ji Hyo pov
Suasana malam itu sejuk. Aku tak sangka jihyun sanggup halau aku dan suruh aku balik sendiri. Dia memang betul-betul dah berubah. Aku menyeka air mata yang mula mengalir perlahan.
Mana nak cari teksi malam-malam buta macamni? bas pun tak ada. Nampaknya aku terpaksa melintas ke seberang, jejantas pulak tak ada. Sebaik sahaja aku yakin tiada kenderaan lain yang lalu di kawasan itu, aku terus melintas. Mata aku membuntang sebaik saja ada sebuah motosikal betul-betul ke arah aku, aku tergamam. Tiba-tiba terasa kaku.
Penunggang motosikal tersebut cuba untuk mengelak daripada terlanggar aku dan akhirnya, dia terjatuh di bahu jalan! aku terus berlari ke arahnya. Mujur tiada kenderaan lain yang lalu-lalang waktu itu. Kalau ada pun dua tiga buah aje.
"Gwenchana?" Soalku seraya cuba membantunya untuk bangun. Dia memegang sikunya yang sudah pun berdarah
"Mianhae." Aku segera meminta maaf. Tiba-tiba terasa serba-salah.
"Tak apa Saya okay. Bukan salah awak pun so tak payah minta maaf bagai. Lagipun luka sikit aje ni." Katanya.
"Em okey"
"Awak buat apa malam-malam buta ni? sorang-sorang pula tu?"
Aku terdiam seketika. Takkanlah aku nak cerita kat dia kut. Tak elok pula bila cerita masalah sendiri kat orang lain, lagi-lagi dengan orang yang aku langsung tak kenal.
"Saya nak balik." Aku hanya tersenyum nipis.
"Balik? rasanya mana ada teksi yang lalu kat sini time- time macamni. Bas pun tak ada. awak balik naik apa? jalan kaki?"
Aku mengangguk perlahan.
"Eh, bahayalah. Awak tu kan perempuan. Nak saya tumpangkan awak balik?"
"Eh, tak apa. Tak payah susah-susah." Aku segera menolak pelawaanya. Gila ke aku nak ikut dia? dia ni lelaki. Ni semua jihyun punya pasal lah ni, tinggal aku sorang-sorang kat sini. Aku dah berdebar dah bila lelaki ni ajak aku tumpang dia, mana tahu dia ada niat jahat ke, siapa tahu?
"Tak apa, saya ni bukan orang jahat pun. Awak tengok muka saya ni macam orang jahat ke?"
Ah mamat ni, dia seolah olah dapat membaca fikiran aku. Choii.
"T-tak."
Dia tersenyum.
"Btw, nama saya baekhyun. Byun baekhyun."
"Song ji hyo imnida."
"So? marilah saya tumpangkan awak balik. Takyah takut-takut, saya ni baik orangnya." Katanya sambil tersenyumm. Manis. Handsomenya mamat ni boleh cair tengok senyuman dia. Cute je weeyh. Walaupun teragak-agak, aku ikut je dia. Orang dah pelawa, ikut jelah. Takkan nak balik jalan kaki pula kan? Jauh. Aku mana larat.
Chap kali ni pendek sebab nak bagitau jee yang baekhyun watak baruu dalam ff nii keyh. Korang rasa baekhyun dengan ji hyo nanti macam mana? Jungkook pulak macam mana? Wait for next chap okay i will update ASAP ><.