V! Jimin! part 1

36 8 1
                                    

"Woi, pahal jejerit tu?" Chen menoleh kepalanya kebelakang.

"Entah entah V dengan Jimin." Sehun mengagak.

"Bukanlah. Kook dengar suara perempuan. Bukan suara lelaki. Lagipun suara V hyung kasar seperti lelaki sejati." Jungkook berkata sambil lengannya menunjukkan otot ketulnya yang tak berapa nak ketul.

Sehun mengangguk angguk.

"Dekat belakang tu cepat sikit!" Ina menjerit dari depan.

Sehun dan Jungkook berlari ke arah kumpulan yang sudah meninggalkan mereka di belakang.

"Wah... saya memang betul-betul berada di tengah hutan sekarang ni." Xiumin berkata sendiri sambil merakam suasana hutan itu.

Tiba-tiba ada sesuatu berlari laju yang terakam.

"Huh?"

Xiumin cuba untuk melihatnya menggunakan matanya tanpa pertolongan kamera.

Benda itu berlari. Bukan benda tapi haiwan.

Sekali pandang seperti serigala. Xiumin hanya mengabaikannya dan meneruskan rakamannya.

"Woah... cantiknya daun ni!" Baekhyun memuji daun itu. Dipetiknya daun itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.

"Hachuum!"

"Sejuk lagi ke?" Taeyeon bertanya.

"Yelah!"

"Saya laparlah." Suho merungut.

"Nado." Lay berkata sambil mengusap perutnya.

"Ina, bawa air tak?" Suga bertanya pada Ina yang sedang melihat kompas.

"Nah." Ina mengeluarkan sebotol air mineral dari begnya.

Suga mengambil air mineral itu dan meneguk beberapa teguk air. "Hyung, Hope pun nak juga."

Suga menghulurkan botol air mineral itu pada J-Hope.

"Hah! Dekat sana ada sungai! Mari kita rehat sebentar." Ina berlari menuju ke arah sungai itu.

"Yeah! Batu!" Sooyoung berlari menuju ke sebuah batu yang boleh tahan besar.

Mereka berjalan menuju ke sungai yang dikata oleh Ina.

Tikar yang dibawa bersama dikeluarkan dan dibentangkan.

"Oh, ada tikar wohoo!" Sooyoung melompat ke atas tikar itu dan baring di atasnya.

"Woi, orang lain pun nak duduk." Taeyeon menendang kaki Sooyoung.

Sooyoung bangun dari pembaringannya dan duduk bersimpuh seperti gadis korea terakhir.

"Woah, sempat awak bawa tikar." Rap Monster berkata lalu melabuhkan punggungnya.

"Semestinya!" Ina menjawab sambil mengeluarkan roti coklat yang dibawa.

"Wow! Ppang!"

Mereka berebut-rebut mengambil roti tersebut.

뷔 X 지민

"Mark tu nak pergi mana? Lajunya dia lari." V tertanya-tanya.

"Dia kata dia terbau sesuatu. Mungkin buah ataupun daun itu." JAemin mengurut dagu.

"Jomlah ikut dia." Haechan pula yang mengetuai perjalanan.

"Dia dah lari jauhlah, tidak mungkin kita dapat mengejar dia dari belakang." Jimin mengurut sambil mengetuk-ngetuk lututnya. Mungkin lenguh kerana sudah 45 minit mereka berjalan.

"Korang tak penat ke?" Jimin memberhentikan langkahnya.

Mark datang dengan rupa serigalanya.

"Aku jumpa sungai, jom rehat kat sana jap." Mark berkata.

"Yeah! Dapat berehat!" Jimin bersorak.

"Kejap, aku ada bau sesuatu yang kuat." Renjun berkata tiba-tiba.

"Bau bau. Bukan jumpa apa-apa pun!" V mengejek.

"Senyaplah hyung! Aku betul-betul ada bau sesuatu!" Anak mata Renjun bertukar merah. Kakinya menghentak tanah yang tidak bersalah itu. Bergegar tanah itu dibuatnya.

Xxxxxxxx

"Ush, gempa bumi ke?" Chen berkata sambil memegang tanah.

Semua memalaukannya.

"Ok."

Xxxxxxxx

"Rilek la RenJun, hyung gurau je. Hehehe." V bersembunyi di belakang Jimin.

"Cepat pergi ikut bau tu." Haechan mengarah.

RenJun berlari menuju ke suatu pokok.

"Ha! Buah ni! Dah jumpa!" Renjun menjerit teruja.

"Yakah?" Haechan datang dekat pada buah itu dan memetiknya lalu menghidunya.

"Yeah, ini buahnya."

"Petik semua!" Mark mengarah.

Mereka pun memetik buah itu bersama.

V mengambil sebiji buah itu lalu disuap ke dalam mulutnya.

"Perh masamnya!" V mengenyitkan sebelah matanya menahan masam.

"Hyung! Kenapa makan semua!" Jeno memarahinya.

Mata V membulat dengan tindakan Jeno yang memukulnya secara tiba-tiba.

"Kalau ye pun, patahkan separuh. Jeno pun nak rasa."

"Hish budak ni. Buat saspen je." V mengangkat sikunya.

Setelah mereka siap memetik semua buah pelik itu, mereka menunjukkan hasil mereka pada Mark.

"Ni je korang dapat?"

"Memang sikit buah kat situ. Ada dalam 10 biji je." Jisung berkata.

"Tengoklah pokok dia pun kecil je." ChenLe menunjukkan ke arah pokok pelik itu.

"Daun dia bukan pada pokok yang sama ke?" Mark bertanya.

"Tak. Harabeoji tu pun cakap daun dengan buah dia lain pokoknya." Haechan menjawab sambil memukul lengannya yang dihinggapi nyamuk.

"Hmm... baiklah. Mari kita teruskan perjalanan. Mana tahu dapat jumpa dengan daun tu." Mark memberi kata putus dan mengetuai perjalanan. Biasalah, ketua.

"Weh Mark, aku rasa, baik kita pergi rehat dulu. Nak tercabut lutut aku ni." Jimin berkata.

"Okay, kita pergi dekat sungai yang kau cakap tadi. Aku nak minum air lah." Haechan berkata lalu menukarkan dirinya kepada serigala semula.

"Ne." Mark menjawab lalu membawa merekake arah sungai tersebut.       

Alien x tau nk cakap ape lagi dh. Idea kering
O ya.

VOTEU

Sayang readerz 💕💕

ツFriendsツ [C]Where stories live. Discover now