Chapter 9

92 9 1
                                    


"Eii! Apa awak buat ni? Lepaslah!", jerit So Hyun sambil memandang lelaki yang tinggi lampai itu. Dia cuba meleraikan tangannya daripada terus digenggam.

"Yah! Cepatlah! Kite dah lambat ni", kata Chanyeol sambil mengheret So Hyun dengan kasar.

Mereka berdua terus melangkah masuk ke dalam kedai tersebut. Semua mata tiba-tiba sahaja memandang ke arah mereka. Manakan tidak, So Hyun masih lagi berpakaian seragam sekolah. Belum sempat dia pulang menukar pakaian, Chanyeol sudah mengheretnya ke sini. Entah apa yang dia hendak lakukan.

"Malunya aku! Ish! Si kkangpae nilah punya pasal! Aku terpaksa tebalkan muka. Dia takpelah! Mask hitam tu duk melekat kat muka!", So Hyun mula bermonolog di dalam hatinya.

Chanyeol terus mengheret So Hyun ke arah lif. Dia langsung tidak mempedulikan mata-mata yang asyik memandangnya itu. Mereka sedang menuju ke tingkat atas kedai.

Tink!

Pintu lif terbuka luas. Chanyeol segera melepaskan tanggannya daripada So Hyun. Dia segera menyusun langkah keluar daripada lif. So Hyun bergegas mengikuti jejak langkah lelaki kkangpae tersebut. Pelbagai persoalan mula bermain di benaknya.

"Whats up bro!", kata Chanyeol sambil memeluk seorang lelaki yang memakai baju merah jambu. Lelaki tersebut mula tersengeh gembira sambil membalas pelukan Chanyeol.

So Hyun mula kebingungan. Siapakah lelaki itu? Dia mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dilihatnya lelaki itu sambil mengerutkan dahinya. Manakan tidak, wajah lelaki itu dihiasi make-up yang tebal. Bajunya pula berwarna merah jambu dan dihiasi batu permata.

"Sape pulak lelaki ni? Kenapa pakaian dia macam namyeo je ni?! Alahai..", keluh So Hyun dalam hatinya.

Matanya diliarkan ke sekeliling. Pelbagai perhiasan dan alat solek terletak elok di atas meja. Kelihatan begitu banyak cermin solek yang digantung pada dinding. Konsep bilik yang berunsurkan eropah itu menarik minat So Hyun untuk menerokanya. Dia mula berjalan dan melihat sekeliling.

"Who is she? Don't say that she's your girlfriend.", kata lelaki itu kepada Chanyeol sambil ketawa kecil. Dia mula menepuk bahu Chanyeol dan ketawa terbahak-bahak. Dia sedang membuat jenaka namun ianya langsung tidak menbuat Chanyeol tertawa.

"It's not funny at all. Yes, she's my girlfriend", kata Chanyeol kepada lelaki itu sambil mengerutkan dahinya.

Lelaki namyeo tadi mula terkejut dengan pengakuan Chanyeol sebentar tadi. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dicakapkan oleh kawannya itu. Kawan baiknya yang begitu memilih dalam soal jodoh tiba-tiba sahaja mempunyai teman wanita. Sungguh menakjubkan. Lelaki tersebut segera menghampiri So Hyun yang sibuk memerhati gambar-gambar yang tergantung di dinding.

"Annyeonghaseyo. Cheoneun Jun Ki imnida. Saya kawan baik kepada Chanyeol A.K.A pendandan artis", tegur Jun Ki dengan ramah sambil menunduk hormat.

"Nae. Annyeonghaseyo. Cheoneun So Hyun imnida. Mannaseo bangapseumnida.", balas So Hyun sambil menunduk hormat juga. Dia mula menguntumkan senyuman.

Chanyeol tiba-tiba sahaja datang ke arah mereka dan mula membisikkan sesuatu kepada Jun Ki. Jun Ki hanya tertawa sambil membuat isyarat "okay" kepada kawan baiknya itu. So Hyun mula mencebikkan muka. Entah apa yang dibisiknya itu. Jejaka kkangpae itu segera melangkah keluar dari bilik itu dan menuju ke arah lif. Kini, hanya tinggal dia dan lelaki namyeo itu di dalam bilik tersebut.

"Cha..chanyeol!", jerit So Hyun. Dia mula ketakutan. Siapa yang tidak takut jika ditinggalkan dengan lelaki asing di dalam bilik. Dahlah sunyi!

Mata Jun Ki mula meliar ke arah So Hyun dari atas sehinggalah ke bawah. Gulp! So Hyun mula menelan air liurnya. Dia sudah benar-benar tidak selesa. Ingin saja dia melarikan diri ke arah lif. Lelaki namyeo tadi tiba-tiba sahaja merapati So Hyun. Wajahnya didekatkan ke arah So Hyun menyebabkan gadis itu mengundur ke belakang.

Hired GirlfriendWhere stories live. Discover now