"Adik, panggil abang kat bilik. Dari tak keluar bilik. Entah hidup ke tidak abang kau tu." Arah Ibu kepada Fizi. Fizi merupakan adik ku yg ketiga.
"Abang, Ibu panggil." Panggil Fizi sambil mengetuk pintu bilik ku.
"Ye. Nanti abang keluar. Nak rehat kejap."
"Okay." Lalu Fizi meninggalkan bilik ku.
Aku masih didalam bilik dan aku tidak henti menangis. Pelbagai persoalan berlega dalam pemikiran aku.
'Dia benci aku ke?'
'Dia nak jumpa aku lagi ke?'
'Dia nak kawan dengan aku lagi ke?'
Agahhh.. aku stress. Aku cuba untuk berhenti menangis namun aku gagal. Aku biarkan air mata ku mengalir. Sejam lebih aku meratapi
Kemudian aku mengesat muka ku dan mengelap air mata ku. Aku nekad nak move on dari dia. Aku dah tak nak fikirkan tentang dia lagi.
Aku melangkah perlahan pergi ke bilik air. Aku bersihkan diri dan aku keluar dari bilik sambil membuat senyuman palsu di muka ku.
"Abang okay?" Tanya ibu ku lembut.
"Okay je. Hihihi." Jawab ku sambil ketawa dibuat buat.
"Owh. Kenapa lama sangat terkurung dalam bilik?"
"Tak ada ape. Penat kut. Ikut program komuniti."
"Ibu abang keluar kejap. Nak amik angin."
"Jangan balik lambat."
Aku mengambil kunci kereta milik ayah ku. Beg lesan aku serta handphone sempat aku gapai. Aku menghidup kan enjin kereta dan segera aku meninggalkan kawasan rumah ku. Persoalannya sekarang.
'Kemana arah hendak ku tuju.' Monolog aku sendiri.
-----
Aku memarkin kereta di lot parkin Taman Bandar. Aku perlukan ketenangan. Fikiran aku serabut.Aku berjalan mengeliling tasik. Sudah puas aku pusing aku mencari bangku yang terdapat di tepi tasik.
Aku duduk lalu termenung panjang. Satu keluhan berat ku lepaskan.
*vibrate*
Aku mengeluarkan telefon pintar ku. Satu whatsapp dari Aiman.
'Kau kat mana?'
'Aku kat Taman Bandar. Kenapa?'
'Owh. Kau pandang belakang kejap.'
Secara automatic aku menoleh kebelankang dan aku terkejut dengan kehadiran Aiman.
Aiman menghampiri aku. Makin dekat dia dan semakin laju degupan jantung aku. Dia mengambil tempat disebelah aku.
Sunyi. Tanpa suara dikeluarkan antara aku dan Aiman.
"Kau okay, Nur?."
"Okay je." Jawab aku lemah.
"Tipu!!! Kau tak okay." Bidas Aiman.
"Kalau aku tak okay pun, kau boleh buat apa? Tak boleh buat apa kan! " jawab aku agar kasar dan suara aku bergetar.
Aiman menarik kepala aku ke bahunya. Lalu aku menangis sepuasnya. Aku tidak perduli orang sekeliling aku.
Setelah puas aku menangis. Aiman memegang tagan aku. Aku rasa lebih selesa dengan keadaan sekarang.
"Thank Aiman."
"Welcome. Nur aku ada benda nak bagitahu kau."
"Apa dia?"
"Aku nak kau jadi kawan aku. Aku nak kau selalu dengan aku."
"Even lepas apa yang berlaku sebelum ini?"
Aiman sekadar menganguk kepala lalu tersenyum.
---Selepas itu, aku makin rapat dengan Aiman. Dimana ada Aiman disitu ada aku.
Hubungan aku dengan Farid semakin pulih. Amin sekarang bahagia dengan BF barunya.
Cuma aku sahaja yang masih mencari soulmate dan aku percaya masa tu akan ditiba dimana aku bertemu dengan seseorang dapat terima aku seadanya.
-TAMAT-
Finally dapat tamatlah sudah novel Teman. Thanks pada semua yang sudi reed, vote, comment and share. Thanks sangat-sangat.
Rasa nak novel pasal budak hornet lah pulak lps ni.. hihihi.. apa-apa pun tunggu k.. 😊😊😊
YOU ARE READING
Teman
Teen FictionHidup tanpa kawan boleh tapi hidup tanpa sahabat seakan kosong "Wei, aku tengok kau dengan Farid asik berkepit. dah macam belangkas aku tengok." kata Zikri. segala kisah aku kongsi bersama, sehingga dia rapat dan bercinta bersama seorang lelaki...