Bit..bit..bit..
Telefon bimbit milik So Hyun mula berbunyi. Siapa pula yang menghubunginya di pagi hari Sabtu ni?! Nak tidur pun tak senang! Haish..
"Umm...Yeobseyo?", ujar So Hyun lemah.
" Pabo yaaa! Kau masih membuta ke apa?! Palli ireona!! Dah 7 A.M. dah ni!", ucap Chanyeol dengan nada yang kasar meskipun di atas talian.
"Nuguseyo?", soal So Hyun kehairanan. Siapa pula yang telefon aku pagi-pagi buta ni! and...wait, he call me idiot? Kurang asam punya jantan! Dia mula mengetapkan giginya menahan geram.
Belum sempat dia bersuara, Chanyeol tiba-tiba memotong percakapannya.
"Huh. Pabo yeoja! Yaaaahh chinca pabo! Oo..lepas dapat phone kau, terus tak ingat aku ya!!",dengus Chanyeol.
"Ohh Chanyeol sshi..awak nak apa pagi-pagi ni?"
"Jumpa aku petang ni. Dekat hard rock cafe. Don't be late."
Belum sempat So Hyun berkata-kata, Chanyeol telah memutuskan talian. So Hyun menggenggam tangannya menahan marah. Ingin saja ditumbuknya lelaki biadap tu! Mulut dia macam puaka! Kalau lelaki itu ada di hadapannya, sudah pasti dia akan menyumbat segenggam cili ke dalam mulut Chanyeol tu! Baru padan muka! Dah la dia ada hal petang ni tapi terpaksalah dicancel. Kalau tak, nanti tak pasal-pasal dia dikerjakan oleh Chanyeol tu! Dia mengeluh panjang. Apelah nasibnya itu.
****
<Di hard rock cafe>"Encik nak pesan apa?", ujar pelayan kepada Chanyeol.
" Give me..umm..two cups of latte", Chanyeol mula memesan minuman.
So Hyun hanya duduk sambil memandang ke arah Chanyeol tanpa berkedip. Dia masih tertanya-tanya apakah yang perlu dilakukan olehnya. Berdebar pula rasanya bila berhadapan dengan artis terkenal walaupun wajahnya sekarang ditutupi mask hitam. Macam tak percaya pula dia bakal menjadi girlfriend kepada artis pujaan adiknya itu walaupun perhubungan itu palsu.
"Hoi! Aku taulah aku hensem, yang kau pandang aku macam tu kenapa?", Chanyeol mula bersuara sambil membuat reaksi yang poyo.
Lamunannya tiba-tiba terhenti dek kerana kata-kata Chanyeol yang berbaur riak. Chit! Perasan pulak mamat ni! Bila masa pulak aku tenung dia macam tu. Eh hello, takde masa aku nak tengok kau. You're not my taste!
"Ishh! Perasan betul! Saya takde masa nak tengok awaklah! Banyak kerja lagi saya nak buat. Saya just nak tahu, awak nak saya buat apa. Tu je.", ujar So Hyun sambil memandang wajah Chanyeol sekali lagi.
"Okey. Let's straight to the point. Birthday eomma aku tinggal beberapa hari je lagi. And aku nak kau ikut aku pergi birthday eomma as yeoja chinggu aku. Arasso?", Chanyeol menerangkan satu per satu kepada So Hyun bagi memastikan rancangannya itu berjaya. So Hyun hanya menganggukkan kepalanya tanda faham.
"This is your coffee, sir. Enjoy it.", ucap pelayan sambil menghidangkan coffee di atas meja menyebabkan perbincangan mereka terhenti seketika.
"Kamsahamnida" , ujar Chanyeol dengan nada yang lemah lembut.
Ceh! Dengan aku bukan main lagi kasar. Dengan minah pelayan tu, perghh lemah lembut pulak! Hish. Pelik betul! Dia memang pelik!
"Ehem! Alright, after this, kita kena pergi shopping dress untuk kau."
"D..d....dress?! Ala....awak saya tak biasalah pakai dress. Biarlah saya pakai baju t-shirt and jeans jer. Kan senang. Boleh tak awak?"
Soalan So Hyun langsung tidak dipedulikan olehnya. Dia mula meneguk coffee yang panas dan mula membelek telefon yang baru dibelinya kelmarin. Matanya sekarang mula menumpu pada skrin telefon. Entah apa yang ditengoknya itu. So Hyun juga mula meneguk coffee panas disebabkan cuaca pada pagi itu agak sejuk. Suasana antara mereka mula menjadi dingin dan masing-masing mula membuat hal mereka.
YOU ARE READING
Hired Girlfriend
Fanfic"Maafkan aku kerana melibatkan kau dalam hal ni. Disebabkan aku kau dikejar wartawan. Disebabkan aku jugak, kau terpaksa hadapi masalah yang akan membebankan hidup kau. " - Park Chanyeol "Walaupun saya cuma girlfriend upahan,tapi entah kenapa.. jauh...