TING!
"Yeay! Sudah siap!" Jungkook bersorak. D.O hanya menjeling Jungkook yang perangainya mengalahkan budak-budak.
"Auch! Neomu deobda!" Jungkook menghisap jari telunjuknya.
"Memanglah panas baru keluarkan dari oven." D.O menggumam sendiri.
Jungkook menjeling D.O. D.O menjeling Jungkook. Naik juling mata dua orang namja itu.
"Ow yeah~" Ina berkata sendiri. "Sudah pukul berapa sekarang?" tiba-tiba Ina bertanya. "5.05." Jungkook menjawab.
"Baguslah itu! Ina, mari masak." D.O bangun dari tempat duduknya itu dan mngeluarkan ayam dari peti beku.
"Okay."
"Kookie hendak tolong juga kah?" D.O menggunakan taktik semalam. Harapnya menjadi lagi.
"Kookie hendak tolong! Dulu masa dekat Korea, omma Kookie selalu tidak bagi Kookie tolong dia masak. Dia kata Kookie kecil lagi. Sekarang ini Kookie sudah besar, boleh kan masak?"
"Semestinya!" Ina memberikan lampu hijau pada Jungkook untuk menolongnya masak.
D.O mengeluh.
소녀시대 X 엑소 X 방탄소년단
Makan malam sudah tamat sesinya. Ina ingin menyambung semula drama yang tergantung tadi. Dibawa bersama balang biskut berisi biskut itu ke ruang tamu.
Ina mengeluh. Haduh... SNSD ada di ruang tamulah. Bukankah Ina sudah menyediakan televisyen di tingkat atas? Hendak juga menyibuk di tempat orang.
"Eo, Ina!" Sunny memanggil Ina. "Adush! Habislah!" Ina menjerit dalam hati. "Ya?" muka geram semasin garam disorokkan. Muka manis semanis susu pekat ditunjukkan pada SNSD.
SNSD: Oh! Manisnya!
Third person: Oi, masuk balik.
SNSD: Ne
"Duduk sini." Yoona menunjukkan bean bag yang terletak di hadapannya. "Erm." Ina menurutkan juga. Tidak berani melawan. Jika melawan, boleh meletup rumah ini.
Tidak sampai 2 saat Ina melabuhkan punggungnya, Taeyeon sudah membuka bicara.
"Tadi Sehun kata awak semua akan berkhemah."
Terlopong mulut Ina sebentar. "Budak ini, saya akan kerjakan dia!" Ina berkata dalam hati.
"Ya, memang kami bercadang untuk berkhemah. Tetapi... kami tidak menetapkan lagi hari apa." Ina juga terfikir sebentar. Mereka tidak memberitahunya pun untuk pergi bila dan dimana. Jangan dirinya kena tetapkan sudah.
"Jika betul-betul jadi, kami juga hendak ikut." Taeyeon berkata dengan serius.
"What? Eonni! Kita hendak pergi ke hutan? Dan... dan tidur di dalam hutan? Saya tidak sanggup!" Tiffany sudah menggeleng-gelengkan kepalanya.
Ina sedikit lega apabila Tiffany berkata begitu.
"No! Semua kena ikut!" Taeyeon menggunakan kuasa vetonya. "Andwae! Awak semua! Awak semua hendak ikut ke?!" Tiffany menggoncang-goncangkan bahu Sooyoung.
"Yah! Sooyoung-ah!" bahu Sooyoung digoncang-goncangkan. Sooyoung masih menundukkan wajahnya.
Tiffany seperti hendak menangis wajahnya. "Kalau awak tidak mahu ikut, awak boleh keluar dari kumpulan ini."
Kata-kata Taeyeon menyebabkan semua mengangkat muka. "Taeyeon eonni, jangan sampai begitu sekali." Sooyoung memeluk Tiffany.
"Dia tidak buat salah apa-apa. Dia hanya tidak mahu sertai perkhemahan ini." Yoona pula membela Tiffany.
"Jika dia keluar, siapan pula mahu ganti line dia?" Sunny bertanya. Tujuannya mahu memujuk Taeyeon supaya menarik semula kata-katanya.
"Awak bertiga juga mahu keluar dari kumpulan ini?"
Semua menggeleng.
"Jika begitu, sertai perkhemahan ini."
"Alahai, dramanya!" Ina menggumam dalam hati.
"Hmmm... ne." Mereka menjawab serentak.
Ina mengeluh panjang.
"Itu sahajakan? Boleh saya masuk bilik?" Ina minta izin untuk melarikan diri.
"Jamkkanman (sekejap), boleh atau tidak kami ikut?" Taeyeon bertanya sekali lagi. "Boleh." Ina menjawab lalu tersengih. "Baiklah itu sahaja." SNSD bangun dari sofa dan balik ke bilik mereka. Setelah mereka hilang dari pandangan, Ina segera masuk ke bilik maknae EXO.
Tanpa pintu diketuk, Ina menerjah masuk. "Mana Sehun ini?" Ina bertanya sendiri.
Selepas bilik Sehun diterjahnya, bilik Suho pula jadi mangsa. Bilik Suho juga tiada orang. Dan... yang terakhir bilik The Beagle.
"Hak!" Ina membuka pintu bilik Chanyeol. Semuanya ada di dalam. 14 pasang mata memandangnya.
Mata Ina melilau mencari Sehun. Itu dia!
Ina mencengkam leher baju Sehun dan berkata. "Kenapa awak pergi bagitahu SNSD pasal benda ini?! Kenapa kenapa kenapa!!" Bukan setakat cengkam, Ina menggoncang-goncangkan sekali badan si maknae itu.
"Oi! Boleh mati budak itu!" Chanyeol menarik bahu Ina. Apalagi, terduduklah Ina.
"Saya tanya awak kenapa awak bagitahu si SNSD itu?" Ina memperlahankan suaranya. Kini dia duduk memeluk lutut dan memandang Sehun yang sedang duduk bersila menunduk memandang lantai.
"Saya ingat lebih ramai lebih seronok. Masa itu saya teruja sangat sampai terlepas cakap dekat Seohyun noona. Tsk tsk." Sudah terdengar suara esakan Sehun itu.
Ina yang memang tidak boleh dengar orang menangis apatah lagi dirinya yang buat orang itu menangis terus berasa serba salah.
"Oioi, sorry. Janganlah nangis. Saya cuma tidak dapat mengawal perasaan saya bila SNSD cakap dekat saya yang oppa ajak mereka pergi berkhemah sekali. Oppa tahukan, mereka akan berlagak diva di sana. Dan berkemungkinan besar, semua benda mereka suruh kita buat. Lihat sahaja dirumah ini pun, selamba badak sumbu mereka sahaja hendak makan di meja makan kita. Sepatutnya, mereka yang kena makan diluar, tetapi, kita pula yang dihalau keluar." Panjang lebar Ina memberikan ayat kepada Sehun untuk memujuknya.
Sehun hanya mengangguk sekali.
"Hmm... tidak mengapalah, kita bawa jelah SNSD itu sekali."
Semua mengangkat muka dan memandang Ina. "Kenapa? Tidak setuju?" Ina mengangkat keningnya. Tiada siapa yang berani membantah. Semua menganggukkan sahajalah kepala mereka.
"Oh ya, bila kita hendak pergi berkhemah itu?" J-Hope memecahkan kesunyian yang tidak rasmi berlaku.
"20 hari bulan nanti?" Xiumin memberikan cadangan. "Masa itu semua free kan?"
"Kita buat lepas MAMA kan?" Sehun pula bertanya. "Ya."
"Kemas barang korang cepat sikit. 30 hari bulan nanti kita terbang pergi Hong Kong." Suho memberi arahan. Semua mengangguk.
"Ina boleh ikut kan?" Ina bertanya. Suho mengangguk. "Yeay!"
"Baiklah,kita akan buat 20 hari bulan." Ina membuat kata putus.
Yeah, senanye... Kookie buat mmg sebelum MAMA. Nthen, kookie publish lepas MAMA x pe kan? 😂😂
YOU ARE READING
ツFriendsツ [C]
Fanfiction(Noob rakan. Noob) Yeah, sambungan untuk I'M BTS MANAGER dah pun siap! Oh ya, untuk fanfic ni... kite ade tambah watak. Nak tau kene bace la... Description die dekat bawah Aduh... Bersabar ye hati... Diorang ingat diorang tu permaisuri? Puteri? H...