Jungkook pov
Aku menyandarkan badanku pada kereta. Dah kenapa lambat sangat minah ni? Aku dah lah malas nak pergi pilih baju kahwin. Dia pulak lembab, ingat aku kuli dia ke apa?
"Jihyun, sorry sebab buat awak tunggu lama." Aku pandang ke arah suara tersebut. Ji hyo. Menyampahnya. Malas nak layan, aku terus masuk ke dalam kereta. Tak pasal-pasal nama aku kena tukar jadi Jihyun! Eomma pun satu, apa salahnya bagitahu saja pada si Jihyo yang sebenarnya Jihyun dah tak ada? Aku pula yang kena menyamar. Ergh.
****
Ji hyo membelek belek gaun pengantin yang diragakan di dalam butik itu, lama juga. Tak tahu nak pilih yang mana sebab semua cantik! Jungkook mendengus kasar.
"Pilih cepat sikit boleh tak?" Akhirnya Jungkook bersuara, agak dingin.
"Hm awak nak warna apa? Antara warna pink dengan biru ni, yang mana cantik?" Tanya Ji hyo inginkan pendapat daripada jungkook. Jungkook menarik nafasnya perlahan, rimas pula rasanya.
"Pilih aje yang mana-mana."
Ji hyo mengambil gaun yang bewarna biru, "Kalau macamtu, saya ambil yang warna biru. Lagipun awak suka warna biru, kan?" Ji hyo tersengih. Jungkook membuat muka menyampah.
Dalam hati, Jungkook mengutuk ji hyo. Dah tahu Jihyun suka warna biru, ambil ajelah. Tanya lagi buat apa?
****
"Jihyun, apa kata kita pergi jalan-jalan dulu? awal lagi ni." Ujar Ji hyo berserta senyuman, sambil itu dia memegang tangan Jungkook namun segera tangannya ditepis kasar. Bagi Jungkook, perkara itu sungguh menjijikkan. Ji hyo sedikit terkejut dengan reaksi jungkook yang tiba-tiba saja menepis tangannya.
"Takpayah lah, balik je! Saya sibuk." Jungkook terus berjalan meninggalkan Ji hyo dibelakang.
Terkedu Ji hyo dibuatnya, namun apa yang dia mampu katakan lagi? dia hanya menurut sajalah kata-kata Jungkook. Mungkin Jungkook tiada mood hari ini, Ji hyo cuba berfikiran positif.
******
Jk pov. 🌻
Aku merebahkan badan ke atas katil. Penat, penat tengok muka orang yang aku benci. Menyampah pun ada. Disebabkan kematian Jihyun, aku pula yang kena tanggung sekarang, menyamar jadi jihyun dan berkahwin dengan Ji hyo. Sungguh, aku berharap ini semua cumalah mimpi. Tak semena fikiran aku melayang teringatkan pada Irene pula, yeochin aku. Patut ke aku beritahu dia pasal ni? putuskan hubungan kami? Ah tak mungkin. Fikiran aku betul-betul serabut sekarang. Aku keluarkan telefonku dari dalam poket dan mendail nombor Irene. Aku kena jumpa dia harini juga.
"Irene, awak sibuk ke sekarang ni?"
"........."
"Saya nak jumpa awak sekarang."
"........"
"Kat tempat biasa."
Selepas menghabiskan ayat terakhir, aku terus mematikan panggilan lalu mencapai jaket yang digantung pada dinding.
*****
Jungkook melihat jam tangannya sudah menunjukkan tepat pukul 3:00 petang. Tetapi irene masih lagi belum muncul. Tak kisahlah, yang penting dia harus tunggu sampai Irene tiba juga.
Tiba-tiba matanya ditutup dari belakang. Dia sudah mengagak itu adalah Irene. Siapa lagi yang selalu buat begitu kalau bukan Irene?
"Kookie, mian sebab lambat. Tadi ada masalah sikit." Irene terus meminta maaf. Jungkook hanya tersenyum nipis.
"Kenapa ajak jumpa ni? kelmarin kan dah jumpa. Rindu?" Irene tergelak. Jungkook masih lagi tersenyum nipis. Terasa serba salah pula hendak beritahu tujuan sebenarnya.
"Salah ke saya nak jumpa yeochin saya sendiri?"
"Takpun. I miss you too!"
"Ada ke saya cakap yang saya ni rindu awak?" Jungkook memerli irene. Irene menggulingkan bebola matanya.
"Elehh, rindu tapi tak mahu mengaku." Irene mencebik.
Jungkook terdiam beberapa saat. Dia tidak tahu mahu mulakan bagaimana. Hubungannya bersama Irene sudah tiga tahun lebih terjalin. Tapi, Disebabkan dia tidak mahu mengingkari arahan eommanya, dia terpaksa.
"Kenapa diam aje?" Suara Irene menyedarkan lamunan Jungkook.
"Tak ada apalah." Jungkook tersenyum kekok.
'Aku tak boleh putuskan hubungan kitorang. Tak mungkin aku sanggup sakitkan hati orang yang aku sayang? Hanya disebabkan Ji hyo, Perempuan tua tu? ergh.. Dah lah tua dari aku. Tunggu jelah nasib kau lepas kahwin dengan aku nanti, Ji hyo.' Desis hati jungkook. Dia tersenyum senget.
"Are you okay?" Tegur irene selepas menyedari perubahan jungkook.
"Okay." Jungkook hanya tersenyum.
Jungkook tidak peduli, sama ada dia nanti dia akan bergelar suami kepada Ji hyo atau tidak, hubungannya dengan Irene tetap akan diteruskan.
_________________
Vomment [✔]#Mian pendek jee ~ ><