Hari Berkhemah part 2

50 9 0
                                    


THE EAGLE...

"Ok, kita berpecah-pecah." Chanyeol memberi arahan. "Tapikan Ina dah bagi kumpulan." V berkata. "Tidak mengapalah, kalau kita cari satu kumpulan, mesti sikit je kita dapat. Kalau kita berpecah, kita akan dapat banyak sikit dari kita jalan satu kumpulan." Baekhyun menyokong Chanyeol.

"Apa awak merepek? Saya tidak faham." D.O sengaja menyakat Baekhyun. "Nak senang, saya Baekhyun dan awak pergi cari ranting kayu bersama. Yang dua orang ini pula pergi cari tempat lain." Chanyeol berkata sambil menarik tangan D.O.

"Tapi hyung, kitorang mana tahu jalan!" Jimin berkata apabila si EXO mula meninggalkan mereka.

D.O cuba melepaskan pelukan Chanyeol. "Awak nak pergi mana?"

"Awak tahukan mereka tu kecil lagi. Sudahlah! Saya pergi dengan diorang!" D.O menarik tangan Chanyeol yang masih memeluk bahunya.

"No! Awak mesti ikut kitorang." Chanyeol mendekatkan mukanya dengan D.O.

D.O memalingkan kepalanya. V dan Jimin masih lagi tercegat disitu. "Mereka sudah besarlah D.O pandailah mereka jaga diri mereka sendiri." Baekhyun pula berkata. Terasa rimas pula apabila D.O membebel tidak henti.

"Macam mana ni V, mereka tinggalkan kita!" Jimin sudah mula rasa gelisah. "Chanyeol hyung tu memang sengaja ke apa? Mereka juga tahu yang awak ini tidak cukup sifat, mereka masih hendak tinggalkan kita."

"Bukan saya yang tidak cukup ye, awak yang tidak cukup!" Jimin sudah naik marah. "Sudah-sudah, mari kita cari ranting kayu. Saya lagi takut Ina marah dari awak marah. Kaja!" V mula mengutip kayu-kayu yang bersepah di sekeliling mereka. Jimin merengus.

Rapper Line...

"Saya sudah jumpa pokok pisang!" Suga berkata sambil berlari menuju ke arah pokok pisang. "Wow, banyak nya pokok pisang disini!" J-Hope memandang sekeliling.

"Hyung tidak takut ke?" Sehun bertanya. "Kenapa hendak takut pula?" Kai bertanya. "Dekat pokok pisangkan ada benda." Sehun berkata sambil membuat muka. "Kau.. mulut jangan celupar sangat!" J-Hope memukul Sehun.

"Hehe... sorry sorry."

"Sudah-sudah, petik semua daun ni lepas tu letak dalam plastik yang Ina dah bagi itu." Suga memberikan arahan. Maklumlah, dia yang paling tua sekarang ini, dia bagi arahan je.

"Kejap... Jungkook mana?" Kai mencari Jungkook. "Bukan dia ada dengan korang ke tadi?" Suga bertanya. "Memang ada... tapi sekarang dah tiada!!" Kai mula risau.

Sehun memandang sekeliling.

"Jungkook!!" Sehun menunjuk Jungkook yang seperti sedang bercakap dengan seseorang di belakang sebatang pokok pisang. (Kita pula yang rasa takut skang nih)

Suga dan yang lain berlari ke arah Jungkook. Badan Jungkook dipusingkan memandangnya. "Yah... boleh tak kau duduk satu kumpulan. Jangan pergi sorang-sorang. Nak mati aku tadi kau tahu tak?!!" Suga membebel.

"Hyung... janganlah over sangat... Kookie Cuma cakap dengan dia ni..." jari Jungkook ditunding ke belakang. Kai melihat belakang Jungkook.

"Mana ada sesiapa dekat belakang Jungkook."

Jungkook menolehkan kepalanya. "Eh, tadi dia ada... dia dah balik kot... sudahlah mari kita ambil daun pisang. Uuu... pisang pun ada, ambil sekali lah." Kata Jungkook sambil memetik pisang-pisang dari pokok pisang.

Meremang Rapper Line yang lain.

THE GIRLS...

"Okay, sekarang kita kena sediakan tempat untuk masak dan makan." Ina berkata sambil mencari kayu.

"Tidak boleh ke kita tunggu yang lain balik selepas itu baru kita sediakan tempat?" tanya Tiffany sambil meniup-niup kukunya.

"Mereka sudah cari bahan yang kita akan guna untuk memasak. Jika kita tunggu mereka, lambatlah kita makan." Yoona berkata sambil membentangkan tikar.

Tiffany mencebik. "Sudahlah, mari tolong diorang." Taeyeon mengajak.

BangtanEXO...

"Hyung, kita hendak cari apa?" Rap Monster bertanya. Sudah 10 minit mereka berjalan, mereka tidak mengutip apa-apa kecuali Lay.

Lay dari tadi mengutip ranting kayu. Chen bernyanyi kecil. Xiumin merakam gambar hutan. Suho mengetuai perjalanan. Rap Monster terpinga-pinga sorang-sorang.

"Cari sungai, kita pergi tangkap ikan. Kalau terjumpa buah ambil juga. Dan daun pisang. Bimbang juga Rapper Line tidak dapat menjumpainya." Suho berkata. Dia kan ketua, sememangnya semua benda diarahnya.

Rap Monster juga ketua. Disebabkan Rap Monster merupakan maknae disitu, tiada sesiapa yang mendengar katanya. Kasihan.

Xiumin masih leka merekam suasana hutan itu. Tatkala dia sibuk merakam, tiba-tiba ada sesuatu terakam.

"Wae hyung?" Chen bertanya kepada Xiumin. Xiumin kaku tidak bergerak. "Hyung!!" Chen mengoncang-goncang tubuh Xiumin.

"Kenapa?" Suho menuju ke arah Xiumin. Dan.................. Xiumin rebah. "HYUNG!!!" mereka semua terjerit.

Burung-burungdi situ terus berterbangan.      

ツFriendsツ [C]Where stories live. Discover now