AINA POV
Aina menoleh ke suaminya.Aidan memandangnya tajam.Dia mula bangun dari katil.
'Aikk...asal suami aku ni?Tetiba angin..'detik Aina."Kau dengar sini,aku... tak ingin pun kahwin dengan kau!Perkahwinan ni hanya untuk selamatkan keluarga kau je.Kau tak payahlah nak jalankan tanggungjawab kau sebagai isteri aku.Hish..entah2 kau letak racun dalam tuh.Yalah,aku mati,kau bolehlah bolot harta aku kan!"
Aina tersentak.Dia terkedu,tidak boleh berkata apa2.Dia hanya memandang sepi ke mangkuk bubur itu.Masih panas...
Aidan bersuara lagi "Lagipunkan..."Dia menghampiri Aina."Ada ke orang yang nak kahwin dengan perempuan gemuk macam kau ni...Dahlah hodoh pulak tuh.Kau ni dahlah perasan,tak sedar diri.Boleh kau pakai dress sendat hari tuh.Jijik aku tengok.! Kau makan 3 kilo beras ke setiap hari?"katanya sambil menudingkan jari ke badan Aina.
Aina berasa terkilan kerana dihina sedemikian rupa.Dia tahu dia gemuk dan tidak cantik.Namun,apabila ayah menyampaikan hajat mereka hari tuh,dia ingatkan bakal suaminya mencintainya dengan tulus.Rupa-rupanya semuanya sama jer...
"Hmm..Aina pakai baju hari tuh sebab sepupu recommend.Dia kata cantik."balas Aina.
Aidan merengus."Heh...kau ni kan..bukannya setakat gemuk macam badak sumbu tapi bodoh juga rupanya.Boleh kena tipu bulat2 macamtuh..Eh,bukan kau dah habis master ke?"
Aidan kembali ke katilnya.Dia lambat2 duduk di atas katil empuknya."Kau bersihkan bubur racun kau tuh,dan keluar dari bilik aku ni.Kau pergilah mana2 bilik dalam rumah ni.Ada banyak.Jangan lupa balik semula ke bilik ni pagi esok.Nanti orang terperasan pula.Bawa sekali beg2 pucuk pisang kau ni.Heh,jijik aku memikirkan kau nak tidur dengan aku."
Aina membersihkan sisa2 bubur itu sambil mengesat air matanya.Tak sangka Aidan yang comel dulu boleh berubah jadi Aidan yang macam ni.Dia mencuri pandang ke Aidan yang sedang tidur. Aina mengeluh.'Kenapalah aku susah sangat nak dapat kebahagiaan?'
Lambat2,dia keluar dari bilik itu.Ditemani dengan hati yang lara.
------------------------------------------
Kriukk.....perut Aidan berbunyi,menandakan dia lapar.Yalah,tak makan dari petang tadi.Lepas akad,pengsan.Pastu,ada orang masakkan,dia menyombong.Tulah manusia...
Aidan membuka pintu dengan berhati-hati.Tak mahu kejutkan orang yang sedang lena.Nanti terkantoi pula.Pandang jam,2.00 a.m.
Dia bergerak ke dapur.Punya lah dia buka kabinet tu,kabinet ni,buka fridge.Hampa,biskut kering pun tak der.Aidan membuka tudung saji.
Tersedia bubur ayam masakan Aina tadi.Diselit note kecil.
'Kalau awak lapar,makanlah.'
Aidan memandangnya jijik.Tapi,memikirkan perut lapar sekarang ni..
Aidan mencapai sudu lalu mengambil tempat duduk.Dia menyuapkan bubur itu ke dalam mulutnya.Dah sejuk...tapi..
"Sedap juga badak sumbu ni masak..."omelnya.
YOU ARE READING
Kurus VS gemuk
RomanceAina & Aidan .Childhood friends lah katakan... tapi Aidan benci Aina sebab dia gemuk.Berat giler,100 Kg kut. Aina pula suka Aidan sebab dia handsome dan berkepuk duit dalam poket. Masalah:Arranged Marriage A...