Bilik Hotel
"Aiman...." panggil ku.
"Ye... kenapa Nur?"
"Kau tahu aku suka kau kan?"
"Tahu."
Aiman sedang berdiri di meja solek dan aku berada di hadapan dia.
Satu langkah
Dua langkah
Tiga langkah
Aku peluk Aiman dengan erat tanpa aku perdulikannya.
"Aku dah lama nak peluk kau. Lepas ini kau kau nk benci aku, benci lah. Kalau kau tak nak jumpa aku pun tak ape. Aku tak kisah." Bicaraku lembut dan tanpa aku sedar air mata ku jatuh.
Aiman tidak berbuat apa-apa. Dia sekadar membisukan diri tanpa kata.
Aku melepaskan pelukan ku dan aku berlari ke bilik air. Aku menangis sepuasnya.
-----
"Nanti dalam bas kau duduk sebelah aku." Pinta Aiman. Aku sekadar mengaguk sahaja.Pagi tu mata seakan lebam. Mungkin kesan menangis malam tadi. Barang semua aku dah masukkan dalam bas dan aku akan turun di Larkin.
Pagi ni bas kami akan bertolak ke Rumah Melur di Kulai. Rumah Melur merupakan rumah bagi kanak-kanak istimawa berteduh.
Sesampainya kami di Rumah Melur. Kami melakukan lawatan di Rumah Melur serta beberapa saguhati diberikan kepada penghuni Rumah Melur.
Aku dan Aiman tidak banyak berbual. Aku hanya mendiamkan diri. Begitu juga dengan Aiman.
"Nanti dah balik rumah, jangan lupa whatsapp aku." Kata Aiman sebelum aku meninggalkan bas.
-----
'Aku peluk dia'Satu whatsapp aku taip dan aku hantar kepada Farid.
'Serius!'
Aku meninggalkan Farid dengan last seen. Aku perlukan rehat. Sesampai sahja dirumah aku terus masuk ke bilik ku dan aku hempaskan badan ku di katil.
Dan aku menangis lagi...
-----
Semangat pulak nak menulis balik. Thanks sbb baca novel Teman.
Nanti jangan lupa vote comment n share k.
😊
YOU ARE READING
Teman
Teen FictionHidup tanpa kawan boleh tapi hidup tanpa sahabat seakan kosong "Wei, aku tengok kau dengan Farid asik berkepit. dah macam belangkas aku tengok." kata Zikri. segala kisah aku kongsi bersama, sehingga dia rapat dan bercinta bersama seorang lelaki...