BAB 4

551 21 3
                                    

"Aku nikahkan dikau Tengku Aidan Hilmi bin Tengku Imran Hakimi dengan anakku Aina Shayla binti Samad dengan mas kahwin 100,000 ringgit tunai."

Dengan tangan yang terketar-ketar,suara tersekat-sekat "Ak..aku terima ni..nikahnya Aina Shayla binti Samad dengan mas ka..kahwin 100,000 rin..nggit tunai."

"Sahh.."sebut para saksi.

"Okey...acara batal air sembahyang."kata Encik Samad.Aidan menelan air liur.

Gulpp...

Dia memandang 'isterinya'.Aina sengih macam kerang busuk.Aidan dengan rela paksanya menghampiri Aina.Matanya mencari kelibat mamanya.Hampa...tak der kat situ pun.Puan Sri Natalia dah blah ke tempat lain,tak sanggup dibuat bahan ketawa.Nasib baik majlis ni majlis tertutup.

Sambil menutup mata,dia mencium dahi Aina.Sentuh je mulut Aidan dekat dahi 'suci' Aina tu,terus Aidan jatuh,tak sedarkan diri. 

"Ya Allah!Pengantin lelaki pengsan!!"jerit salah seorang kerabat.

                                  ------------------------------------

Lambat2 Aidan membuka mata.Putih je sekeliling.Matanya tertumpu ke seorang gadis cantik yang asyik menenungnya.Aidan terkejut lalu bangun dari pembaringannya.Gadis itu mengukir senyuman yang manis terhadapnya."Bidadari?"detiknya.Yalah,gadis tu pakai baju putih dari atas sampai ke bawah.Muka pun penuh dengan cahaya.

Gadis itu mula menghilang."Tunggu!!"

Zapp..Aidan bangun mengejut.Tangannya memegang tangan Aina kerana mahu mencapai 'bidadari' tadi."Tak sabar2 Abang Aidan ni."balas Aina.Aidan geli-geliman mendengarnya.Dia melepaskan tangannya dengan kasar.Aina kepelikan dengan sikap Aidan.Dingin.Itu yang pasti.Tidak seperti mereka kecil2 dulu.Yalah.Majlis pun tak buat besar-besaran.Mak mertua dia pun tak der. 

'Tak biase lagi kut.'fikirnya positif.(Haih,polos betul heroin kita ni ye.)

Tan Sri Imran membuka pintu."Kamu dah sedar,Aidan.."Aidan memandang papanya "Pa..."Aina mendekati Tan Sri Imran lalu menyapanya "Pa...papa tengok-tengokkanlah Abang Aidan ni.Aina nak ke dapur.Buat apa2 yang patut.Mesti Abang Aidan lapar."Aina melangkah keluar.

Aidan membetulkan kedudukannya.Encik Samad dan Puan Salmah pula masuk ke dalam bilik."Haih,dah bangun dah budak sorang ni.Boleh dia pengsan lepas akad.."tegur Encik Samad.  Puan Salmah hanya gelak kecil.Aidan memandang ke arah pasangan itu."Pak cik..mak cik.."

Puan Salmah menegur"Apa pulak pak cik,makcik.Mak dan ayah."katanya dengan senyuman di muka.Aidan hanya menyengih.'Cantik juga mak ni.Macam mana anak dia boleh bertukar jadi badak sumbu?'detik hatinya.

Tiba2,Encik Samad bersuara.."Maafkan ayah ya.Bukan maksud ayah nak paksa kamu kahwin dengan Aina."Aidan hanya sekadar memerhati.'Macam ikhlas...'Dia hanya senyum."Tak pe.Ini untuk selamatkan syarikat ayah juga.Pasal Aina,saya cuba untuk sayangkan dia."Dalam hati,'Heh..sayang?lambat lagilah..memang jahanamlah hidup kau,Aina.'Puan Salmah menyambung "Mak harap kamu jagalah Aina tuh baik2.Dia lah sorang-sorangnya anak kami."Aidan hanya angguk.

Aina masuk dengan semangkuk bubur ayam di tangan."Mak,ayah..."Puan Salmah menoleh ke anaknya "Dah balik dah semua tetamu?"Aina angguk sambil meletakkan dulang di atas meja.Tan Sri Imran bangun dari sisi anaknya."Kamu berdua rehatlah.Samad,Salmah jom borak di luar.Kita tinggalkan budak berdua ni."

Kachakk...pintu tertutup semula.

Tinggallah mereka berdua je."Hmm..Abang Aidan makanlah bubur tuh."kata Aina.Aina pula menghampiri beg bajunya.Aidan pandang sekilas ke arah bubur itu.Dia benci semuanya tentang Aina.Bukan sebab dia gemuk jer.Ada dendam kesumat sejak dari kecil lagi.

Prangg...bubur ayam itu jatuh ke lantai,dilempar oleh Aidan.Nasib baik mangkuk plastik,kalau kaca?

Kurus VS gemukWhere stories live. Discover now