Kok! Kok! Kok!
Kokokan ayam pada pagi itu menandakan bahawa hari sudah menjelang siang. Matahari mula memancarkan sinarnya memenuhi segenap ruang untuk menerangi segala yang ada di atas muka bumi. Sesekali kelihatan sekumpulan burung berterbangan sambil berkicauan dengan girang dan hinggap di atas dedahan pokok yang rendang.
So Hyun mula menyikat rambutnya yang panjang dengan rapi sebelum berangkat pergi ke sekolah. Tali lehernya yang senget dibetulkan sedikit. Dia bergegas mencapai beg galasnya yang terletak elok di atas kerusi di ruang tamu.
"Yah! Dongsaeng! Palli. Nanti kita lambat ke sekolah!.", jerit So Hyun dengan suara yang kuat kerana kelibat adiknya masih belum kelihatan. Sesekali, jam tangan berwarna merah jambu miliknya itu dikerling. Huh! Memang adiknya itu sering bangun lambat. Kalau dah tidur memang tak ingat dunia! Adik So Hyun iaitu Yoona kemudiannya segera berlari-lari anak mendapatkan kakaknya yang sudah menunggu di muka pintu. Kalut habis si Yoona tu. Itulah, siapa yang suruh dia bangun lambat.
"Eomma, kitorang pergi dulu ya?", ujar So Hyun dengan ringkas sambil melangkah keluar daripada rumah. Jejak langkahnya segera diikut oleh Yoona.
"Nae. Hati-hati di jalan ya!", ujar eomma sambil mengemas meja makan di dapur.
****
Setibanya di pagar sekolah, So Hyun mula menjegilkan anak matanya apabila dia terlihat seorang lelaki yang bertopeng hitam. Lelaki itu menyandarkan badannya pada kereta mewah yang berwarna hitam sambil berpeluk tubuh. Wajah lelaki yang ditutupi topeng itu seperti pernah dilihat olehnya. Tapi dimana ya? Wajah lelaki itu ditenungnya dengan lama untuk mendapatkan kepastian. Lelaki itu tiba-tiba berpaling ke arahnya dan memandangnya dengan pandangan yang tajam. Kalah laser tau! Mulut So Hyun mula terlopong."Unnie? Unnie okay tak ? Yoona masuk kelas dulu ya?", ujar Yoona dengan riak wajah yang penuh kehairanan apabila melihat perbuatan kakaknya itu. Namun pertanyaannya langsung tidak dihiraukan oleh So Hyun. Sebaliknya So Hyun hanya membuat isyarat tangan seolah-olah mengarahkan adiknya pergi. Yoona mula mencebikkan muka dan berlalu pergi meninggalkan kakaknya sendirian di luar pagar sekolah. Geram pula dengan sikap kakaknya yang entah apa-apa tu!
Gulp! So Hyun menelan air liurnya yang tiba-tiba terasa kelat. Dia mula mengecam wajah lelaki yang bertopeng itu. Bukankah itu lelaki kkangpae yang telah memalukan dirinya semalam!
"Apa yang dia buat kat sini? Macam mana yang dia tahu aku sekolah kat sini?", soal So Hyun bertubi-tubi di dalam hatinya.
Lelaki yang bertopeng itu mula berjalan menghampirinya. So Hyun tidak mampu untuk bergerak. Dia hanya membekukan diri di situ seolah-olah dirinya telah ditimbus salji. Rasa ketakutan mula menyelubungi dirinya. Sekarang jaraknya dengan lelaki tersebut hanya tinggal beberapa tapak sahaja. Lelaki itu mula menyeluk poket bajunya dan dia seolah olah ingin mengeluarkan sesuatu.
Ahh! Dia nak tembak aku ke?! Aku taknak mati lagi! Kalau aku mati..siapa nak jaga eomma dan Yoona? Siapa?!. So Hyun mula menjerit di dalam hatinya. Dia perlu bertindak sekarang. Perlu!
"yah!yah!yah!"
So Hyun mula melakukan gerakan merapunya.Maklum la, dia memang fail bab-bab berlawan ni. Dengan lipas pun dia takut, inikan lagi seorang manusia! Matanya dipejam rapat-rapat. Dia kelihatan seperti orang gila yang tengah meroyan! Dia terus melakukan gerakan pelik seperti orang yang sedang bersenam. Ah! Lantaklah! Dia sudah tidak kesah dengan pandangan orang terhadapnya. Nyawanya kini sedang menjadi taruhan dan dia perlu mempertahankan dirinya. Kedengaran suara seseorang seperti sedang ketawa. Lantas dia membuka matanya yang dipejam sejak dari tadi.
"Hahahahahahah! Apa punya gerakan yang kau buat tu? Kau gila ke ape?", ujar lelaki itu sambil ketawa berdekah-dekah.
So Hyun memandangnya dengan wajah yang pelik. Bukan ke tadi dia nak tembak aku? Kenapa tak jadi pulak? Wajah So Hyun mula merah menahan malu. Setelah penat lelaki itu ketawa, dia kemudiannya kembali dingin seperti biasa.
"Lepas habis kelas, kau jumpa aku dekat taman belakang sekolah.", lelaki itu seolah-olah sedang mengarah So Hyun.
So Hyun mula mencebikkan wajahnya.
"Kenapa pulak saya kena ikut awak? Saya kan dah janji akan ganti balik phone awak tu. Lagipun tempoh seminggu yang awak bagi tu masih belum habis lagi.", ujar So Hyun dengan panjang lebar untuk membantah arahan lelaki yang tidak dikenalinya itu. Sudah lah bertopeng, identitinya juga misteri. Risau pula dirinya akan diapa-apakan jika dia mengikut lelaki itu. Manalah tahu jika lelaki itu merupakan gengster atau pembunuh bersiri.
"Aku cakap ikut ajelah! Kau nak ke tak nak phone kau ni? Kalau taknak aku nak campak kat sungai", ugut lelaki bertopeng itu sambil mengeluarkan phone milik gadis itu dari poket bajunya.
"Ok.", balas So Hyun dengan ringkas menandakan bahawa dia bersetuju. Dia sama sekali tidak berani untuk berkata tidak. Phone kesayangannya kini dalam bahaya!
So Hyun berlalu pergi meninggalkan lelaki itu sebaik sahaja bunyi loceng kedengaran. Dia mula memecut dengan kelajuan maksimum. Masaklah kalau dia lewat ke kelas! Tak pasal-pasal kena denda dengan cikgunya nanti. Ni semua sebab kkangpae tulah!To be continued...
YOU ARE READING
Hired Girlfriend
Fanfiction"Maafkan aku kerana melibatkan kau dalam hal ni. Disebabkan aku kau dikejar wartawan. Disebabkan aku jugak, kau terpaksa hadapi masalah yang akan membebankan hidup kau. " - Park Chanyeol "Walaupun saya cuma girlfriend upahan,tapi entah kenapa.. jauh...