BAB 18

473 21 2
                                    

AINA P.O.V

Aduh,pinggan jatuh pulak...Habislah... mesti orang tua tu akan menjerit macam orang gila lepas ni.

1...2....3

"Aina!!!!"Aku cepat2 kutip serpihan kaca tuh.Pn Khatijah masuk dapur.Okayyy..boleh nampak asap keluar dari telinga dia..

"Satu pinggan pun tak leh jaga.Macam ni nak jaga cucu aku,heh!"Ingat aku nak sangat kahwin dengan mamat tuh.Hmm...adalah sikit.Dia keluar dapur,tak tahu pergi mana.Tak nak tolong ke?

Pn Khatijah masuk balik dengan penyapu dan penyodok."Nah,ambil ni.Orang benda tajam dan kecil ni guna penyapu.Itu pun tak leh fikir ke??!"Aku terpinga-pinga.Oh,ya ke?Baru aku tahu.Pn Khatijah mencampak peralatan tuh.Amboi,ingat kita ni apa?Cleaner??

Sambil aku merengus,tak puas hati.Aku buat jugalah,guna penyapu..sapu serpihan kaca tuh pastu buang dalam tong sampah.

Selepas kepenatan mengemas pinggan mangkuk(yang breakfast tadi)aku ingatkan nak pergi tengok TV,tetiba..

"Hah,ambil nih.Basuh."Aku terbeliak.Mak oihh,banyaknya baju.Bertimbun.Aku pandang Pn Khatijah.Like asking'Bukan kau baru balik ke??'

"Baju2 ni tak bersih,kena asap bahan kimia kapal terbang."Aku terkejut,rasa nak menjerit pun ada.BAHAN KIMIA?!Gila ke apa??Baju kau dalam kontena kut.Tak kena pun asap tuh.

Aku merengus."Nenek basuh lah sendiri."jawabku kasar.Pn Khatijah pandang aku macam nak telan."Aku nih dah tua,tak larat dah nak buat kerja berat2 nih..."Bukan dia ada kata tadi,dia larat lagi?Aku jeling dia."Kalau Aina tak nak buat?"Dia nak buat apa?

Pn Khatijah senyum kemenangan."Aku beritahu Imran yang kau buat aku macam kuli batak kau kat rumah nih."Okeyy....ni dah lebih.Kalau dia report kat papa,benda buruk2 pasal aku,habislah imej menantu baik aku.

"Dia tak kan percayanya.."Pn Khatijah senyum mengejek."Dah kau ingat dia dengar cakap kau daripada aku?"Ambil kau setepek.Memanglah papa akan dengar cakap dia daripada aku.Aku merengus."Meh sini!"Aku ambil bakul baju tuh daripada dia dengan the ultimate kasar."Language."dia ingatkan aku.

Arhh!!!!Stressnya aku.

                                                          ............................................

Jam sudah menunjukkan waktu Asar....

dan aku tak buat apa2 benda yang bermanfaat lagi!!!!Semuanya mengemas,basuh baju...guna tangan pulak tuh.Memasak..iron baju.Nak tengok TV pun tak dek masa!Sedang akumenyiapkan minum petang,aku jeling Pn Khatijah yang sedang gelak ketawa menonton TV.Tengok cerita Korea.

Amboi3.Kerja dia melantak depan TV je,makan popcorn.Bukannya nak tolong aku pun.Haih,apalah nak jadi...Ke patut ehh aku letak racun tikus dalam minuman orang tua tuh.Bukannya orang tahu pun.Alah,coverlah sikit.

Tapi,Allah tahu Puan Aina oii.Ya tak ye jugak.Arhh,boleh jadi gila aku gini.

AKu mengurut dada."Sabar Aina,sabar.Dua bulan je lagi..."

"Apa yang dua bulan tuh?"Aku menjerit.

Pn Khatijah menutup telinga."Hesh,bisinglah kau ni..Hah,mana minum petangnya?Aku dah lapar nih."Aku menjeling orang tua tuh.Sibuk jer."Kejap,tunggu lagi setengah jam.Kek tengah masak."Pn Khatijah merengus tak puas hati.

"Kau buat kerja lembap betul lah.Aku dari tadi tengok TV,perhatikan kau dekat dapur.Terpinga-pinga tak tahu nak buat apa..Kau ni ada penyakit Sindrom Down ke apa?"Dada aku sakit.Sindrom Down?Hello,baik2 sikit.Aku yang ada penyakit ke kau yang ada penyakit?

"Aku tanya soalan ni,jawab.."Aku dengan pelahan menjawab soalan tak logik orang tua nih"Tak ada."Pn Khatijah berkata"Pastu?Aku tak kira.Sekarang aku lapar,nak makanan.Kau sediakan minum peang sekarang juga atau aku report dekat anak aku yang kau tak layan aku dengan baik.Kau mesti tak nak kan..."Aku merengus.Orang tua tak guna.

"Yalah,tunggu je dekat meja makan tuh.Nanti AIna hidangkan."Pn Khatijah tersengih kemenangan.Lantas,dia terus berlalu ke meja makan.

Eiii,geramnya aku.AKu harap orang tua bangsat tak guna tuh kena makan dengan jerung suatu hari nanti!Baru puas hati aku.Heh! 

Kurus VS gemukWhere stories live. Discover now