10

464 20 3
                                    

Sepanjang kelas Medical, Farid hanya termenung sahaja. Begitu pulak dengan Mus. Aku? Entah aku hanya mampu melihat apa yang sedang berlaku. Biarkan sahaja. Beri mereka masa untuk bertenang.

Kelas tamat apabila jarum jam menunujuk pada pukul 12.30 tengah hari. Lunch hour!!! Biasanya aku akan makan tengah hari di kafe. Tapi kali ini aku memilih untuk pulang ke bilik. Kerana ada satu misi yang perlu aku lakukan.

Farid awal-awal dah balik bilik. Barang kali dia mahu beristerehat. Sesampai sahaja dibilik. Aku terus mengambil telefon cerdik ku dan terus mencari aplikasi Whatsapp dan mencari nama Hafiz.

'Assalamualaikum Hafiz kau okay?' Tanyaku untuk memulakan perbualan.

'Waalaikumusalam. Kenapa Nur?'

'Aku dah baca Whatsapp kau yang kau hantar kat Farid tadi.'

'Kau baca? Farid bagi?'

'Yup. Memang dia yang bagi. By the way kenapa kau buat Farid macam tu?'

'Maksud kau?'

'Yelah. Kau dah ketuk pintu hati dia. And now kau nak belah macam itu? Kau tak fikir ke wei? Lagi satu kau tahu malam yang kau kiss. Dia cakap kau orang pertama yang diam cium. Dan dia dah mula sayang kat kau. Dan dia happy malam itu. Kau tahu aku juga antara orang yang happy sebab kawan baik aku happy juga.'

'Serius?'

'Yup serius. Sekarang ini terpulanglah pada kau. Aku tak kisah. Tapi ingat.. kau dah buka pintu hati dia untuk kau. Dan sekarang kau nak belah macam itu je? Hemmm.. '

'Tak pe lah Nur. Nanti aku fikirkan dulu. By the way thanks.'

Perbualan aku tamat disitu. Sekarang ini aku tak tahu apa yang aku buat ini betul atau salah? Aku pun tak tahu nak cakap apa. Mungkin ini jalan yang terbaik aku ada. Mungkin lah. Hahaha. Sekarang ini aku hanya menanti keputusan dari Hafiz sahaja.

--------

Aku bergesa ke kelas. Jam menunjukkan jam 1.50 petang. Aku dah lambat. Terlelap punya pasal lah ini. Sampai terlewat aku bangun. Habis dengan roommate aku sekali bangun lambat.

Tepat jam 2 petang aku sampai ke kelas. Fuhhhh.. nasib baik lecturer tak masuk lagi.

Sejurus aku duduk di tempat duduk aku. Farid menghulurkan telefonnya kepada aku sambil membuat muka marah. Aku melihat di skrin telefon nya ada whatsapp dan ia dari Hafiz...

-------

Apa yang Hafiz katakan pada Farid? Adakah Hafiz melamar Farid? Atau Hafiz sekadar meminta maaf?

Nanti ada masa aku update lagi. Aku akan cuba untuk update selalu novel Teman ni. Thanks guys. 😊

TemanWhere stories live. Discover now