Buk!
So Hyun menghempas beg galasnya di atas meja di ruang tamu. Dia mula duduk di atas kerusi sambil mengeluh panjang. Malang betul nasibnya hari ini.
"So Hyun ah kamu dah balik ya. Kenapa muram aje ni?", soal Puan Hye Mi seraya duduk bersebelahan anak gadisnya itu.
So Hyun hanya berdiam diri. Dia segera memeluk ibunya itu. Air jernih mula mengalir dipipinya.
"Eomma..tsk..tsk..So Hyun tak tahan dah...tsk..tsk..", kata So Hyun. Air matanya masih berjujuran di pipi.
"Waeyo? Cerita dekat eomma.", kata Puan Hye Mi seraya menyeka air mata yang ada pada pipi So Hyun. Kebimbangan mula terpancar pada wajah Puan Hye Mi.
So Hyun mula menceritakan kejadian yang menimpa dirinya di sekolah tadi. Puan Hye Mi cuba menenangkan anaknya itu. So Hyun masih lagi memeluk erat tubuh ibunya. Tangisannya masih lagi kedengaran.
"Shh..So Hyun ah, kwenchanayo. Lama2 nanti dorang berhentilah. So Hyun cuma kena banyak bersabar. Dalam hidup memang banyak dugaan. Manusia memang tak boleh lari daripada ujian. Jadi, kuatkan hati kamu. Eomma akan sentiasa bersama kamu. Eomma tahu kamu anak yang kuat. Jadi sabar ya. Uljima.", kata Puan Hye Mi dengan panjang lebar untuk memberi nasihat kepada anaknya. Dia menepuk lembut belakang anak gadisnya itu dan cuba untuk menenangkannya.
"Eomma. So Hyun okay. So Hyun kuat.", ujar So Hyun seraya menyeka air matanya yang berjujuran di pipi. Dia mula mengukirkan senyuman yang lebar. Dia segera bingkas bangun daripada kerusi dan menuju ke biliknya.
Puan Hye Mi hanya mampu tersenyum pahit. Dia merasa sungguh kasihan melihat anaknya itu. Dia masih mentah lagi untuk menghadapi masalah yang sebegitu berat. Sejak kecil lagi So Hyun dan adiknya mengalami penderitaan. Appa mereka meninggal dunia dalam kemalangan kereta ketika mereka masih kecil. Hal ini menyebabkan mereka tidak pernah merasai kasih sayang daripada seorang ayah.
****
"Ish! Pompuan kampung! Miang betul! Ada hati nak rebut oppa dari aku! Patut aku yang digosipkan dengan oppa. Baru ada class. Ni..tak. Entah pompuan kampung mana! Pleaselah!", ujar Se Kyung sambil mencebikkan mukanya. Majalah yang dipegangnya itu dicampakkan di atas meja. Meluat rasanya bila memandang wajah gadis kampung itu."Aku mesti dapatkan oppa balik! Aku takleh biar dia rampas oppa. Oppa milik aku. Aku sorang je!", Se Kyung mula bermonolog di dalam hatinya. Dia mula memikirkan strategi untuk merebut kembali putera idaman hatinya itu.
****
"Eomma. So Hyun nak pergi kedai ni. Nak beli banana milk.", kata So Hyun kepada eommanya. Puan Hye Mi hanya mengangguk tanda memberikan kebenaran keluar."Unnie! Beli ramen satu ya!", Yoona tiba-tiba saja mencelah. Entah dari mana dia datang. Memang penyibuk betul! Dah la pemalas!
"Ish! Pemalas betul! Yelah! Lain kali beli sendiri! Sebab tu lah banyak lemak! Nak bergerak pun malas.", omel So Hyun seraya mengambil duit di dalam dompet.
Yoona mula memuncungkan bibirnya yang sedia muncung. Nampaknya ada orang tengah merajuk! So Hyun langsung tidak mempedulikan adiknya itu. Dia segera memakai kasut dan keluar ke kedai yang berdekatan.
..SKIP..
< Di kedai runcit >
"Kamsahamnida. Sila datang lagi.", ujar pekerja kedai sambil menghulurkan beg plastik yang berisi ramen dan banana milk.
"Nae", balas So Hyun ringkas.
So Hyun mula tersenyum dan mengambil beg plastik itu. Dia kemudiannya menyusun langkah keluar daripada kedai.
Kachak! Kachak! Kachak!
Satu cahaya aneh mula mengena kornea matanya sebaik sahaja dia membuka pintu kedai. So Hyun mula menutup matanya menggunakan tangan dek kerana silau. Cahaya apa pulak ni? So Hyun mula berteka teki di dalam hatinya. Takkanlah U.F.O telah mendarat di hadapannya pula! Dia kemudiannya cuba untuk membuka mata.
Gulp!
Mata So Hyun mula membuntang. Kelihatan segerombolan wartawan sedang berkumpul di hadapan kedai runcit tersebut. Dia mula terkaku dan mulutnya ternganga luas.
"Cik, Adakah cik betul-betul bercinta dengan Chanyeol? Benarkah khabar angin itu?", soal salah satu wartawan sambil menghulurkan mikrofon.
"Bila cik mula bercinta dengan Chanyeol?", soal wartawan yang lain sambil menangkap gambar gadis itu.
So Hyun masih terlopong di situ. Dia masih bingung. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya sekarang. Soalan wartawan masih belum di jawab olehnya. Jantungnya mula berdegup kencang. Rupa-rupanya cahaya misteri tadi ialah flash camera milik wartawan-wartawan itu.
"Err..."
So Hyun mula tersengeh seperti kerang busuk.
"Hehehe..", So Hyun mula ketawa pahit. Kakinya dikangkangkan sedikit. Nampaknya, dia sudah bersiap sedia untuk bermarathon.
"Ahhhhh!! Cabuttt!!!", jerit So Hyun. Dia mula membuka langkah seribu untuk melarikan diri daripada wartawan-wartawan itu. Wartawan-wartawan itu mula mengejarnya dari belakang. Entah apa yang mereka inginkan daripadanya. Jantungnya mula mengepam laju.
"Ahhhh!! Cepat betul dorang lari! Robot ke apa!! Laju nak mampus! Nampaknya aku akan mati katak hari ni! Eomma!! Dowajuseyo!!!", jerit So Hyun. Sesekali kepalanya ditoleh ke belakang.Kakinya masih belum berhenti berlari. Dia mengambil keputusan untuk menyembunyikan diri di lorong sempit berhampiran sebuah kedai baju.Nafasnya mula tercungap-cungap. Tiba-tiba ada tangan yang menekup mulutnya.
"Ahhhh!!!", So Hyun cuba menjerit dan kemudiannya meronta-ronta untuk melepaskan diri namun tidak berjaya. Lelaki itu segera mengheret So Hyun dengan pantas.
Tup!
Pintu kereta ditutup. Sekarang So Hyun berada di dalam kereta seseorang. Habislah! Ada seseorang cuba menculiknya. Dia cuba membuka pintu kereta namun tidak berjaya. Pintu itu telah dikunci. Tiba-tiba kelihatan kelibat seorang lelaki bertopeng mula menghampiri kereta. Lelaki itu kemudiannya masuk ke dalam kereta menyebabkan So Hyun mula menjerit seperti orang gila. Dia meronta-ronta.
"Arghhhhhh! Jangan apa-apakan aku!! Jeball!!!"
"Wei! Diamlah! Aku la ni!", kata lelaki itu seraya menggoncangkan bahu So Hyun. Topeng yang menutupi mulutnya segera dicabut.
So Hyun mula memandang wajah lelaki itu. Dia menghela nafas lega. Lelaki yang menekup mulutnya tadi rupa-rupanya Chanyeol. So Hyun mula mengesat peluh dingin pada dahinya. Dia benar-benar terkejut dengan insiden yang menimpa dirinya tadi.
"Huh! Nasib baik aku ekori kau tadi! Kalau tak...memang habis terbongkar rahsia kita! Dah la kau tak pandai nak menipu!", kata Chanyeol sambil mengeluh berat. Wajahnya dipalingkan pada So Hyun yang masih tercungap-cungap.
"Awak...mana beg plastik tadi?", soal So Hyun sambil mengusap dadanya. Nafasnya masih lagi tercungap-cungap.
Chanyeol segera menghulurkan beg plastik milik gadis itu. So Hyun mula membuka banana milk yang dibelinya tadi dan diteguknya sedikit. Dia kelihatan sedikit lega.
"Woi kura-kura! Minum taknak share. Bak sikit! Jangan kedekut sangat!", ujar Chanyeol lalu merampas banana milk yang berada di tangan So Hyun.
Banana milk milik So Hyun segera diteguk oleh Chanyeol. Nampaknya dia betul-betul dahaga selepas bergelut dengan So Hyun sebentar tadi. So Hyun mula melemparkan pandangan kepada Chanyeol yang sedang meneguk minuman miliknya itu. Gadis itu kemudiannya memegang bibirnya. Matanya masih tidak dialihkan daripada terus memandang lelaki itu.
"Omo! Dia minum air aku! Kalau macam ni...mesti bibir aku menyentuh bi...yah!!! So Hyun!! Sedarlah!!! Kenapa kau fikir jauh ke situ!!! Andwaee!!", So Hyun mula bermonolog di dalam hatinya. Kepalanya segera digelengkan perlahan.
"Kau ni dah kenapa?! Tiba2 je gelengkan kepala. Dah kena sampuk ke apa? Nah ambiklah balik banana milk ni!", ucap Chanyeol seraya menghulurkan banana milk yang diminumnya tadi.
"Tak..takde apa-apa", balas So Hyun ringkas sambil mengambil kembali banana milk miliknya itu.
"Dah. Aku hantar kau balik", kata Chanyeol lalu menekan pedal kereta untuk menghantar So Hyun ke rumahnya.
To be continued..
Hey guys! Sorry sebab Min ambik masa yang lama untk update citer ni. Sekarang Min tengah sambung belajar dekat universiti. So, takde masa sangat nak tulis citer. Maybe Min akan sambung bila cuti sem nanti. Selamat membaca my lovely readers!
YOU ARE READING
Hired Girlfriend
Fanfiction"Maafkan aku kerana melibatkan kau dalam hal ni. Disebabkan aku kau dikejar wartawan. Disebabkan aku jugak, kau terpaksa hadapi masalah yang akan membebankan hidup kau. " - Park Chanyeol "Walaupun saya cuma girlfriend upahan,tapi entah kenapa.. jauh...