Chapter 10

122 10 2
                                    

"Unnie! Unnie! Habislah!!", jerit Yoona sambil berlari mendapatkan So Hyun yang sedang bersarapan bersama eommanya. Suaranya yang kuat itu telah memecahkan kesunyian pagi.

"Waeyo? Eo? Nampak panik aje.", ujar So Hyun seraya berpaling ke arah adiknya itu. So Hyun kelihatan masih bingung. Begitu juga dengan Puan Young Mi iaitu eomma mereka.

"Tengok ni!", kata Yoona sambil menghulurkan majalah keluaran hari itu. Dia mula tercungap-cungap kerana penat berlari tadi.

So Hyun mula melihat majalah yang dihulurkan oleh adiknya itu. Lantas dibacanya dengan suara yang agak kuat.

"Berita gempar. Artis terkenal Chanyeol sedang bercinta dengan seorang budak daripada Sekolah Menengah Perempuan Hankook.", ujar So Hyun dengan selamba. Agaknya dia masih mamai dan tidak menyedari akan artikel yang dibacanya itu. Puan Young Mi yang mendengar kata-kata So Hyun mula terlopong. Roti yang digigit oleh Puan Young Mi tadi telah terjatuh di atas lantai.

Mata So Hyun mula membuntang. Dia mula tersedar akan artikel yang dibacanya sebentar tadi. Terpampang gambarnya bersama Chanyeol di majalah itu. Dia seakan pernah melihat tempat di dalam gambar tersebut. Dia cuba mengingatinya.

"Omo!! Kat kedai semalam! Habislah akuuuuuu!! Macam mana gambar ni boleh terpampang kat sini?!", jerit So Hyun di dalam hatinya. Dia mula kaku dan matanya masih terbuka luas.

"Habislah unnie! Macam mana unnie nak pergi sekolah nanti?! Aigooo. ", kata Yoona sambil menghempuk dahinya itu. Dia benar-benar bingung. Sudahlah ramai peminat Chanyeol di sekolahnya itu. Mesti masak kakaknya dikerjakan nanti!

*****
<Di syarikat majalah Namoo>

"Bagus! Bagus! Saya suka hasil kerja kamu. Keluaran kita untuk hari ni sudah habis terjual. Chukkahaeyo. Saya bangga dengan kamu!", ujar Pengurus syarikat majalah Namoo kepada seorang wartawan yang telah berjasa pada hari itu.

"Aigoo. Kamsahamnida.", ujar wartawan itu sambil tersenyum gembira. Hidungnya mula mengembang disebabkan pujian yang diterimanya tadi.

"Tapi..macam mana awak dapat gambar tu?", soal Pengarah itu dengan wajah yang dipenuhi tanda tanya.

"Panjang ceritanya..ceritanya macam ni...", ujar wartawan itu sambil mendongakkan kepalanya ke atas.

Flashback~

Puk!

"Yah! Tak aci la macam ni! Saya dah buat appointment minggu lepas tau! Bagilah saya naik atas! Saya nak temu ramah Encik Junki!", marah wartawan itu sambil menghentak meja dengan kuat.

"Saya tau cik. Tapi Encik Junki ada urusan hari ni. Dia dah janji dengan orang lain.", ujar salah satu pekerja di kedai itu.

"Sape pulak orang tu?!", soal wartawan itu dengan kasar. Dia memang tidak puas hati dengan layanan orang di situ terhadapnya.

"Itu kami tak boleh bagitahu. Itu hal peribadi bos kami", balas pekerja itu sambil menunduk hormat dan berlalu pergi dari situ.

Wartawan itu mula mengetapkan giginya. Geram pula dibuatnya. Dia segera berjalan ke arah pintu. Buat apa dia lama-lama di sini. Buang masa saja.

Pintu mula dibuka oleh seseorang lelaki. Wartawan itu mula mengecilkan matanya. Dia seolah-olah mengenali wajah lelaki itu walaupun bertopeng. Wah! Itu Chanyeol dan dia sedang membawa seorang budak perempuan bersamanya. Siap berpegangan tangan lagi. Wartawan itu segera menyorok di tepi pasu bunga. Risau pula Chanyeol akan melihatnya!

"Ah! Boleh jadi berita hangat ni!", kata wartawan tadi sambil mengangkatkan kameranya.

Kachak! Kachak! Kachak!

Hired GirlfriendWhere stories live. Discover now