Tutt tutt
Jungkook menanti panggilan tersebut diangkat. Namun sudah beberapa kali dia mendail nombor itu tetapi panggilan tetap tidak dijawab. Dia mengeluh perlahan lalu mencampak phonenya ke atas katil.
"Mana pulak perempuan ni pergi."
Malam itu, jungkook tidak dapat melelapkan matanya kerana memikirkan masalah irene dan ji hyo. Dia sakit hati dengan irene. Dia menyampah dengan ji hyo. Ah, mahu taknya dia anti dengan perempuan nanti!
****
Ji hyo pov 🌻
Sebelum baekhyun pulang, kami sempat bertukar nombor. Katanya, kalau ada apa-apa boleh minta tolong dia je. Baik sungguh walhal kenal pun tak sampai sehari.
Telefon aku keluarkan.
6 missed call from jihyun! Aduh, aku mutekan telefon aku.
Chip!
Chip!
Chat daripada nayeon, kawan aku ((yall anggap je nayeon & ji hyo sama umur))
Nayeon ❤
Nayeon : Ji hyo esok pagi jom keluar, tempat biasa kbhoii gdnight.
11:46 pmAku hanya memberinya bluetick. Malas nak reply, aku tengok last seen jihyun, baru je lagi.
Jihyun💘
Ji hyo : Mian tak angkat call awak tadi, saya mutekan fon saya.
Ok satu tick,
Doubletick .
Dan seterusnya telefon aku off-kan.
Sedikit rasa bahagia mula timbul tatkala mendapat missed call daripada jihyun, sekurang-kurangnya ada daripada dia langsung tak ambik tahu tentang aku.
****
Nayeon memukul meja tanda tidak puas hati.
"Berani jihyun tinggal kau sorang-sorang? amboi celaka betul perangai dia lama-lama eh? Kalau ya pun marah takkanlah sampai buat kau macam tu. Panas hati pula aku dengar!" Nayeon mendengus kasar. Dia memprotes 100%.
"Jangan cakap macam tu. Aku pun actually tak sangka juga dia boleh berubah sampai macam ni sekali."
"Eyy entah-entah dia ada betina lain tak? Lelaki ni bukan boleh percaya sangat."
Ji hyo hanya mampu menggeleng mendengar ayat nayeon.
"Aku kenal jihyun tu dah lama, dia baik orangnya. Mesti ada sebab kenapa dia berubah sekarang ni."
"Haah memang ada sebab, sebabnya dia ada betina lain. Ni mesti betina yang kau cerita kat aku tadi tu, yang masa korang gaduh kat kedai tu, aku rasa betina tulah yang rampas jihyun daripada kau." Nayeon meneka.
Ji hyo terdiam seketika, ada betul juga apa yang nayeon cakap tu. Tapii tak mungkinlah?
~ Tringg
Ji hyo terus mengangkat panggilan itu tanpa melihat siapakah pemanggil tersebut.
"Nae? siapa ni?" Tanya ji hyo.
"Eh? tak save number saya ke?" Soal pemanggil tersebut. Dahi ji hyo berkerut. Dia kemudian melihat nama pemanggil tersebut, unknown number, tak kenal.
"Mian saya tak save number ni. Ni siapa ya?" Tanya ji hyo sekali lagi. Kedengaran seperti orang di talian itu mengeluh kecil.
"Ni baekhyun. Bukan semalam saya dah bagi awak nombor telefon saya ke? tak save?"
"Ouhh baekhyun! er haha mian saya tak save. Kenapa call?" Ji hyo tiba-tiba tersengih.
"Awak dengan siapa sekarang ni?"
"Dengan kawan saya. Kenapa?"
"Ouh. Cantiknya kawan awak, siapa nama?"
"Hah?" Ji hyo sedikit terkejut. Apebenda dia merepek ni?
"Saya tanya nama kawan awak apa? "
"N-nayeon." Tergagap-gagap ji hyo menyebut nama nayeon.
"Apa?" Nayeon menyampuk apabila ji hyo tiba-tiba mention nama dia.
Ji hyo hanya menggeleng tanda takde-pape-lah-wei
"Ouh, korang berdua je ke? boleh saya join sekali?" Tanya baekhyun.
Mata ji hyo membutang mendengarnya.
"Hah? Maksud awak ni apa?"
"Pandanglah belakang." Arah baekhyun. Ji hyo teragak-agak menoleh ke belakang, kelihatan dari jauh baekhyun sedang melambai-lambai ke arah ji hyo sambil tersenyum manis. Terkejut dibuatnya ji hyo. Baekhyun ni stalker dia ke apa? Baekhyun pun terus berjalan ke arah ji hyo dan nayeon.
"Boleh saya duduk?" Tanya baekhyun sambil senyuman di bibirnya tidak lekang(???)
"Duduklah."
"Siapa ni ji hyo?" Tanya nayeon sambil memandang baekhyun atas bawah.
"Dia lah orang yang tolong hantar aku balik semalam. Alah yang aku cerita kat kau tu." Bisik ji hyo. Nayeon hanya menangguk kemudian tersenyum.
"Gomawo sebab tolong hantar chingu saya sekor ni balik semalam." Ujar nayeon tiba-tiba.
"Small matters." Baekhyun masih lagi tersenyum.
Keadaan menjadi kekok seketika. Masing-masing dari tadi hanya senyum senyum dan senyum.
Sekali lagi telefon ji hyo berbunyi, dia mendapat panggilan daripada, Jihyun?(jungkook)
"Awak ada kat mana sekarang ni?"
Sebaik saja ji hyo mengangkat panggilan tersebut, jungkook terus menanya soalan tersebut.
"Kat luar. Er, kat kedai." Entah kenapa dia tiba-tiba gagap kerana suara jungkook yang dingin itu.
"Ouh yeke? Dengan siapa?" Tanya jungkook lagi.
"Dengan nayeon."
"Iye ke? habistu lelaki sebelah awak tu siapa?"
Ji hyo terkedu. Macam mana pulak dia boleh tahu ni? dia pun ada kat sekitar sini juga ke?
"Dia, kawan saya juga."
"Ouh, kawan. Ok baguslah kalau kawan aje, ingatkan siapalah tadi. Btw, awak hati-hati tau, jangan buat benda tak elok lah. Orang saya ramai yang perhati setiap pergerakkan awak. Kalau awak buat benda yang saya tak suka, nahaslah awak."
Kemudian panggilan dimatikan. Ji hyo tegamam. Meremang bulu romanya dengar jungkook cakap macamtu.
"Kenapa ni ji hyo? sape call kau?" Tanya nayeon sebaik saja melihat perubahan air muka ji hyo.
"J-jihyun yang call." Kata ji hyo sambil cuba memberi senyuman.
"Ouh." Nayeon mengangguk.
___________________________________
#TBC .