AINA P.O.V
Nenek Aidan mendekati mereka semua.Aku berusaha sedaya upaya untuk menyorok belakang Tan Sri Imran.Tak nak orang tua tu kesan aku.
"Hai...cucu nenek"Pn. Khatijah mencium dahi Aidan.Aidan pula tersipu-sipu malu.Meluat aku tengok."Eh,Maria sayang pun ada..."tegurnya dengan manis.Maria tersenyum.
Aku kempiskan lagi badan aku.Tak akan aku biarkan orang tua gila lagi kejam macam Hitler tu jumpa aku.Ingat aku tak ingat lagi zaman kecik2 dulu!
..........................................
"Aidan sayang,cucu nenek."Pn Khatijah memeluk Aidan erat di sisinya.Aku hanya memandang.Nilah kali pertama aku bertemu dengan nenek Aidan ni.Nampak penyayang.Tapi...
Aku yang masa tu kecik lagi,COMEL lagi(Comel lah sangat...)memandang Aidan dengan perasaan yang cemburu.Aku mana ada nenek macam Aidan ni.Nampak Aidan mesra dengan nenek dia membuatkan aku rasa cemburu.
Pn Khatijah memandangku."Siapa ni,Aidan?"Aidan pandang aku.Dengan menunjukkan riak yang kurang senang,dia lantas menjawab "Anak kawan papa.Jiran."Pn Khatijah angguk lalu meletakkan Aidan di bawah.Pn Khatijah senyum kepadaku.Dia menurunkan badannya supaya sama taraf dengan diriku yang kecil pada masa itu.
"Nama anak siapa?"tanyanya.Aku lambat-lambat menjawab."Aina..."Dia mengusap kepalaku."Nenek ni siapa?"tanyaku kembali."Nenek ni nenek Aidan."
Aku tersenyum gembira.Aku menyimpan harapan bahawa dia boleh menjadi pengganti nenek aku.Tapi,aku terpedaya.
Memang pada mulanya semuanya indah je,tapi makin lama aku rasa Pn Khatijah ni agak menyeramkan.Apabila mak dengan ayah sampai,mesti nenek dingin je,tak bersapa dengan aku pun.Memang pelik.
Aku yang polos lagi bodoh ni pun,pergilah tanya orang tua tu."Nenek,kenapa masa mak dengan ayah ada,nenek tak bercakap dengan Aina pun.Aina buat salah ke?"
Riak muka Pn Khatijah terus berubah,dari senyumannya yang manis kepada raut muka yang masam.Dia membawaku ke suatu bilik di dalam rumah Aidan.
"Kalau Aina nak tahu,nenek tipu je Aina selama ni."Aku pelik."Tipu apa?"Aku tanya lagi.Tak faham2 lagi.Bodoh betul aku masa tu.
Tiba-tiba Pn Khatijah berubah.360 darjah dia berubah.
Dia menjerkah"Kau tak faham lagi ke,bebal!Aku dekat dengan kau selama ni sebab permintaan anak lelaki aku je.Dia kesian dengan kau sebab tak ada nenek.Kau asyik merengek nak nenek,nak nenek.Dia mintalah tolong aku.
Aku pada asalnya tak ingin pun nak tolong.Dah Imran asyik mendesak aku,aku terpaksalah buat.
Aku tersentak.Dia sambung lagi dengan nada yang sinis"Kau nak tahu kenapa aku tak nak tolong?"Aku senyap."Sebab kau dengan keluarga bangsat kau tu keluarga miskin.Aku tahu mak bapak kau tu dekat dengan keluarga anak aku sebab nak kikis duit kitorang je.Ingat aku tak tahu.Dasar orang miskin yang tak sedar diri."
Aku menangis teresak-esak."Nenek jahat,tak baik nenek fitnah mak ayah Aina macam tu,mak ayah Aina baik."jawabku.Pn Khatijah mencebik."Suka hati kau lah,nak percaya ke tidak.Yang pasti aku tak ingin nak dekat dengan kau lagi.Kau ingat aku suka sentuh,peluk kau selama ni.Jijik betul aku rasa.Orang miskin ni kotor.Sesuai dengan hati diorang yang kotor."
Aku tak terasa sakit sangat masa tu dengan kata-kata hinaan yang Pn Khatijah cakap tuh.Masa aku besar,baru aku faham.Betapa jahatnya Pn Khatijah ni.Dia tega menfitnah keluarga aku macam tu.Aku tak tahulah apa dosa keluarga aku sampai dilayan sebegitu rupa sekali.
Aku nampak Puan Sri Natalia,mama Aidan pun tak rapat dengan keluarga aku.Macam tak suka dengan kitorang.Mungkin sama spesies je dengan mak dia.Itulah,mak borek anak rintik.Nasib baik nenek Aidan belah papa dia baik.Hafizah tu,tapi garang sikitlah.Aku ni,mana ada nenek datuk.Dua-dua belah dah meninggal.Mengharapkan kasih sayang orang lain jelah.
Pastu,selepas incident tu,Pn Khatijah pindah ke luar negara.Negara mana aku tak tahulah.Asalkan dia tak ada dekat Malaysia.Aman sikit hidup aku.Aku pun adalah beritahu mak ayah pasal ni.Diorang tak percaya langsung.Diorang kata Pn Khatijah tu baik.Diorang tak tahu yang orang tua terkutuk tu dah banyak kali hina keluarga kita.Tak pelah,tunggu jelah pembalasan dar Tuhan.
Tapi,tak sangka pulak akan berjumpa lagi dengan orang tua ni.Kenapalah aku tak pernah terfikir pasal benda ni?Memang betullah apa Aidan kata hari tu.Ada Master,tapi tak cerdik pun...Apalah nak jadi...
............................................
Aku lega sebab Pn Khatijah terkutuk tu tak nampak aku.Tiba-tiba ambil kau!
"Mana isteri Aidan tu?"tanyanya.Aku dah beristighfar."Mampuslah aku!!!
..............................................
Yeah!Dah siap satu chapter.Sorry sangat2 sebab lambat gila update.Busy sangat sekarang ni.Dengan tak ada ideanya.Then,masa cuti sekolah je boleh.
Jeng!Jeng!Jeng!
Guys,cuba teka umur saya?
YOU ARE READING
Kurus VS gemuk
RomanceAina & Aidan .Childhood friends lah katakan... tapi Aidan benci Aina sebab dia gemuk.Berat giler,100 Kg kut. Aina pula suka Aidan sebab dia handsome dan berkepuk duit dalam poket. Masalah:Arranged Marriage A...