AIDAN POV
"Assalamualaikum..."sapa Aidan yang baru habis kerja.Matanya dilirikkan ke Aina yang sedang menonton TV.'Duduk rumah je ke minah ni?'
"Kau tak keluar ke?"tanya Aidan.Aina hanya menjawab "Tak."
Aina dalam hati 'Boleh dia tanya soalan bodoh macam tu?!!!Yang dia nampak aku tadi ,pastu cium perempuan tu tadi apa?!'
Aidan hanya mengangguk lalu berlalu ke dapur.Aina tercengang.Dia bangun lalu membalas "Saya tahu awak benci saya,tak payahlah buat kerja bodoh macam tadi.Saya pun ada hati perasaan juga."Lalu,Aina berlalu ke bilik.
Aidan pula tercengang.'Asal pula minah ni?Aku punyalah duduk pejabat tadi.Yang dia nak terasa bagai ni kenapa?'
Aidan membuka peti sejuk lalu mengambil sebotol air.'Aku ada buat salah ke?Rasa tak sedap hati lah pulak.'Aidan melabuhkan punggungnya di sofa.
Dia mula risau.Dia memang benci Aina tapi tak nak lah dia benci diri dia sebab benda lain.Rasa tercabar lah pulak.Dia mula memikirkan sebabnya."Dia dah balik ke?"
................................................
Seperti biasa,Aina akan memulakan senaman paginya manakala Aidan akan bersiap ke pejabat.Aidan mengerling isterinya.Masam je muka.
"Aku nak kau tahu yang kau tengok semalam bukan aku. Itu orang lain.Aku dekat pejabat aku seharian semalam."balas Aidan.Aina tersentak."Oh!!!Kembar kau ya???"tanyanya tiba2.
Aidan kepelikan."Mana kau tahu aku ada kembar?Kau!!"Aina terus lari bertempiaran ke pintu rumah lalu keluar.
Belum sempat Aidan nak kejar,Aina sudah lesap."Dia geledah barang aku..."Aidan naik hangin.Memang pantang orang ungkit pasal kembar dia.
Aidan terfikir benda jahat."Kau langgar peraturan aku..."Dia bersiap ke pejabat dan mengangkut kunci rumah sekali lalu menguncinya.Bila Aina balik,dia akan terkunci di luar.
"Heh,kau main2 dengan Tengku Aidan Hilmi..."
....................................................
AINA POV
Selepas 30 minit jogging di taman berhampiran,Aina naik kembali untuk sarapan.Dia membuka pintu surat.Aidan selalu kata dia tinggal kunci dalam tu.
Buka,tak der.Buka,tak der lagi!
Dia terkunci di luar.Aina berjalan kehulu ke hilir.Nak kata Aidan lupa,dia bukan seorang yang pelupa.
"Cis,main kotor.Sabotaj!"jerit Aina.Sekarang dia tersepit.Nak buat apa ni?Dengan pakai baju track suit macam ni,duit tak der.
"Kau memang!!!Tengku Aidan Hilmi!!!!"Aina meletup.Merah menyala muka putih Aina.
.................................................
AIDAN POV
"Hachummm!!"Aidan bersin."Minah tu kutuk aku ke?"Kerja berlambak lagi.Aidan mengeluh.
Ada orang ketuk pintu."Masukk!!"
PA Aidan,Rita masuk ke dalam."Kenapa?"
"Hmm...Cik Maria desak nak masuk jumpa bos.Saya dah halang tapi..."Aidan geleng,"Bawa dia masuk."
Maria masuk dengan lemah-gemalainya."Aidan...I dah lama tak jumpa you."katanya suaranya yang gedik.
Aidan tengok dengan menyampah."You nak apa?I busy ni."balas Aidan malas sambil membelek fail.Maria mencebik.
"Alah, kalau I datang,mesti you busy.Jomlah teman I makan,I tak sarapan lagi."rengeknya lalu duduk di sisi meja Aidan.Menampakkan pahanya yang putih.Pakai mini skirt kan..
'Hish..minah sotong ni,ada juga kena penampar nanti.Sarapan?Macam mana lah Aina tu ya?'Aidan berangan seketika.
"Aidan?"Panggilan Maria menghentikan daydreaming Aidan."Apa?"
"Jomlah gi makan."rengeknya lagi.Aidan tengoknya jijik.'Kalau bukan sebab keluarga kau kawan keluarga aku dah lama,memang tak hingin aku layan kau,sotong.Badak sumbu tu jauh lebih baik dari kau.'desisnya.Aikk,puji bini nampak.
"Hmm jomlah."jawab Aidan.Maria tampak gembira,godaannya berjaya.Padahal tak pun.
Aidan mahu membeli makanan untuk Aina.Nanti kebulur,mati.Repot dekat papa,mampus dia.
.............................................
AINA POV
"Laparnya..."Perut Aina sudah berbunyi kencang.Dah 2 jam dia tercongok dekat depan rumah ni,dengan harapan Aidan akan kembali.Hampeh,batang hidung pun tak nampak.
Tetiba,lif berbunyi.Seseorang keluar.Mana ada orang lain selain dia dengan Aidan dekat tingkat 25 ni,Aidan nak suasana senyap katanya.
Aidan keluar dari lif.Aidan?Betul ke?
"Aikk?Aidan ke tu?Pakai baju lain..Baju casual.."Lelaki persis Aidan itu menghampiri Aina dengan senyuman.
"Hai,awak isteri Aidan ya?"tanyanya.Aina lambat2 angguk.
"Eh,mana awak tahu?Keluarga terdekat je tahu!Awak siapa?Pelanduk dua serupa?"duga Aina.
Lelaki itu senyum lagi."Saya kembar seiras dia,Aiman.Awak tak tahu ke?"Aina geleng.Aiman ketawa."Haih,benci lagi dia kepada saya rupanya..."
"Hmm..awak buat apa datang ke sini?"tanya Aina.Aiman memandang Aina lalu membalas "Awak buat apa tercongok depan rumah?"Aina terdiam.
"Saya terkunci.Aidan punya pasal."Aiman ketawa lagi."Hish,janganlah ketawa."tegur Aina dengan muka yang merah."Okey2."
Aiman berhenti ketawa lalu menjawab"Saya datang nak lawat isteri dia lah.Tak sangka pula boleh terkunci depan rumah.Benci benar Aidan dengan awak ya.."
Aina terasa."Kalau gitu,jom saya belanja awak sarapan.Mesti awak tak makan lagi kan.Duit pun dalam rumah."Aina keliru."Aikk,macam mana awak tahu?"Aiman sengih."Saya kan ahli sihir.."
............................................
Aina dan Aiman berjalan masuk ke dalam kereta.
Dari jauh,dalam kereta,Aidan memerhatikan mereka."Aikk,aku punyalah datang dari jauh,penat2 beli nasi lemak ni..Dia keluar dengan lelaki lain.Fuhh,berasap gini."
Aidan memerhati lebih dekat lagi."Aiman??"
YOU ARE READING
Kurus VS gemuk
RomanceAina & Aidan .Childhood friends lah katakan... tapi Aidan benci Aina sebab dia gemuk.Berat giler,100 Kg kut. Aina pula suka Aidan sebab dia handsome dan berkepuk duit dalam poket. Masalah:Arranged Marriage A...