Am I Your Slave?

47 10 0
                                    

"Ergh!" Ina mengeliat. Tangannya dinaikkan ke atas. Meregangkan otot-ototnya.

Ina duduk dan merenung pintu biliknya. Mindanya memusingkan apa yang terjadi semalam.

#FLASHBACK

Seohyun hanya tersenyum kelat melihat 3 orang manusia di hadapannya. Tangannya mengutip cebisan cawan kaca yang terjatuh tadi.

Ina yang sememangnya berhati perut, terus membantu Seohyun. Bibirnya tidak lekang dari senyuman. Jika diikutkan hatinya, mahu sahaja dia gelak guling-guling disitu. Kerana...

Seohyun mengikut lampu suluh pada dahinya. (ok, lawak hambar)

Chanyeol masuk ke dapur. Matanya terlihat ada enam buah mug yang berisi milo panas.

"Ini untuk SNSD ke?" tanya Chanyeol sambil menuding jarinya pada air milo tersebut.

Seohyun mengangkat kepalanya dan mengangguk. Ina terangkat kening. Apa yang mereka buat malam-malam sebegini?

Kaca-kaca yang bersepah itu telah siap dibersihkan.

"Saya minta diri dulu." Kata Seohyun sambil menatang dulang air milo tersebut. Tersenget-senget dirinya membawa dulang tersebut.

Dan...

Buk! Kepala Seohyun terhantuk pada rak makanan. Cawan melanggar antara satu sama lain. Nasib baik tidak tumpah.

"Awak hendak saya tolong?" Ina menawarkan bantuan.

Seohyun mengangguk. Diserahnya dulang itu kepada Ina. Ina mengambil dulang itu dan menatang dulang itu lalu pergi menuju ke bilik SNSD.

Pintu bilik SNSD dibuka.

SNSD menolehkan kepala mereka kebelakang. Seohyun mengambil dulang dari tangan Ina dan meletakkannya di atas laci yang bersebelahan katil Taeyeon.

"Dan selepas itu..." Taeyeon bercerita dapat didengari oleh Ina. Daun pintu ditutup.

"Mesti tengah cerita, cerita hantu." Ina berkata sendiri.

#END FLASHBACK

Ina tergelak sendiri. Jam didinding dikerling. Sudah pukul 10.30 pagi.

"What?! Mereka dah makan ke belum?!" Ina terus keluar dari biliknya dan menjenguk dapur. Terlihat ada satu mangkuk yang berisi jjajangmyeon. Mereka sudah makan.

Ina mengangkat kakinya menuju ke bilik untuk membersihkan dirinya.

엑소 X 방탄소년단 X이나

"Ah~" Ina menghembus nafas lega setelah punggungnya selamat mendarat pada sofa empuk itu.

Tangannya laju menekan butang ON pada alat kawalan jauh televisyen itu. Televisyen terbuka. "Aah~ Runningman!"

Tidak sampai 10 minit Ina menonton televisyen itu, D.O memanggil Ina dari biliknya. Ina bangun dari sofa dan menuju ke bilik D.O.

"Ada apa?" tanya Ina sebelum mengalihkan pandangannya dari telefon bimbitnya.

"Eh, semua ada di sini?" tanya Ina lagi. Enam ahli Bangtan Boys kecuali V hanya tersengih.

"Ada benda yang hendak kami bincangkan." D.O berkata mewakili 15 orang di dalam bilik itu.

"What is it?" Ina melabuhkan punggungnya di atas katil Chanyeol dan D.O.

"Young Min hyung..." Suho memulakan perbincangan.

"Minta Ina..." Sehun menyambung.

"Untuk..." Baekhyun berkata tatkala tangannya memintal-mintal rambut Taehyung.

ツFriendsツ [C]Where stories live. Discover now