ARTIST KPOP DATANG LAGI?! part 1

84 15 2
                                    

"Now, bagi tahu saya semuanya! Dari A hingga Z, satu sampai sepuluh, alif sampai ya, makan maggi hingga titisan kuah terakhir !(whut?) Faham!" Ina berkata dengan nada marah plus geram.

"Ne! (Baiklah!)" EXO menjawab serentak seperti askar dalam drama Descendants Of The Sun. Mereka berdiri tegak mengelilingi katil Ina. Manakala Ina duduk di tengah-tengah katil. Aduh, terasa seperti puteri pula! Mengapa puteri pula? Entahlah.

"D.O! Suho! Beritahu saya bagaimana mereka boleh berada di rumah saya ini?!" Ina bertanya bernada tegas. Tiada oppa di belakangnya. Nampaknya, kini, Ina memang betul-betul marah!

D.O dan Suho masih menunduk. Tidak berani mengangkat muka.

"Tidak dengar apa yang saya tanya?!" Ina sekali lagi menaikkan volume suaranya.

D.O dan Suho segera mengangkat muka. "Mereka.." "Kim Young Min hyung..." "Datang Malaysia..." "Hotel mahal..." "Datang rumah Ina..." "Fan meeting..." "Depan KLCC..."

EXO dan Ina memandang Suho dan D.O yang sudah berterabur ayatnya. Hampir tergelak juga The Beagle apabila melihat si ketua dan burung hantu kalut dan gelabah seperti itu. Takut sangatlah itu.

"Apa yang awak berdua cakap ini?" tanya Ina.

Serentak D.O dan Suho berhenti bercakap. Mereka kaku seperti tiang lampu.

"Beri tahu satu persatu. Saya mahu D.O menceritakan." Ina berkata dengan memberikan senyuman untuk menyedapkan hati D.O. Dirinya juga menahan tawa akibat mendengar jawapan gelabah D.O dan Suho tadi.

"Begini ceritanya..." baru sahaja D.O mahu melabuhkan punggung di atas katil empuk Ina itu dan membuka cerita, The Beagle (Chanyeol & Baekhyun) menarik bahu D.O.

"Apa tarik-tarik ini?!" D.O menjerit minta dirinya dilepaskan.

"Tidak adil lah jika awak seorang sahaja yang duduk manakala kami semua berdiri." Baekhyun memberikan jawapan jujur.

Ina melihat ahli EXO yang sedang berdiri mengelilingi katilnya.

"Mengapa tidak duduk? Hahaha! Kamu semua ini seperti kena marah pula!" wajah Ina bertukar ceria.

EXO berkata dalam hati ~ memang kena marah pun...

Kini, mereka membuat satu bulatan besar di atas katil Ina.

"Baiklah D.O oppa... sambung cerita." Apabila EXO mendengar perkataan oppa di belakang nama D.O itu, terus mereka menghembus nafas lega. Nampaknya, suhu hati Ina telah pun turun.

엑소

"Ooo..." Ina mengangguk faham apa yang diceritakan oleh D.O.

Begini ceritanya...

SNSD ingin membuat fan meeting di Malaysia. CEO SM teringat kepada EXO yang masih berada di Malaysia. Jadi, CEO SM meminta SNSD untuk tinggal bersama dengan EXO buat sementara waktu ini. Arahan ketua terpaksa diikuti.

Disebabkan Ina merupakan haterz SNSD, terpaksalah EXO memikirkan pelbagai cara untuk memujuk Ina supaya memberikan kebenaran untuk SNSD tinggal bersama.

Sebelum SNSD sampai Malaysia, EXO sudah menghubungi Ina. Tetapi waktu itu, Ina sedang mamai-mamai dari bangun tidur. Jadi, Ina pun ya kan sahajalah kerana tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Baekhyun.

"Maknanya... saya akan bersama SNSD selama 2 bulan?!" Ina menjerit menekup mulut. EXO mengangguk.

Sebenarnya, EXO juga tidak tahu hendak menggelarkan Ina sebagai haterz SNSD ataupun fanatik SNSD. Kerana Ina mempunyai semua album SNSD kecuali yang paling terbaru ini.

ツFriendsツ [C]Where stories live. Discover now