyun. Ceh! Jadi inilah nama yeoja yang pabo tadi. Huh. ", ujar Chanyeol dengan nada sindiran sambil merebahkan badannya di atas katil. Dia kemudiannya membelek belek phone milik yeoja yang dijumpainya sebentar tadi. Dia mula memeriksa setiap butiran yang terdapat di dalamnya. Habis semua gambar yang terdapat di dalam galeri di stalk olehnya. Tiba-tiba terlintas satu idea di dalam benaknya. Satu idea yang gila, yang pasti akan membuatkan semua orang menjadi gila!
"Apa kata..kalau aku upah minah ni jadi girlfriend aku. Boleh lah aku mengelakkan diri aku daripada berkahwin dengan Se Kyung tu.", ujar Chanyeol sendirian. Dia begitu meluat dengan sikap Se Kyung yang mengada ngada dan asyik ingin berkepit dengannya. Perkara itu benar benar membuatnya rimas.
Telefon bimbit yang berwarna merah jambu itu diletaknya di atas meja. Tuala yang bercorakkan rilakkuma segera dicapai olehnya dan terus menuju ke kamar mandi bagi membersihkan dirinya.
****
Tok! Tok! Tok!Pintu diketuk bertalu talu dari luar rumah. Puan Hye Mi segera berlari-lari anak untuk membuka pintu rumahnya. Kelihatan seorang gadis sedang berdiri di luar rumah sambil mengukir senyuman yang cukup manis.
"Ah..So Hyun! Kamu dah balik ya! Lega eomma. Risau pulak eomma kat kamu. Masuklah cepat. Sejuk kat luar tu" , ujar Puan Hye Mi dengan penuh kebimbangan di dalam hatinya. Manakan tidak, anaknya itu seorang perempuan.
Belum sempat So Hyun melabuhkan punggungnya di atas kerusi, eommanya mula menanyakan beberapa soalan kepadanya.
"Kenapa kamu balik lambat? Ada masalah ke tadi?", soal puan Hye Mi kepada anaknya dengan riak wajah yang penuh tanda tanya.
"Err..."
Belum sempat So Hyun menjawab pertanyaan tersebut, eommanya mula menembak dirinya dengan soalan kedua.
"Eomma ada mesej kamu tadi. Kenapa tak balas?", soal puan Hye Mi lagi.
Jantung So Hyun seolah olah berhenti berdegup.Raut wajahnya mula berubah. Dia sedang mencari akal untuk menjawab soalan yang diajukan eommanya tadi. Takkanlah dia nak bagitahu eommanya yang telefon bimbitnya telah dicagar kepada seorang lelaki. Nanti tak pasal-pasal eommanya jatuh sakit pula. Dia mengambil keputusan untuk merahsiakan kejadian tadi daripada pengetahuan eommanya kerana bimbang akan kesihatan eommanya.
"Err...ha..hari ni ramai pelanggan la eomma sebab tu So Hyun balik lewat. So Hyun tak balas mesej eomma sebab phone So Hyun tertinggal kat kedai.", ujar So Hyun dengan panjang lebar. Dia benar benar tidak pandai untuk berbohong. Dia tidak pernah bercakap bohong dengan eommanya sejak kecil lagi kerana dia sering diajar untuk bercakap benar.
"Eomma, So Hyun masuk tidur dulu ya. Jaljayo eomma.", ujar So Hyun sambil mengucup pipi ibu kesayangannya itu. Dia segera masuk ke dalam biliknya kerana hendak melarikan diri daripada pertanyaan eomma. Risau pula rahsianya akan terbongkar.
Puan Hye Mi mula meragui sikap anak sulungnya itu. Kelakuan anaknya pada malam ini agak ganjil dan So Hyun kelihatan seolah olah seperti sedang menyembunyikan sesuatu daripada dirinya. Bagi menyedapkan hatinya, dia cuba untuk tidak memikirkannya.
Pada malam itu, So Hyun sukar untuk melelapkan matanya. Insiden itu masih bermain-main dibenaknya. Suara lelaki itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Majalah di atas meja segera dicapai. Dia betul-betul malas hendak memikirkan perkara yang membebankan otak. Dia mula membelek majalah itu helaian demi helaian.
Krik..
Kedengaran pintu bilik dibuka. Kelihatan seorang budak perempuan berpakaian pijama berdiri di hadapan pintu.
"Unnie...boleh tak Yoona lepak kat sini? Yoona bosanlah unnie.", ujar Yoona sambil menunjukkan ekspresi wajah yang begitu bosan.
So Hyun hanya mengangguk dan membuat isyarat tangan untuk memanggil adiknya masuk. Yoona mula melabuhkan punggungnya bersebelahan kakaknya itu. Kepalanya dijenguk sedikit untuk membaca majalah tersebut.
"Ah! Chanyeol!", satu perkataan mula keluar dari bibir Yoona. Yoona mula menjerit kecil.
"Oh. Jadi nilah Chanyeol yang Yoona minat sangat tu?"
"Nae! Oh, oppa idaman hatiku", ujar Yoona sambil membuat mimik muka yang gedik. Kedua belah tangannya mula diletakkan di sebelah pipi dan dia mula menggelengkan kepala sambil tersenyum sendirian. Sah! Yoona dah kena sawan!
Yoona benar-benar meminati Chanyeol. Dia selalu mengikuti perkembangan Chanyeol dari semasa ke semasa. Baginya, hanya Chanyeol yang menjadi artis pujaan hatinya. Setiap penjuru biliknya pasti dipenuhi dengan artikel dan poster yang berkaitan dengan Chanyeol. Memang fanatik tahap gaban!
So Hyun hanya mampu menggelengkan kepala. Satu senyuman mula terukir dibibirnya. Gelagat adiknya itu mampu membuat dirinya gembira sekaligus membantu dirinya untuk melupakan masalah tadi.
To be continued...
YOU ARE READING
Hired Girlfriend
Фанфик"Maafkan aku kerana melibatkan kau dalam hal ni. Disebabkan aku kau dikejar wartawan. Disebabkan aku jugak, kau terpaksa hadapi masalah yang akan membebankan hidup kau. " - Park Chanyeol "Walaupun saya cuma girlfriend upahan,tapi entah kenapa.. jauh...