Kring! Kring!
Loceng yang kuat kedengaran itu menandakan sesi persekolahan pada hari tersebut telah tamat. Susana di setiap kelas menjadi riuh rendah dengan suara para pelajar yang berpusu-pusu untuk pulang ke rumah. So Hyun menarik nafas dalam-dalam. Berdebar pula hatinya untuk berjumpa dengan lelaki misteri tersebut. Kakinya mula melangkah keluar dari kelasnya. Dia berasa tidak sedap hati akan keputusannya itu. Otaknya mula bercelaru memikirkan perkara tersebut. Tiba-tiba ada seseorang mula menekup matanya dari belakang.
"Ahhh!!! Eomma!! Jangan apa-apakan saya!!", jerit So Hyun dengan suara yang sangat kuat.
"Unnie!!", kedengaran satu suara memanggilnya dari belakang. So Hyun segera meleraikan tangan yang menutup matanya tadi. Jantungnya mula berdebar-debar.
"Huh! Kau rupanya Yoona! Terkejut unnie. Lain kali jangan buat camni lagi! Boleh mati aku nanti!", ujar So Hyun dengan nafas yang masih tercungap-cungap. Dia lantas mencubit lengan adiknya. Geram pula dia dibuatnya. Ada ke patut dia buat macam tu dekat unnie dia. Haish! Memang tak patut!
"Alaaa...unnie janganlah marah. Jom la balik. Nanti eomma cari pulak..", ujar Yoona dengan nada seperti merengek.
" Yoona balik la dulu. Unnie ada hal kejap dengan kawan. Unnie nak pinjam buku dengan dia", So Hyun mula membohongi adiknya.
"Nae! Annyeong!", jawab Yoona dengan ringkas. Sekelip mata sahaja adiknya sudah hilang dari pandangan. Budak tu kalau bab-bab balik rumah ni memang nombor satu. Kalau masuk marathon ni, confirm boleh menang.
****
Gulp! Air liurnya ditelan sebanyak mungkin. Tangannya sejuk seperti direndam di dalam ais. Mungkin darah gemuruhnya telah menguasai diri. Kelihatan lelaki itu sedang berdiri di bawah pohon maple yang rendang di belakang sekolah. Sesekali cahaya matahari menembusi pokok melalui dedahan yang jarang. So Hyun memberanikan dirinya untuk menghampiri lelaki yang tinggi lampai itu."Oh. Akhirnya kau sampai jugak. Aku ingat kau sesat kat Afrika dah tadi", ujar lelaki bertopeng tersebut dengan nada suara seperti menyindir.
"Ceh! Saya datang pun sebab phone saya!", So Hyun memberanikan dirinya untuk menjawab.
Lelaki yang tinggi lampai itu segera berjalan menghampiri So Hyun. Jantung So Hyun mula berdegup kencang. Dup dap! Dup dap! Rasa nak pecah pun ada! Lelaki bertopeng itu mula menanggalkan topeng yang selama ini menutup wajahnya. Wajah So Hyun kelihatan seperti tergamam dan dia mula terduduk di atas tanah yang berlapikkan daun maple yang gugur itu.
"Cha...cha...cha..Chanyeol?!", ujar So Hyun dengan nada yang amat terkejut. Sungguh dia tidak menyangka bahawa lelaki yang di panggilnya kkangpae itu rupa-rupanya Chanyeol!
"Kalau kau nak phone kau balik...aku boleh bagi..tapi dengan satu syarat.", Chanyeol mula bersuara. Kali ini dia kelihatan sangat serius.
"A..a..Apa syaratnya?", soal So Hyun dengan penuh tanda tanya dan disusuli dengan kegagapan.
"Syaratnya, kau kena jadi girlfriend olok-olok aku..kalau kau sudi...kau boleh dapat phone kau balik and kau tak payah bayar Iphone aku. Kau jugak akan aku bayar gaji.", terang Chanyeol dengan panjang lebar.
"Gi...girl...girlfriend?!", So Hyun tergamam seketika. Hah! Sudah! Dia akan jadi girlfriend Chanyeol?! Chanyeol yang femes tu?!
Tanpa berfikir panjang dan kesan buruk daripada syarat tersebut, So Hyun segera bersetuju. Buat masa sekarang, dia betul-betul memerlukan duit. Chanyeol kemudiannya menghulurkan phone pink kesayangannya itu. Lantas dipeluk dan dicium telefon bimbitnya. Rindu pula dengan telefon bimbitnya itu walaupun cuma sehari tak berjumpa.
Chanyeol mula berkata-kata lagi.
"Segala arahan aku akan maklumkan melalui mesej. Arasso?!"
So Hyun hanya mengangguk tanda faham. Chanyeol kemudiannya berlalu pergi meninggalkan So Hyun sendirian. Kadang-kadang terdetik juga di dalam hati So Hyun akan keputusan yang dibuatnya sebentar tadi. Betul ke apa yang aku buat? Fikiran So Hyun semakin bercelaru. Perasaannya bercampur baur. Dia benar-benar bingung mengenai perkara ini. Dia segera bingkas bangun dan berjalan pulang ke rumah. Risau pula eommanya nanti kalau dia pulang lambat.
YOU ARE READING
Hired Girlfriend
Fiksi Penggemar"Maafkan aku kerana melibatkan kau dalam hal ni. Disebabkan aku kau dikejar wartawan. Disebabkan aku jugak, kau terpaksa hadapi masalah yang akan membebankan hidup kau. " - Park Chanyeol "Walaupun saya cuma girlfriend upahan,tapi entah kenapa.. jauh...