"Ireona! So Hyun-ah! Ireona! Dah pukul 7 pagi! Nanti kamu lambat pulak ke sekolah!"
Jeritan Puan Hye Mi memecahkan kesunyian pada pagi yang nyaman itu. Puas dia mengejutkan anaknya itu, namun So Hyun masih lagi berdegil.
"Tak nak la eomma! Nanti orang buli So Hyun lagi! Shireo!", balas So Hyun acuh tidak acuh. Dia kembali menarik selimutnya.
"Unnie!!! Palli ireona! Yahh!!!", ujar Yoona seraya menarik lengan kakaknya itu. Entah dari mana dia muncul. So Hyun mula bingkas bangun dari katilnya. Dia segera mencapai tuala yang tersangkut di bucu katil dan melangkah ke kamar mandi dengan lemah longlai. Dia kelihatan betul-betul tidak bersemangat.
"Kami pergi sekolah dulu!", ujar Yoona kepada ibunya yang sedang tekun menyapu lantai.
Puan Young Mi hanya mengangguk lalu melambaikan tangannya tanda mengucapkan selamat jalan. Yoona segera mengheret lengan So Hyun yang masih lagi dalam keadaan mamai. Sebenarnya, So hyun masih trauma dengan kejadian yang menimpanya hari itu. Memang teruk dia dikerjakan oleh peminat fanatik Chanyeol. Yang hairannya, Yoona langsung tidak dikecam oleh rakan-rakannya yang lain. Mungkin tiada yang tahu bahawa mereka berdua itu adik beradik. Dan mungkin juga orang menganggap mereka berdua hanyalah sekadar teman biasa. Baguslah! So Hyun juga tidak mahu adiknya menerima nasib malang sepertinya.
"Aosh! Unnie!! Palli! Kita betul-betul dah lambat. Nanti pintu pagar ditutup!", kata Yoona. Dia terus mengheret lengan So Hyun dengan kuat menyebabkan gadis itu mula mengerang kesakitan.
"Yah! Appeo! Janganlah tarik! Yelah, unnie tengah cepat la ni. Eee kut ye pun, sabarlah!", balas So hyun sambil mengikut jejak langkah Yoona.
Akhirnya mereka berdua selamat tiba dan memasuki pintu pagar sekolah. Mereka berdua berpisah dan menuju ke kelas masing-masing.
****
<Di kelas>"Kau tengoklah minah tu! Boleh lagi dia datang sekolah! Aku rasa kita patut kenakan dia lagi!", ujar Suzy iaitu ketua gengster di kelas itu sambil memandang ke arah So Hyun yang sedang mengeluarkan buku teks dari beg galasnya.
"Yelah! Kita kena kerjakan dia lagi! Eeee! Tak padan la dia ngan Chanyeol! Perasan bagus!", balas rakannya sambil menggigit jari tanda geram dan menyampah.
Rata-rata murid di kelas itu memandang So Hyun dengan riak wajah yang bengis dan seolah-olah tidak puas hati dengan dirinya. Jelingan tajam yang diberikan oleh mereka membuatkan So Hyun benar-benar tidak selesa. Ingin saja dia melarikan diri dari situ. Kawan baiknya juga telah meninggalkan dirinya kerana tidak mahu terbabit dalam masalah itu. Bila diingatkan kembali, perkara itu cukup membuatkan dirinya sedih. Yelah, siapa yang tidak sedih jika kawan baik sendiri mengkhianati persahabatan yang dijalinkan selama ini. So Hyun cuba untuk tidak mempedulikan "gengster celup" yang berada di dalam kelasnya itu. Yang penting, dia mesti kekal fokus di dalam pelajaran untuk memastikan dia berjaya mencapai impiannya.
Kring! Kring!
Loceng yang berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula. So Hyun segera bingkas bangun dari kerusi dan keluar dari kelas. Dia mula berjalan di laluan koridor untuk menuju ke kantin sekolah. Berkeroncong pula perutnya. Manakan tidak, dia langsung tidak sempat untuk bersarapan kerana bangun lambat pagi tadi.
Puk!
Tiba-tiba ada seseorang yang menolak badannya ke dinding dengan kuat. So Hyun tergamam. Kelihatan ada beberapa orang gadis sedang mengerumuni dirinya. Terpamir riak wajah tidak puas hati di setiap wajah gadis-gadis itu. Bukankah gadis-gadis itu rakan sekelasnya?!
"Kau..jangan nak berani dekatkan diri dengan Chanyeol! Kau ingat kau sape?! Dasar pompuan miang!", ujar Suzy seraya memegang kolar baju milik So Hyun.
"Woi pompuan kampung! Baik kau blah! Aku dah muak tengok muka kau! Jangan berlagak sangat la! Chanyeol tu bukan nak kat kau pun!! Kau tu yang terhegeh-hegeh!", ujar salah satu konconya lalu mengepalkan buku limanya seolah-olah ingin menumbuk So hyun.
"Jebal...jangan buat macam ni..jusuhamnida" rayu So Hyun kepada gangster2 tersebut namun rayuannya langsung tidak dihiraukan.
Mata So Hyun mula digenangi air mata. Dia mula menangis teresak-esak. Dia sama sekali tidak berdaya untuk melawan gadis-gadis itu. Salah seorang daripada gadis itu mula mengangkat penumbuk untuk menumbuk wajah So Hyun.
"Woi! Korang buat apa tu hah?!"
Jeritan seseorang membuatkan mereka semua berpaling serentak. Kelihatan seorang gadis yang tinggi lampai dan berambut panjang berdiri di koridor sambil menudingkan jarinya sebagai tanda amaran. Dia memakai ribbon merah jambu di kepalanya.
"Kau jangan sibuk! Nanti kau pulak aku tumbuk!", ujar Suzy sambil membuat gaya samseng. Genggamannya pada kolar So Hyun segera dikemaskan. Dia kemudiannya menyuruh konco-konconya bertindak.
Gadis yang tinggi lampai itu segera menghampiri mereka. So Hyun masih lagi menangis teresak-esak. Dia kelihatan begitu takut.
Salah seorang konco Suzy cuba untuk menumbuk gadis yang tinggi lampai itu. Namun, tumbukannya tidak berjaya apabila gadis yang tinggi itu berjaya menahan tumbukan itu dengan tangannya. Ketua geng tersebut mula tergamam dengan kekuatan gadis yang tinggi lampai itu dan terus melarikan diri bersama konco-konconya."Kwenchanayo?", ujar gadis tinggi lampai itu sambil menundukkan kepalanya untuk memandang wajah So Hyun. Nampaknya dia masih lagi menangis. So Hyun segera berlari menuju ke kelas meninggalkan gadis yang tinggi lampai itu sendirian tanpa mengeluarkan walau sepatah pun perkataan.Dia kelihatan begitu sedih dan takut dengan kejadian yang menimpanya sebentar tadi.
****
"Baiklah! Kita ada seorang pelajar baru harini. Dia baru saja berpindah ke sekolah ni. Katanya, dia lebih tua daripada kamu semua. Dan dia juga ada cakap yang dia ni pelajar yang mengulang..Harap kamu semua dapat berbaik ya.", ulas Cikgu Niel dengan panjang lebar membuatkan semua yang berada di dalam kelas mula mengantuk."Cha Young..masuklah.", kata Cikgu Niel lagi seraya memanggil pelajar barunya.
Gadis itu mula melangkah masuk ke dalam kelas sambil menguntumkan senyuman. Semua pelajar mula tergamam kerana ketinggiannya melebihi ketinggian Cikgu Niel. Barangkali tingginya dalam lingkungan 185 sentimeter.
"Annyeonghaseyo. Cheoneun Park Cha Young imnida.", sapa gadis yang tinggi lampai itu sambil tersenyum manis. Sesekali ribbon dikepalanya dibetulkan sedikit.
"Cha Young, kamu duduk kat meja kosong tu!",kata guru kelas tersebut sambil menudingkan jari ke arah So Hyun.
So Hyun kemudian mengalihkan pandangan ke arah Cha Young yang sedang berjalan ke arahnya. Dia kelihatan sedikit tenang dan tiada air mata yang mengalir di pipinya. Suzy yang duduk di hadapan mula menoleh ke belakang. Nampaknya, dia mula mengecam wajah perempuan yang berlagak "hero" tadi. Suzy mula membisikkan sesuatu kepada konco-konconya. Sepertinya, mereka sedang merancang sesuatu.
"Annyeong Cha Young unnie. Cheoneun So Hyun imnida.", tegur So Hyun sambil melemparkan satu senyuman yang cukup manis kepada rakan barunya itu. Nampaknya dia tak kesepian lagi.
Namun teguran So Hyun langsung tidak dihiraukan oleh Cha Young. Mungkin dia masih malu-malu dengan dirinya. Begitulah tanggapan positif So Hyun kepada Cha Young. Dia kemudiannya memalingkan wajahnya ke hadapan.
"Gomawo sebab selamatkan saya tadi.", ujar So Hyun sambil merenung ke dalam mata Cha Young.
"Hmm. Hal kecik jer", ujar Cha Young sambil membuat muka selamba.
So Hyun mula tersengeh. Nampaknya, Cha Young sudah boleh membiasakan diri berkawan dengannya. So Hyun sangat berharap yang Cha Young akan jadi kawan baiknya. Tapi kenapa wajah Cha young mirip dengan seseorang yang dia kenal? Atau ini cuma perasaan nya saja?
Siapakah Park Cha Young sebenarnya? Kalau nak tau..nantikan chapter seterusnya.
Hye! Annyeong readers! Rindu min tak? Sorry min lama x update. Bukan ape, Min malas nak menaip pastu Min dah lupa jalan cerita dia😂
YOU ARE READING
Hired Girlfriend
Fanfiction"Maafkan aku kerana melibatkan kau dalam hal ni. Disebabkan aku kau dikejar wartawan. Disebabkan aku jugak, kau terpaksa hadapi masalah yang akan membebankan hidup kau. " - Park Chanyeol "Walaupun saya cuma girlfriend upahan,tapi entah kenapa.. jauh...