Ina tercegat di hadapan pintu seperti tugu negara. D.O yang ternampak Ina yang sudah membuat muka pelik bercampur marah plus geram terus datang ke arah Ina.
"Oh... tuan rumah sudah balik. Ina, mari duduk di sofa dan berbincang bersama kami." D.O berkata mengambil beg roda merah jambu Ina dan diletakkan ke tepi.
Ina mengikut jejak D.O dan duduk di kerusi yang disediakan.
Bangtan Boys tidak menyertai sesi perbincangan. Mereka terus mengangkat beg roda mereka dan menuju ke bilik yang disediakan oleh Ina untuk mereka menumpang buat sementara waktu.
방탄소년단
"Tadi itu bukan So Nyeo Shi Dae sunbaenim?" Jungkook memulakan perbicaraan.
"Ya kut." Suga menjawab sambil tangannya sibuk mencari kunci untuk membuka pintu bilik mereka.
"Eh?"
"Kenapa hyung?" Jimin bertanya. "Pintu tidak berkunci." Suga menjawab. "Hish... itu sahaja. Cepatlah! Saya mahu berehat." V menolak Suga dan membuka pintu bilik itu.
"Aik? Mengapa banyak sangat beg?" V tertanya-tanya. Siapakah empunya beg di bilik mereka? Hish... sibuk betul.
"SNSD sunbaenim!" J-Hope memberikan jawapan separuh menjerit apabila mentol fikirannya menyala.
Bangtan Boys mengangguk mengiakan jawapan J-Hope. Selepas itu, mereka membuat muka tidak suka.
"Jika begitu, kita mahu tidur mana malam ini?" Jin bertanya hal teramatlah penting. Ini membuatkan Bangtan Boys mengurut kepala bagi memikirkan jawapan untuk Jin.
"Mengapa Ina tidak beritahu kita fasal ini?" Rap Monster mengurut dagu. Pelik juga, Ina tidak memberitahu pada mereka yang kumpulan terkenal itu akan datang ke rumah Ina.
"Mungkin Ina juga tidak tahu fasal ini. Lihat sahaja muka Ina tadi, dahi berkerut, kening bertaut!" Jimin memberikan penyataan yang berkemungkinan untuk betul.
"Buat sahajalah seperti ini bilik kita." V mencampak beg rodanya ke tepi katil yang menjadi tempat beradunya dan merebahkan diri di atas katil tersebut.
"Hmm... betul juga, bilik ini... kita yang sampai dahulu... jadi ini menjadi bilik kita lah kan?" Jungkook mengikut jejak V dan merebahkan diri katil yang bersebelahan dengan V.
Ahli Bangtan Boys juga setuju dengan V dan Jungkook. Mereka juga merehatkan diri di atas katil empuk itu.
소녀시대
Ina melabuhkan punggung di atas bean bag. Dilihatnya satu persatu muka gadis-gadis yang berada di hadapannya. Mereka sibuk melayan telefon bimbit masing-masing. Patutkah dia memulakan perbicaraan?
EXO hanya mendiamkan diri di sebelah Ina. Chanyeol dan Baekhyun berada di sebelah kiri Ina. Kai dan D.O duduk di bean bag yang bersebelahan dengan kanan Ina. Xiumin, Suho, Chen dan Sehun duduk di sofa yang kosong di sebelah kanan Ina.
"Am... Annyeonghaseyo." Suara Ina perlahan berkata. Reaksi SNSD tidak berubah. Masih menatap telefon bimbit.
"Annyeonghaseyo!" Suara Ina dinaikkan.
Seohyun mengangkat muka. Dia melihat semua unnienya tidak memandang Ina, dia terus mengalihkan pandangan kepada telefon bimibtnya semula.
Ina menarik nafas. Selepas itu menghembuskannya semula. "Mereka semua ini tidak dengarkah saya panggil. Atau... mereka buat-buat tidak dengar? Hish..." Ina mengeluh dalam hati.
D.O dari tadi melihat Ina sedang cuba memanggil kumpulan di hadapannya itu. Kini giliran D.O pula.
D.O menge'lear'kan (?) tekaknya. Dan kemudian mengetuk meja kopi yang berada di hadapannya.
"Kita boleh mulakan perbincangan sekarang." D.O memulakan perbincangan.
Ina memandang pelik D.O. Kumpulan di hadapannya itu tahukah bahasa melayu? Selamba sahaja D.O berkata sebegitu. Dia lupa rasanya bahawa dia sedang berkomunikasi dengan orang sekaum dengannya.
Ahli SNSD itu terus menyimpan telefon bimbit dan menumpukan perhatian sambil tersenyum. Suam pula mata Ina memandang. Bukannya menumpukan perhatian dan tersenyum pada dirinya, tetapi pada D.O.
"Erm.... Annyeonghaseyo, cheoneun Ina ibnida. Mannaseo banganbseubnida (Hai, saya Ina. Selamat berjumpa.)" Ina berkata untuk menarik perhatian SNSD.
"Heuh! Aca-aca bahasa Korea konon!" bisikan Sooyoung pada Tiffany itu kedengaran jelas oleh telinga Ina. Haih... terasa berapi telinga.
Bukan setakat Ina, D.O dan Baekhyun juga dapat mendengar bait-bait bicara Sooyoung itu. Baekhyun melihat Ina memberikan pandangan jelik pada dua manusia itu.
Baekhyun menepuk bahu Ina. Ina memandang Baekhyun. Kenapa pula dengan dia ini.
Baekhyun mengangguk sambil membuat muka sedih.
Ina dapat mentafsir apa yang dikatakan oleh Baekhyun ~ bersabarlah...
Ina menarik nafas supaya perasaan itu hilang buat sementara waktu.
"Boleh saya berapa lama awak semua sudah tinggal di sini?" pertanyaan Ina membuatkan EXO mengangkat muka dan memandang Ina. Haish... pertanyaan dia... Mereka baru sahaja melelapkan mata disini baru satu malam.
"We arrived here last night." Taeyeon berkata. "Heuh! Aca-aca speaking konon!" Ina mengutuk dalam hati. Jika dikeluarkan juga, pasti meletup rumah ini.
"Ah... why you came?" Ina bertanya dengan loghat kartun dalam cerita Barbie.
"You didn't know? We thought you already know because of these boys." Tiffany pula mengeluarkan suara. Mata sengaja dibesarkan untuk membuat riak terkejut.
Ina memandang satu persatu muka EXO. Semua menundukkan muka. Tidak sanggup untuk bertentang mata dengan Ina.
"Oh... ah... they already told me last night. Forgot pula. Hehe..." Ina berkata dengan bahasa Manglishnya (Malay + English).
"It's okay. Why you want us to join this meeting?" tanya Sooyoung straight to the point. Tidak mahu dia berlama-lama di situ.
Ina terangkat kening sebelah. Bukan mereka juga ke yang mahu berbincang? Mengapa tanya saya pula?
Chanyeol memandang Ina. "Amm... baiklah, noona semua boleh balik ke bilik masing-masing. Ina mahu berehat setelah pulang dari Sarawak!" Chanyeol berkata sambil berdiri.Baekhyun juga mengikut jejak Chanyeol. mereka mengajak EXO dan Ina untuk ke bilik Ina.
SNSD ditinggalkan begitu sahaja.
Maybe korg rase mcm bosan... Tp... Bace jelah. Alien pasrah 😂
Kalau x nk bace tu... Tinggalkan vote je ea
YOU ARE READING
ツFriendsツ [C]
Fanfiction(Noob rakan. Noob) Yeah, sambungan untuk I'M BTS MANAGER dah pun siap! Oh ya, untuk fanfic ni... kite ade tambah watak. Nak tau kene bace la... Description die dekat bawah Aduh... Bersabar ye hati... Diorang ingat diorang tu permaisuri? Puteri? H...