13

456 19 6
                                    

'Apa pulak aku gunakan kau? Pasal Farid? Dia cerita apa kat kau?'

Agahhhh. Aku rasa nak menjerit je sekarang ini.

'Bohong. Farid kata benda yang sama. Kau memang lah Aiman.' Aku menaip dengan keadaan marah, sedih, kecewa semua nya. Aku rasa.

Kebetulan hari tu boleh di kata kan lecturer tidak masuk ke kelas. Cuma pagi je ada kelas. Selepas jam 10 pagi boleh tiada lecturer masuk kedalam kelas aku.

Hari tu aku emo. Aku kecewa. Marah dan bermacam-macam lagi. Farid hanya mendiamkan diri. Tanpa sepatah kata keluar dari mulutnya.

'Part mana aku gunakan kau?'

'Semuanya. Start dari aku bagi no kau kat Farid dan Kau minta no Farid. Aku rasa bersalah sekarang ini.'

'Kenapa kau nak rasa bersalah pulak? '

'Yelah. Kau tahukan Farid dah couple dengan Hafiz. Kenapa baru sekarang kau luahkan perasaan kat Farid?'

'Mana aku tahu dia dah couple dengan Hafiz.'

'Agahhh.... Kenapa semua orang suka sangat dengan Farid? Sana sini Farid. Farid Farid Farid FARID.'

aku rasa kalau aku cakap depan Aiman memang dah lama aku menjerit sekuat hati. Timbul rasa benci aku pada Farid.

'Relex lah. Petang ini aku nak jumpa Farid dan kau ikut sekali.'

'Memang aku ikut dia pun. Dia minta aku teman.'

'Okay lepas kelas jumpa. Taman depan kolej.'

Hati aku masih sakit dengan apa yang berlaku.

-------

'Kau dah habis kelas?'

'Dah.'

'Kita orang tunggu kat taman depan jangan lambat.' Pesan ku pada Aiman

'Okay.'

Selang beberapa minit Aiman tiba di taman. Dia minta aku tinggalkan mereka berdua sendiri. Aku hanya mebalas dengan renungan dengan tajam.

Aku mengeluarkan telefon ada aku terus mendail no Yasmin.

"Min.. aku tak kuat min." Sejurus panggilanku diangkat oleh pemilik nomber.

"Kau kenapa Nur? Kenapa kau menangis ini? Cuba cerita kat aku." Tanya Yasmin sambil menenangkan aku.

Yasmin merupakan kawan sekolah lama aku. Antara kawan yang sudi mendengar luahkan isi hati aku.

"Dia tipu aku min. Dia bohong aku."

"Siapa wei? Siapa yang bohong kau?"

"Amin. Crush aku. Dia suka kat kawan baik aku min. Dan kawan baik suka kat dia juga." Air mata ku tidak bisa disekat lagi.

"Serious Nur? Kejap cuba kau cerita satu-satu. Aku tak faham."

Aku menarik nafas yang agak panjang sebelum memulakan ayat pertama. Aku menceritakan segala apa yang berlaku antara Aku, Farid dan Aiman.

"Sekarang ini Dia dan Aiman tengah jumpa berdua. Hati aku hancur min."

"Ya Allah. Sabar lah Nur. Kau kuat. Aku tahu Nur."

"Aku cuba min. Cuba untuk jadi kuat."

Lalu panggilan tu ku tamatkan. Aku melihat skin telefon ada Whatsapp masuk didalam telefon cerdik ku dan ia dari Aiman.

Aku cuba kuatkan semangat untuk membuka Whatsapp dari jantan tak guna tu.

'Kau kat mana?'

Aku tidak menjawab Whatsapp darinya malah aku terus berlari ketempat mereka berdua duduk 'date' . Mereka berdua tiada disitu. Aku cuba untuk mencari dan akhirnya aku tergamam terdiam seribu bahasa dengan apa yang berlaku di depan mata aku.

------

Chapter 13 siap pun. Gigih mencari idea.

Rasa macam nak tamat kn novel Teman ini. Tapi tu lah. Rasa macam tak puas lagi. Hihihi

TemanWhere stories live. Discover now