What The SNSD Is This? part 1

44 13 0
                                    


EXO dan Ina sudah menghabiskan santapan mereka. Mereka berlepak-lepak, berborak-borak untuk membuangkan masa mereka. Dalam 30 minit jugalah mereka di belakang rumah.

Akhirnya, sesi berbincang, bergosip, gelak hingga tidak cukup nafas sudah tamat. Mereka mengambil keputusan untuk masuk kerumah dan menyusun pinggan mereka.

Mereka sudah membasuh pinggan mereka di luar rumah kerana tidak mahu berjumpa dengan SNSD yang sedang makan sambil bergosip disertakan ngilaian mereka. Entah apa yang kelakar sangat mereka pun tidak tahu. Malas mahu ambil tahu.

"Bagi sini pinggan awak semua. Biar saya yang simpankan." Ina menawarkan bantuan. "Aa... Kamsahamnida." Baekhyun orang pertama yang meletakkan pingganya di atas pinggan Ina dan terus masuk ke dalam rumah menggunakan pintu hadapan. Dasar pemalas punya artis.

Cukup 9 keping pinggan berada di kedua belah tangannya, Ina masuk ke dapur menggunakan pintu belakang.

Tercengang Ina sekejap. Terdapat 8 keping pinggan kotor yang masih berada di atas meja. Ina, bertenang. Tarik nafas, hembus, tarik, hembus.

Pinggan yang masih berada di dalam tangannya di susun di rak. Pinggan dan cawan yang masih berada di atas meja dikutip dan dibasuh. Nasib baiklah Ina ini seorang yang penyabar.

Setelah selesai tugas yang bukan dari senarai tugasannya, Ina ingin masuk ke bilik dan merehatkan badan.

Telefon digapai, badan direbahkan atas katil. Jari runcingnya laju mendail nombor teman baiknya.

Terdengar lagu SNSD Lion Heart di gegendang telinga...

"Hish, Farah ini memang multifandom ea? Setiap kali saya telefon pasti lagunya akan bertukar-tukar." Ina membebel sendiri.

Farah: Yeoboseyo! Ina-ssi, awak sudah selamat sampai di Semenanjung?

Farah menyambut panggilan Ina dengan nada ceria

Ina: Sudah. Saya pula hendak tanya awak. bagaimana dengan kedai online saya?

Haih... Ina ini, tanyalah khabar rakan kamu itu dulu. Ini bertanyakan tentang perniagaannya pula.

Farah: Awak ini... belum apa-apa sudah tanya pasal kedai awak itu. baik-baik sahaja kedai awak. tidak kena rompak, curi. Pelanggan semuanya baik. Kesemuanya bayar. Akaun bank awak juga selamat sampai RM10,000.

Farah menjawab malas

Ina: Gomawo nae chingu yah~

Farah: Hmm...

Ina: Alolo... jangan merajuk wahai chingu ku sayang...

Ina memujuk

Farah: Emm...

Ina: Amm... oh ya, saya ada berita baik untuk awak!

Ina membuat suara ceria. Pada hakikatnya, itu berita buruk untuk dirinya.

Farah: Apa dia?

Farah sengaja membuat nada menjawab malas. Sengaja mahu mengusik rakan baiknya itu.

Ina: Jangan lah macam tu... tiada semangat pula jika awak sebegini.

Farah: Cepatlah beri tahu... saya mahu ulangkaji untuk peperiksaan naik cuti nanti

Farah membuat suara malas lagi. Pada hakikatnya, bibirnya menguntumkan senyuman menahan tawa yang mungkin akan terhambur keluar.

Ina: Hmm... baiklah. Awak dengar betul-betul ya?

Farah: Yalah...

Ina: SNSD ada di rumah saya!

Sengaja dibuat suara ceria bagi menceriakan rakan sehati sejiwanya itu.

Farah: What?! Mengapa SNSD berada di rumah awak? Bukankah awak tidak suka SNSD?

Ina: Mari saya cerita dari A-Z

Ina menarik nafas dalam-dalam.

Ina: Begini ceritanya...

Setelah 2 jam mereka bergayut, Ina mengambil keputusan untuk memutuskan panggilan.

Jam pada telefon dijeling. "Wah, lamanya saya berborak dengan Farah." Ina berkata sendiri. Memanglah berkata sendiri. Dah dia seorang je dalam bilik itu.

Tiba-tiba Ina terdengar sesuatu.

"Ah, mesti bilik sebelah buka lagu. Sudah malam-malam ini masih mendengar muzik." Ina mengabaikan apa yang berlaku dibilik Chanyeol, D.O, Baekhyun dan Taehyung. Dibilik sebelahnya itu jika tiada bunyi, memang tidak sah.

Jam di dinding...

Terus berdetak ah~

Tetiba je.

Jam di dinding menunjukkan pukul 2 pagi. Ina masih bermain telefonnya itu. "Hish... seramnya cerita ini!" Ina berkata sendiri sambil menghirup milo suam.

Hamboi! Layan Wattpad hingga pukul 2 pagi!

Tiba-tiba Ina terdengar sesuatu terjatuh. Bunyinya datang dari dapur. Sudahlah dia sedang membaca cerita Creepy BTS (cerita ni best tau. Cube bace) pada waktu malam sebegini. Eh, bukan malam tetapi awal pagi.

Ina sudah meremang bulunya. "Hah, bukannya ada apa-apa pun. Mesti Chanyeol atau sesiapa di bilik sebelah pergi ke dapur dan terjatuhkan barang. Biarkan sahajalah." Ina menyambung pembacaannya semula.

"Hmm... tetapi... lagu sudah ditutup lebih kurang 30 minit yang lepas." Ina terfikir. "Biarkan sahajalah."

5 minit selepas itu, terdengar bunyi cawan pecah. "Oish... siapa pula malam-malam pergi dapur ini?" Ina tertanya sendiri. Dengan rasa hendak tahu itu, Ina bangun dari katil dan ingin menuju ke dapur.

Daun pintu dikuak. Gelap gelita. Dapur juga tidak terbuka lampunya. Ina menelan air liurnya. Dengan keberaniannya Ina keluar dari bilik dan menekan suis lampu yang terlekat pada dinding di bahagian luar biliknya.

"Terang sikit." Ina berkata sambil memandang sekeliling.

Ina~

Tiba-tiba ada suara memanggil namanya. Ina terkaku.

Ina~

Suara itu memanggil lagi.

Ina memberanikan dirinya dan menolehkan kepalanya ke belakang. Tiada sesiapa.

Tiba-tiba ada seseorang memegang bahunya. "Hah!" Ina terjerit kecil.

"Oi! Jangan jerit-jerit." Chanyeol berkata nada berbisik. Ina menghembus nafas lega. Chanyeol rupanya.

Taehyung yang dari tadi melutut terus bangun dan bertanya. "Kenapa itu?"

Ina mengangkat bahu. Ada dua orang namja di hadapan itu membuat Ina mendapat sedikit keberanian.

"Oppa ada dengar apa-apa tidak?" Ina bertanya.

Chanyeol dan Taehyung mengangguk. "Jom pergi tengok." Ajak Ina. "Tengok?!" Taehyung terkejut. "Syyhh!" Chanyeol dan Ina meletakkan jari telunjuknya di bibir masing-masing. Taehyung mengangguk.

Chanyeol dan Taehyung mengikut Ina dari belakang. Pintu gelongsor dapur itu ditolak ke kiri.

Ternampak seorang wanita berambut panjang sedang bercangkuk di hadapan kabinet sinki. Chanyeol menekan suis lampu dapur itu. Dapur terus jadi terang benderang.

"Seohyun?" Chanyeol dan Ina berkata serentak. Taehyung tidak berkata apa-apa kerana dia tidak kenal, bukan tidak kenal, tetapi tidak tahu nama anggota SNSD.

Seohyun hanya tersenyum kelat.    

Well, kookie rase... Part ni bosan sikit. Dun worry worry... Nnti kookie buat part yg kebabom! Muahahahaha

ツFriendsツ [C]Where stories live. Discover now