Aku tahu dia mesti ada kat sini. Rumah nayeon. Kat mana lagi dia nak pergi kalau bukan rumah nayeon? lagipun aku dah puas cari dia merata tadi, sebab tu aku syak dia ada kat sini.
Aku menekan loceng.
Banyak kali aku tekan loceng, still sunyi. No wonder la mesti semua dah lena sebab sekarang ni dah pukul berapa kot.
Sekali lagi aku menekan loceng.
Tekan.
Tekan.
Tekan.
Dan tekan lagi.
Tidur mati ke?
Baru je nak tekan lagi, pintu dibuka.
Aku dah cakap dah, ji hyo ada kat sini.
Aku pandang dia, dia pandang aku.
"Macam mana awak boleh ada kat sini?" Tanyanya hairan.
"Cari kau la."
Dia mula menayang muka menyampah.
"Yang awak main tekan loceng ni kenapa? bising tahu tak? menganggu orang nak tidur!"
"Mian."
Suasana jeda.
"Jomlah balik?" Kataku selepas sedar dari tadi kami hanya diam.
"Taknak! Ohya, ingat tak apa saya kata kat awak masa kat rumah tadi?"
"Apa?" Aku menaikkan sebelah keningku.
"Ceraikan saya"
Aku tergelak kecil.
"Ingat tak haritu.."
"Apa?" Dia membalas dingin.
"Kau ada janji dengan aku, kau akan setia dengan aku no matter what happen. Tak ingat ke?"
Dia menggulingkan biji matanya.
"Awak yang paksa saya, suruh saya berjanji."
"Janji tetap janji. Kau kena ingat, aku ni still suami kau. Kau isteri aku. Jadi, kau kena patuh dengan aku. Sebab aku ni SUAMI kau." Aku menekankan perkataan 'suami'.
"Awak ni tak sedar diri ke? awak ni bukan jihyun. Awak jeon jungkook! awak dah menipu saya, layan saya teruk, awak ingat senang-senang je ke saya nak maafkan awak?"
"Come on laa! hina sangat ke aku ni sampai kau tak sudi nak maafkan aku?"
"Ya, hina."
Dia sempat menjeling tajam sebelum menutup pintu tersebut kasar.
Jual mahal betul.
****
Irene memakai mask bewarna hitam. Harini, semuanya serba hitam. Baju, seluar, kasut.
Dia memandang tepat ke arah nayeon, baekhyun, ji hyo dan
Jungkook.
Situasi mereka berempat .
"Jungkook, kau nak ji hyo hidup dengan kau? kau nak cakap yang kau cintakan ji hyo lahni? tolonglah, tolonglah sedar diri yang kau tu jeon jungkook. Bukan jeon jihyun." Kata nayeon sambil menggulingkan biji matanya.
"Tapi aku ikhlas." Sempat lagi jungkook menghadiahkan jelingan kepada nayeon.
"Eleh, aku serius tak suka kalau tengok ji hyo dengan kau, lebih baik dengan baekhyun. Lagipun baekhyun pun cintakan ji hyo juga. Baekhyun lagi layak dengan ji hyo kalau nak dibandingkan dengan kau!"
Jungkook mengetap bibirnya. Amboi melampau nampaknya nayeon kali ni. Kemudian dia mengalihkan pandangan ke arah baekhyun pula, baekhyun hanya membuat muka biasa.
"Tak suka? kisah apa aku? tu kau punya pasal lah. Lagipun kau kena ingat, aku dengan ji hyo masih lagi bergelar suami isteri." Kata jungkook dengan sinisnya.
Nayeon mencebik.
"Aku taknak masuk campur. Keputusan di tangan ji hyo, sama ada dia nak terima kau lagi atau tak." Baekhyun mencelah.
Jungkook terus mengalihkan pandangannya ke arah ji hyo.
"Kau suka baekhyun?" Tanya jungkook.
Ji hyo turut memandang jungkook, dia mengangguk tanpa teragak-agak.
"Tapi kau dah janji dengan aku, kau isteri aku. mana boleh macamni." Jungkook tidak berpuas hati.
"Jungkook terima jelah kenyataan." Kemudian nayeon pula mencelah dengan berlagaknya.
"Tapi aku dah cakap yang aku ikhlas kan?" Jungkook tidak mahu mengalah.
"Aku tak kira aku tetap taknak ceraikan dia! Lantak koranglah!" Jungkook bangun dari duduknya kemudian terus berjalan pergi dari situ.
Ji hyo terasa serba salah. Dia sayang sebenarnya tapi memandangkan situasi sekarang begini, dia teragak agak sama ada mahu maafkan jungkook atau tidak? tapi bila difikirkan semula, lebih baik mereka bercerai. Dia bukan jihyun tapi jungkook.
"Ops jeon jungkook, stop stop.. awalnya, nak balik dah?" Irene tiba-tiba muncul di hadapan jungkook dan menyebabkan langkahnya terhenti.
"Kau kenapa tiba-tiba muncul?" Tanya jungkook dingin.
Irene menarik tangan jungkook ke arah nayeon, ji hyo dan baekhyun semula. Jungkook menarik tangannya semula, kasar.
"Kau kenapa, perempuan?" Tanya jungkook sekali lagi.
"Well, aku dah dengar semuanya." Kata irene gembira sambil menanggalkan mask yang dipakainya.
"Ni ke irene ?" Nayeon mencelah.
Irene tergelak kecil kemudian mengangguk.
"Ouh, kau lah perempuan jahanam tu? kau kenapa datang sini? nak bunuh ji hyo? Sebelum tu biar aku yang bunuh kau dulu!" Nayeon memandang irene dengan pandangan geram dan jijik.
"Eh sabarlah. Apa ni marah-marah? Taka apa tak payah susah-susah nak bunuh aku. Nanti aku akan mati juga." Kata irene dengan sinisnya.
"And jangan risau, aku bukan nak bunuh ji hyo." Sambungnya lagi.
"Heh, manalah tahu. Kau kan gila?" Celah baekhyun pula.
"Hahahah, ya aku mengaku memang aku gila. Jadi apa masalahnya? Aku boleh buat apa je yang aku nak." Irene berjalan mendekati jungkook.
"Kau nak apa?" Tanya ji hyo pula.
"Aku nak apa? Dah tentulah aku nak jungkook!" Bentak irene.
"Kau dah tahu kan yang dia ni bukan jihyun? jadi, kau pun dah memang tak berminat dengan dia. So...."
"Kau jangan mimpi aku nak berbaik dengan kau semula lah sial." Celah jungkook, dingin suaranya.
Irene mengetap bibirnya geram.
"Jungkook kau akan menyesal sebab kau tak terima aku semula. You know what? aku ada cara mudah untuk dapatkan kau semula." Kata irene.
"Kau kenapa irene? aku menyampah tengok muka kau, boleh berambus dari sini tak?" Ji hyo mula geram melihat irene yang tergedik-gedik berdiri rapat dengan jungkook. Macam mana pun jungkook tetap suaminya.
Irene mengibas rambutnya ke belakang, gedik.
Irene mengeluarkan sesuatu dari dalam jaketnya