"Blrueekk!"
Tiba-tiba terdengar orang sendawa.
"Siapa sendawa itu?" Ina bertanya. Tiada sesiapa mengaku. "Ok."
"Malam-malam ini ada aktiviti juga ke?" Baekhyun bertanya sambil mengelap mulutnya menggunakan tisu.
"Kalau hendak buat boleh sahaja." Ina menjawab.
"Siapa hendak buat? Angkat tangan. Kita ikut majoriti." Suho berkata.
"Satu, dua, tiga........... dua puluh tiga... eh?" mana pula datang lagi satu tangan?
Ina mengira balik. "Satu, dua................. dua puluh dua... mungkin saya salah kira tadi."
"Ok, semua nak."
"Baiklah, apa aktiviti kita?" Chen bertanya.
"Buat lagu?" Lay memberi cadangan.
"Buat bbq!"
"Berapa banyak awak nak makan?" mereka bertanya kepada Chanyeol serentak.
"Night walk?" Suga memberi cadangan. "Hmm... boleh dibincangkan."
"Ala... malaslah." J-Hope membuat alasan. "Malas ke takut?" Xiumin sengaja mengusik. "Hyung ni..."
"Cerita hantu?" Sehun berkata. "Kita dekat tengah-tengah hutan beb, boleh tak jangan cerita pasal benda tu dekat sini. Dahlah baru jumpa........ emmm!!" mulut J-Hope ditekup Suga.
"Kau jangan cakap benda mengarut boleh tak?"
J-Hope mengangguk. J-Hope dilepaskan.
"J-Hope ni takutlah hyung rasa." Xiumin berkata. "Hyung ni... senyaplah!"
"Cerita hantu ea?" Sehun bertanya lagi. J-Hope menggeleng. "Ok." Yang lain menjawab.
Terpaksalah J-Hope mengalah.
Tiba-tiba, J-Hope ternampak lembaga hitam di belakang Jungkook. Apalagi melalak la dia dekat situ. "Kenapa Ho Seok?" Suga bertanya. "Cuba hyung tengok belakang Jungkook."
Meremang bulu Suga.
"Kenapa terjerit-jerit?" Suho bertanya. Jari J-Hope menunjukkan kebelakang Jungkook.
Suga menolak tangan J-Hope dan tangannya menunjuk atas langit. "Memang cantik bintang dekat situ." Suga berkata.
"Dia ini memang suka terjerit-jerit. Abaikan sahaja ya. Lagipun, dia ini memang penakut." Sambung Suga lagi.
Yang lain hanya mengangguk.
"Kita mulakan dengan Suho dan seterusnya. Round ok?" Ina mula memberi arahan.
"Pada suatu bla blab la blab la.." Suho mula bercerita.
Dan............ setelah 4 orang siap bercerita, Seohyun tiba-tiba menjerit. "Argh!!!"
"Kenapa?!" Tiffany disebelahnya terkejut tahap babun. "Akh... Ahk... Ai... Arghh!!" Seohyun tidak dapat menjawab dengan kata-kata. Seohyun hanya menunjuk apa yang ada di belakang Jungkook.
"Arghh!!" Tiffany pula menjerit.
"Hish! Tahulah boleh capai highnote! Tidak perlulah menjerit-jerit!" Taeyeon memukul Tiffany.
"B-bukan...." Tiffany tidak larat hendak menjawab dan akhirnya... dia rebah.
"Tiffany!"
뷔 X 지민
"V, rasanyakan... diorang cari kita tak?" Jimin memulakan perbualan. Entah mengapa dia tidak boleh melelapkan mata.
"Entahlah." V menjawab dengan mata yang tertutup.
"Awak hendak tidur ke?" Jimin melihat mata V.
"Malam-malam ini hendak buat apa. Terjumpa dengan langsuir baru tahu." V sengaja mengusik Jimin.
"Janganlah cakap macam itu!"
"Sakitlah!" V mengusap pahanya.
AWOOOOO
"Diorang dah jadi serigala ke?" Jimin terus duduk dan melihat keluar tingkap.
"Kalau diorang dah jadi sekali pun, kita nak buat apa. Terjumpa dengan pocong baru tahu."
"Hish, aku bunuh juga kau ni karang."
"Hehehe."
정국
Jungkook tersedar dari tidurnya. Sehun disebelahnya dikejutkan.
"Hish... janganlah kacau!"
"Ala Sehun hyung... Jungkook takutlah hendak pergi seorang-seorang."
Sehun tidak melayan Jungkook. Jungkook merengus.
Ditolehnya pula pada hyung disebelahnya.
"Hyung... teman Jungkook sekejap."
Suga tidak berkutik.
"Kalau aku kejut dia sampai esok pagi belum tentu bangun."
Tiba-tiba Jungkook ternampak bayang seseorang sedang berjalan. "Eo, tu mesti hyung."
Jungkook keluar dari khemahnya.
"Huh? Bila masa pula hyung aku ada rambut oren macam tu. Kerinting pula."
Jungkook mendekatkan dirinya dengan lelaki itu.
"Oi." Jungkook menyentuh bahunya.
Terkaku sekejap lelaki itu.
Jungkook pergi ke hadapan lelaki itu.
"Macam pernah nampak je kau ni." Jungkook berkata. "Aaa... dekat pokok pisang tadi." Sambung Jungkook lagi.
"Ah yea." Lelaki itu menjawab. "Hih, comella ngkau ni." Jungkook mencubit pipi lelaki itu.
"Apa nama kau." Jungkook bertanya. "Jisung."
"Jisung? Macam pernah dengar je nama tu." Jungkook memegang dagu. "NCT? NCT pebenda tah. Kau NCT ea? Macam mana pula dia boleh sesat sampai Malaysia."
"Woi Jungkook!" Suga memanggil.
"Eo, hyung." Jungkook memalingkan mukanya pada Suga.
Jisung segera menekan butang dilengannya.
"ARGHH!!" Suga menjerit. Terkeluar suara wanitanya.
"Kenapa hyung jerit-jerit ni? Hari ini memang hari jerit sedunia ea? Semua orang menjerit." Jungkook kembali memandang Jisung.
"ARGH!" Jungkook menjerit terkejut.Di hadapannya sekarang bukan lah Jisung yang kiut miut tetapi seekor (?) puntianak di hadapannya.
Putih mata Suga dan Jungkook.
Muahahahaha vote jgn lupe.
Omo! Ape dekat sebelah awk tu!!
*Kookie putih mata*
YOU ARE READING
ツFriendsツ [C]
Fanfic(Noob rakan. Noob) Yeah, sambungan untuk I'M BTS MANAGER dah pun siap! Oh ya, untuk fanfic ni... kite ade tambah watak. Nak tau kene bace la... Description die dekat bawah Aduh... Bersabar ye hati... Diorang ingat diorang tu permaisuri? Puteri? H...