D U A P U L U H D U A

1.3K 159 3
                                    

Irene pov

Aku merenung tajam wajah aku pada cermin, habis buruk! nanti ada parut, buruklah muka aku! Tak guna kau, song ji hyo! Tengok nanti aku akan seksa kau lebih teruk lagi. Aku rasa aku kena buat pembedahan pada muka aku. Nak bagi nampak lawa. Nasib baik aku ni anak orang kaya, jadi setakat nak buat pembedahan plastik tu hal kecil aje, Aku mencapai telefon di atas meja lalu mencari contact yang bernama jungkook . Aku terdiam seketika, nak buat apa eh? aku pun tak tahu nak buat apa. Tanpa buang masa, aku terus call dia. Berapa saat kemudian baru dia angkat.

"Apa kau nak, irene?"

"Saya nak awaklah."

"Eh bodoh geli tahu tak? cakap cepatlah, kau nak apa call aku ni?"  

Aku menggulingkan bebola mataku, tak habis-habis nak cakap aku bodoh. Bosan dah aku dengar perkataan bodoh tu, bodoh betul!

"Saya call awak ni pun sebab nak tanya sesuatu. I hope you will be honest."

"Tanya cepat sikit!"

"Kalau awak diberi pilihan antara saya dengan ji hyo awak pilih siapa?" Ya aku tahu aku tak patut tanya soalan ni, sah-sah lah kena maki dengan dia nanti.

"Pegi mati."

"By the way, Ji hyo ada dengan saya." Beritahu aku.

"Kau buat apa kat dia?"

Aku membuat muka menyampah. Aku menyampah dengan soalan yang dilontarkan oleh jungkook.

"Jangan risau, saya tak apa-apakan dia pun."

"Bagus. Sekarang beritahu aku, ji hyo kat mana?"

"Awak ingat saya bodoh sangat ke nak bagitahu awak? untuk pengetahuan, saya sebenarnya ada cederakan dia sikit. sikit je, tak banyak. jangan risau."  Jujurku.

"Kau buat apa?"   Tanya jungkook dingin.

"Bukan saya saja-saja nak cederakan dia, dia tu yang tiba-tiba pergi serang saya guna serpihan cermin. Dia toreh muka saya! habis buruk muka saya tahu? Silap-silap nak kena jahit muka saya ni. Lepastu saya balas lah balik. Salah ke?" Bohongku. Sengaja.

"Memang patut pun dia buat macam tu, siapa suruh kau culik dia?"

Mata aku serta merta membuntang, dia cakap memang patut pun?! melampau. Ah, geramnya! Aku kena lakukan sesuatu.

***

"Yah song ji hyo! bangunlah!" Irene menarik kasar rambut ji hyo.

"Kau ni memang dah melampau kan ?! Sebab kau, aku jadi macam ni, aku jadi macam orang gila! Bodoh!" Irene menampar pipi ji hyo yang sememangnya sudah luka.

"Aku tak puas hati dengan kau. Kau sepatutnya mampus awal, tak layak hidup! menyakitkan hati orang je tahu!"

"Stop it irene! sakitlah!" Wajah ji hyo mula berubah.

"Sakit? pergi mati. Hati aku ni lagi sakit." Irene menarik rambut ji hyo kuat.

"Aku tak kira, aku nak bunuh kau sekarang juga, song ji hyo!" Irene mengeluarkan pisau tajam dari dalam begnya, dia tersenyum senget.

Bukk!

Irene tiba-tiba terjatuh, dia memegang kepalanya yang sakit. Pandangannya juga tiba-tiba berubah menjadi kabur.











_____________________________________

Bye .

𝙵𝙰𝙺𝙴 𝙸𝙳𝙴𝙽𝚃𝙸𝚃𝚈♡²⁰¹⁶Where stories live. Discover now