What The SNSD Is This?

74 14 0
                                    

Ina turun dari tingkat atas dan menuju ke ruang tamu dengan muka sedih, marah... hish.. susah hendak terangkan. Tetapi perasaannya waktu itu berkecamuk. Geram, marah, sedih, rasa hendak tumbuk sahaja muka ketua SNSD itu.

D.O ternampak Ina seperti itu terus ditanyanya apabila Ina mengambil tempat di atas bean bag yang disediakan oleh mereka tadi.

"Ina, gwaenchana?"

Ina mengangguk. "Yelah tu. Kami dengar apa yang Taeyeon cakap dekat awak tadi." Sehun mempertikaikan penyataan Ina.

"Suara dia lantang kot... lagipun tadi awak dengan Taeyeon cakap dekat luar bilik dan berada di tingkat satu. Sudah tentu kami dapat mendengarnya dengan baik." Baekhyun menambah lagi.

"Kami juga terkejut apabila dia sebegitu." J-Hope berkata sambil memegang dadanya tanda faham perasaan Ina.

"Itu lah. Kami fikir dia seorang yang baik kerana dia cakap perlahan dan sopan sahaja apabila di dalam rancangan-rancangan." V berkata sambil menyilangkan kakinya dan memegang dagu tanda berfikir. Ia membuatkan EXO mengeluh.

"Korang BigHit... memanglah..." Baekhyun berkata. Tetapi ayatnya tidak habis.

"Kitorang SM..." D.O menyambung ayat Baekhyun.

"Mereka hanya menyembunyikan belang apabila di rancangan atau dimana-mana..." Suho menyatakan fakta.

"Pada hakikatnya..." Chanyeol ingin membuat ayat tetapi tidak menjadi.

"Dorm mereka bersepah tahap rumah tikus!" Xiumin berkata sambil memegang kepala.

"Suka menjerit terlalak-lalak!" Chen memegang telinga seraya berkata.

"Menggedik apabila berjumpa dengan Super Junior, ShiNee, NCT Dream, NCT U, NCT 127!" Kai menyilangkan tangannya.

"Apa yang kami paling tidak suka..." Sehun berkata sambil menundukkan wajah.

"Mereka membuli Red Velvet!" EXO berkata serentak.

Terlopong Bangtan Boys dan Ina apabila mendengar apa yang dikatakan oleh EXO. Teramatlah mengejutkan. SNSD yang sentiasa Nampak cantik, comel, eligen, dan bermacam-macam lagi kata-kata manis yang diberikan oleh peminat SNSD, terdapat perangai buruk yang memang buruk!

Bak kata orang inggeris, don't judge a book by its cover. SNSD juga ada perangai yang tidak tersangka daripada wajah plastik cantik mereka itu.

Jungkook memberhentikan sesi terlopong itu.

"Malam ini kita mahu tidur dimana?"

Potong line betullah budak ini.

Soalan yang keluar dari mulut si maknae membuatkan hyung menjadi resah gelisah. Di mana mereka mahu tidur nanti? Tidur adalah perbuatan yang penting dan wajib dilakukan oleh setiap orang dan hidupan di bumi ini!

"Awak berkongsi bilik dengan EXO sahajalah." Jawapan spontan keluar dari mulut Ina. Ia membuatkan EXO mengangkat muka.

"Kenapa buat muka itu? tidak suka?" tanya Ina sambil terjongket-jongket kening.

찬열 X 디오 X 백현 X 태형

"Wah... dapat sebilik dengan Baekhyun hyung!" kata V seraya memeluk Baekhyun.

"Baekhyun hyung punya okay!" Chanyeol berkata sambil memeluk lengan Baekhyun. Maka, Baekhyun tersepit di tengah-tengah antara Taehyung dan Chanyeol.

Apabila Chanyeol berkata sebegitu, makin eratlah Taehyung memeluk Baekhyun.

"Oioi, korang semua hendak bunuh saya ke apa? Sesak nafas saya tahu tidak?!" Baekhyun meronta-ronta minta dilepaskan.

Chanyeol sudah melonggarkan pelukkannya. Apabila dilihatnya Taehyung masih peluk chingu kesayangan, terus di peluknya Baekhyun dan Taehyung sekali gus. Maklumlah, tangan dia kan panjang.

ツFriendsツ [C]Where stories live. Discover now