"Fuh..penat betul tadi. Ahh, leganya dapat baring atas katil ni", keluh So Hyun sendirian sambil berbaring di atas katil. Beg kertas yang berisi baju tadi diletaknya di penjuru katil.
Selesa betul bila dapat berbaring di atas katil sendiri. Matanya juga mula terpejam kerana terlalu penat melayan karenah si kkangpae itu. Tiba-tiba dia merasakan ada seseorang berdiri di hadapannya. Walaupun matanya sudah terlalu mengantuk, tetapi dia cuba untuk membukanya. Dilihat adiknya Yoona sedang tercegat sambil memuncungkan bibirnya. Sah! Yoona mesti bosan duduk sorang-sorang. Yoona mula melabuhkan punggungnya di sebelah kakaknya yang sedang tidur itu. Matanya mula meliar ke setiap penjuru bilik. Tiba-tiba dia mula perasan sebuah beg kertas yang bersinar terletak di hujung katil.
"Eh, beg kertas apa ni?", soal Yoona perlahan kepada dirinya sendiri sambil mencapai beg kertas itu. Kini beg kertas itu berada di dalam genggamannya.
Mata So Hyun tiba-tiba terbuka luas. Hah! Masaklah dia jika adiknya melihat isi di dalam beg itu. Mesti Yoona akan memberitahu eomma tentang baju tu. Dia segera bangun dan merampas beg itu daripada adiknya.
"Yah! Ini unnie punyalah! Janganlah menyibuk!", jerkah So Hyun dengan nada suara yang mula meninggi.
"Alah unnie ni..Yoona nak tengok kejap je. Bagilah tengok!", pujuk Yoona dan cuba merebut kembali beg kertas itu.
Mereka berdua mula bergelut untuk merebut beg kertas itu. Suara mereka mula bergema di seluruh penjuru rumah dan masing-masing sedang berusaha menarik beg kertas itu.
"Apa bising-bising ni, eomma nak masak pun tak boleh.", soal eomma sambil membuka pintu bilik. Dilihat kedua-dua anaknya itu sedang merebut satu beg kertas di atas katil. Kepalanya mula digelengkan. Anak-anaknya itu masih juga belum matang dari segi perangai.
Alangkah malangnya, ketika mereka berdua sedang merebut beg kertas itu, isi di dalamnya tiba-tiba tercampak keluar daripada beg dan terjatuh di kaki eomma. Jantung So Hyun seolah-olah berhenti seketika. Gulp! Masaklah dia kali ni. Eomma mesti marah habis-habisan. Eomma segera mengutip baju tersebut dan memegangnya.
"Dress?", Yoona mula kehairanan. Dari mana pula dress ini datang?
"Kamu berdua..ikut eomma", arah Puan Hye Mi kepada kedua anak gadisnya itu. Mereka segera menuju ke ruang tamu rumah.
Puan Hye Mi mula meletakkan tangan di pinggang dan merenung tajam ke arah kedua anak gadisnya itu.
"Siapa punya dress ni?", kata Puan Hye Mi sambil memalingkan muka ke arah Yoona.
"Yoona tak tau. Dress ni unnie punya", balas Yoona dengan ringkas.
Sekarang So Hyun merasakan ada batu besar menghempap kepalanya. Jantungnya mula berdegup kencang. Dia mula menundukkan wajahnya. Tidak sanggup dia untuk menipu eommanya lagi. Mata eomma mula menjegil ke arah So Hyun.
"Se..se..sebenarnya.."
"Sebenarnya apa?! Cuba kamu bagitau eomma..dari mana kamu dapat dress mahal ni?!"
"Sebenarnya...dress ni....kawan So Hyun yang bagi"
"Takkan la kawan kamu nak bagi dress mahal ni. Cuma anak orang kaya je mampu beli dress berjenama ni. So Hyun...cakap jujur dengan eomma"
Eomma mula memegang bahu So Hyun. Matanya mula menumpu pada wajah anak kesayangannya itu. Kini, air mata So Hyun tidak dapat dibendung lagi. Air jernih mula mengalir di pipinya.
"Tsk..tsk..eomma mianeiyo. Sebenarnya namja chinggu So Hyun yang kasi"
"Bo?! Na...na..namja chinggu?!", jerit Puan Hye Mi dengan wajah yang begitu terkejut.
YOU ARE READING
Hired Girlfriend
Fanfiction"Maafkan aku kerana melibatkan kau dalam hal ni. Disebabkan aku kau dikejar wartawan. Disebabkan aku jugak, kau terpaksa hadapi masalah yang akan membebankan hidup kau. " - Park Chanyeol "Walaupun saya cuma girlfriend upahan,tapi entah kenapa.. jauh...