Hari Berkhemah part 3

47 10 0
                                    

"Woi, apasal tuh?" Jimin terkejut apabila terdengar suara jeritan. "Jom pergi tengok." V mengajak. "Jam... sekarang kita dimana?" Jimin tertanya. Langkah V terhenti. "Sekarang kita dimana?" V pula bertanya. Kepalanya diangkat melihat suasana hutan. Semuanya dipenuhi dengan pokok. Dah nama hutan mestilah ada banyak pokok.

"V, jangan cakap kita dah sesat." Jimin mengundur kebelakang. "Kita tak sesat... kita cuma tidak tahu jalan balik ke tapak perkhemahan."

Xxxxxxxxxxxx

"Huh? Awak ada dengar apa-apa tak?" J-Hope segera memeluk bahu Suga. "Tidak... sudahlah, mari kita balik." Suga meneruskan perjalanannya. Pada hakikatnya, dia juga mendengar suara jeritan YONGGG!!! Itu. Disebabkan dia sudah rasa takut dengan apa yang berlaku dengan Jungkook tadi, terus dia mengambil keputusan untuk balik ke tapak perkhemahan.

Xxxxxxxxxxxx

"Ush, kenapa jerit-jerit itu?" Baekhyun memalingkan kepalanya kebelakang. "Mesti budak-budak itu, mereka kan tidak tahu jalan! Sudah! Saya mahu cari mereka." D.O berlari meninggalkan Chanyeol dan Baekhyun.

"Hadumakk... orang yang satu-satunya boleh diharap sudah tiada!" Baekhyun sudah dilanda kerisauan. "Saya ini tidak boleh diharapkan?" Chanyeol bertanya. Baekhyun tidak menjawab Chanyeol dan terus berlari mengejar D.O.

"Yah! Tunggu!" Chanyeol mengejar Baekhyun.

Setelah lama berlari, D.O berhenti seketika. "Haduh, mana budak dua orang itu?"

Tiba-tiba ada satu tangan menyentuh bahunya. Terkeluarlah highnotenya. "Woi! Tidak perlulah menjerit!"

"Mungkin mereka sudah sampai di tapak perkhemahan. Mari balik." Chanyeol mengajak. "Kayu pun sudah dapat banyaklah juga, marilah." Baekhyun bangun dari kedudukkannya.

"Tapi Taehyung dan Jim..."

"Sudah! Mari balik, mereka mungkin sudah berada di tapak perkhemahan sekarang." Chanyeol segera memintas kata-kata D.O.

Xxxxxxxxxxxxxx

"Suara siapa itu?" Sunny mengangkat kepalanya tatkala dirinya sedang menyapu-nyapu tikar.

Semua mengendahkan suara itu dan Sunny. Sunny mencebik.

Xxxxxxxxxxxxxxx

"Hyung! Macam mana ini?!!" Chen mula berasa cemas. "Mari kita balik ke tapak perkhemahan." Rap Monster mengangkat Xiumin dan meletakkan dibelakangnya. Maklumlah, dia seorang sahaja yang paling tinggi diantara semua.

"Ikut coklat M&M itu." Suho menunjukkan biji-biji coklat yang sengaja dijatuhkan bagi memudahkan mereka pulang ke tapak perkhemahan.

Setelah 12 minit mereka berjalan, akhirnya, mereka sudah nampak khemah-khemah yang didirikan oleh mereka tadi.

"Yeorobun!" Suho memanggil TTSSS dan HYYH.

"Wah, awak semua orang per..... Eh, kenapa dengan Xiumin oppa?!!" Ina segera mendapatkan Xiumin yang berada di dukungan Rap Monster.

"Dia pengsan tiba-tiba." Rap Monster menjawab seraya membaringkan Xiumin di atas tikar.

Ina meletakkan jarinya pada nadi Xiumin. "Dia hidup lagi." Ina berkata.

Nasib baik juga Ina mengambil jurusan perubatan di university. Dapatlah dia membantu serba sedikit sesiapa yang mungkin cedera dalam hutan ini.

Dan... tatkala doctor tidak berbayar itu menjalankan tugas, Chanyeol, D.O dan Baekhyun tiba di tapak perkhemahan.

"Apasal tuh?" Baekhyun menuju pada tempat yang dikerumuni ramai orang itu. Mana tahu mereka sudah makan dahulu tanpa mereka.

"Woi, kenapa ni?!!" terkejut Baekhyun apabila terlihat ada seseorang terbaring di atas tikar dan dikerumuni yang lain. Ranting kayu dicampak ke tepi.

"Hyung!!!! Jebal! Jangan tinggalkan saya lagi! Saya minta maaf saya selalu buli hyung! Tolong! Jangan pergi! Macam mana dengan EXO nanti!" Baekhyun sudah membuat drama air mata.

"Oi, jangan nak merepek, dia pengsan jelah!" Suho menolak Baekhyun yang tiba-tiba memeluk Xiumin yang sedang terbaring itu.

TTSSS menahan tawa mereka dengan menekup mulut masing-masing.

D.O memandang sekeliling.

V dan Jimin tidak kelihatan. "Ina, Taehyung dengan Jimin, awak ada nampak tidak?" D.O bertanya.

"Huh? Bukan mereka kumpulan dengan awak ke?" Ina bertanya.

"Memang mereka kumpulan dengan saya... tapi... Baek.... Eh.. Chan suruh mereka pergi cari di tempat lain..."

"What?! Awak suruh mereka pergi tempat lain berdua?! Awak tahukan mereka berdua itu kedua-duanya tidak boleh diharap!!" Ina bangun dari tempatnya dan melenting pada D.O.

"Chanyeol yang suruh." D.O menundukkan wajahnya.

"Mana Chanyeol?!"

Chanyeol mengangkat mukanya memandang Ina. Berubah riak mukanya apabila muka Ina berubah kepada singa jantan.

Ina mengangkat tangannya dan menghayunkan jarinya ke atas ke bawah memanggil Chanyeol. Tanpa membantah, Chanyeol datang pada Ina.

"Mana V dengan Jimin?" Ina bertanya. Chanyeol menikuskan diri. "Mana suara yang pandai sangat suruh budak dua orang itu pergi berdua sahaja?!" Ina melenting lagi. Chanyeol masih membatukan diri.

"Saya nak awak, Baekhyun dan D.O pergi cari mereka."

Chanyeol mengangkat muka. Belum sempat dia ingin berkata-kata Ina sudah memotong. "No, awak kena cari mereka sampai dapat."

Chanyeol membentak. Ina ditinggalkan. Pergelangan tangan D.O ditarik. Baekhyun dicari di dalam kerumunan itu. Bahu Baekhyun ditarik.

"Woi, apa main tarik-tarik ni?!"

"Kaja."

"Nak pergi mana? Saya nak tunggu sampai Xiumin hyung sedar!"

Ina hanya melihat tiga sekawan itu masuk ke dalam hutan.

Dan waktu itu juga Rapper Line balik.

"Woah, banyaknya korang dapat!"

"Jungkook cari semestinya dapat!" Jungkook memuji diri sendiri. Ina tersenyum.

"Yang dekat belakang itu kenapa?" Ina bertanya pada yang berada di belakang. Muka semua pucat.

"Kenapa itu?" Jungkook menuju ke arah Xiumin yang sedang terlantar. Ina juga ingin menuju ke sana. "Ina!" J-Hope memanggil.

"Hm?" Ina memalingkan wajahnya.

"Jungkookada follower." Sehun berkata apabila Ina sudah datang pada mereka. "Follower?"

Pandai ak kookie buat citer seram. Muahahahahahaha. Senanye x jadi an. Hmmmm.... X pela

😩😩
Jgn lupe vote auu

ツFriendsツ [C]Where stories live. Discover now