special chapter (i)

1K 81 15
                                    

Hello, as you know saya ada buat yang season 2 punya kan? yang ni saja je buat special chapter and takde kene mengena pun dengan yang s2 . Baca jelah xD.

*****

       Ji hyo menyimpan beberapa keping duit kertas ke dalam laci, sambil-sambil itu matanya mencuri-curi pandang ke arah seorang namja yang sedari tadi juga turut memandang ke arahnya.

Ji Hyo mula berasa rimas dan menyampah. Hampir sebulan namja itu asyik mengacaunya. Kononnya cakap suka. Perangai sudahlah macam budak-budak. Ji Hyo meng'agak bahawa lelaki itu datang ke kafe ini bersebab. Sebabnya apa? em----- . Fikir sendiri.

Sekali lagi pandangan mereka bertembung buat kali ke----- entahlah yang keberapa. Tak terkira. Kali ini, Ji Hyo membalas pandangannya dengan jelingan tajam. Tajam setajam tajamnya.

"Song Ji hyo, kenapa sombong sangat ni? main jeling-jeling pulak!" Jerit namja itu dari jauh. Disebabkan itu, beberapa pelanggan yang ada di dalam kafe itu mula menumpu ke arahnya.

Sedar akan situasi itu, namja itu hanya mengangkat kedua-dua belah tangannya persis seorang perompak yang menyerah diri kepada pihak polis. Tapi dia buat begitu tanda isyarat takde pape.

Ji hyo menggeleng perlahan. Kesal dengan perbuatan namja itu. Memalukan sungguh.

Namja itu mula bangkit dari duduknya lalu mengorak langkah ke arah Ji hyo dengan sebuah senyuman lebar terukir dibibirnya.

Dia menongkat dagu diatas kaunter seraya memandang wajah Ji hyo dengan senyuman yang tidak lekang.

"Hi crush, makin lama makin sombong." Ujarnya.

Ji hyo memandang geram. Dia ni, macam budak tak matang. Sudahlah dia langsung tak kenal siapa budak ni.

Crush crush crush pale hotak mu.

Ji hyo diam tidak melayan, sebaliknya meneruskan kerja yang tergendala.

Namja itu melirik ke arah jam tangannya. Kemudian dia mengeluarkan beberapa keping duit kertas lalu meletaknya di atas meja kaunter.

"I have to go now, see you tomorrow pulaklah. Bye,"  Si dia meminta diri sambil membuat flying kiss.

Ji hyo memandang jijik, sumpah cringe gila.

Budak ni gila ke?




*****

So, anda sokong special chapter ini diteruskan? nak siapa yang jadi namja tu? 🤔


 

        

𝙵𝙰𝙺𝙴 𝙸𝙳𝙴𝙽𝚃𝙸𝚃𝚈♡²⁰¹⁶Where stories live. Discover now