S A T U

3.7K 261 10
                                    

"Mwo? Jungkook taknaklah!" Kata jungkook kasar setelah mendengar ayat eommanya. Ada ke patut puan Jeon menyuruh Jungkook menjadi suami kepada ji hyo?

"Jungkook sayang, tolonglah. Kamu boleh kan ganti tempat arwah abang kamu tu? kahwin lah dengan ji hyo." Rayu puan jeon lembut.

"No! Kenapa pula jungkook yang kena ganti? Jihyun hyung dah tak ada, jadi apa salahnya kalau perkahwinan ni kita cancel?" Ujar jungkook dingin. Mentang-mentang dia kembar jihyun, muka serupa, nak suruh ganti pula. Memang taklah. Dia langsung tiada perasaan terhadap Ji hyo, malahan dia juga sudah ada kekasih hati.

"Kamu kena faham, keluarga dia dah banyak tolong keluarga kita. Bolehlah ya, Jungkook?" Puan jeon tidak putus-putus memujuk Jungkook supaya berkahwin dengan Ji hyo. Jungkook berdecit perlahan. Rimas!

"Habistu Irene macam mana? Jungkook tak mungkin tinggalkan dia macamtu je. Tolonglah, Ji hyo tu lagi tua daripada Jungkook. Jungkook taknak." Suara jungkook mula naik satu oktaf, dia juga tidak mahu mengalah. Masakan dia harus berkahwin dengan yeoja yang lagi tua daripadanya? taste Jihyun dan dia bukannya sama walaupun kembar. Puan jeon mengeluh kecil mendengarkan ujaran Jungkook.

"Eomma tak kisah semua tu, eomma tetap nak kamu kahwin dengan Jihyo. Tentang Irene tu, kamu lupakan je dia."

Terbuntang mata Jungkook, semudah itu eomma menyuruhnya lupakan Irene? "Eomma cakap senanglah, tolong jangan pentingkan diri, eomma. Lagipun, zaman sekarang mana ada kahwin paksa semua ni."

"Eomma tak peduli. Walau apa pun, kamu  kena juga kahwin dengan Ji hyo. Kalau kamu masih tak mahu, lepasni jangan cakap dengan eomma lagi." Sinis ujaran Puan Jeon, dia kemudian bangun dari tempat duduknya lalu melangkah keluar dari bilik Jungkook.

Jungkook terdiam. Beria benar eommanya mahu dia menyamar menjadi Jihyun dan berkahwin dengan Ji Hyo. Jungkook menserabaikan rambutnya. Gila!

Dahinya berkerut seribu, gigi diketap. Rasa marah, geram, sakit hati mula menyelubungi dirinya. Makin bertambah benci dia pada Ji hyo. Tak pasal-pasal kena kahwin dengan wanita yang dibenci, dan tua daripadanya. Seketika kemudian, senyuman senget mula terukir di bibir Jungkook. "Tak apa, nak sangat aku kahwin dengan dia ya.."








________________
Vomment [✔]

Next chapter baru author update panjang2, ni just permulaan je. So, vote please saiyang2 author sekalian 🐻❤ ~

𝙵𝙰𝙺𝙴 𝙸𝙳𝙴𝙽𝚃𝙸𝚃𝚈♡²⁰¹⁶Where stories live. Discover now