Chapter 6

27 1 0
                                    

Dah serupa cacing kepanasan saja Minah baring di atas katil barunya . Sekejap ke kiri , sekejap ke kanan , sekejap bangun , sekejap duduk lepastu baring semula.Ini semua tak lain tak bukan terfikir akan esok harilah.

Setelah berbincang, atuk dan neneknya bercadang untuk mendaftar Minah ke sekolah baru esok.Minah belum bersedia tapi dia tidak punya hak untuk menolak cadangan itu.

Terlupa sekejap hal esok , Minah mula teringatkan dua orang budak lelaki yang sedari tadi mengganggu fikirannya.Seorang yang membantu atuknya di nursery dan seorang lagi pengekor.Dua-dua muka tak jelas.Apasal lah diaorang tu ada yang pakai cap lah , hoodie lah , topeng muka lah , macam macam ragam.Makin misteri budak budak zaman sekarang ni.Rungut Minah.

Lupakan semua ini Minah! Yang penting sekarang aku rindukan RapMon.Kotak minda Minah mengingatkan .Rindu gila dekat dia. Nak telefonlah. Minah pun mengambil telefon pintarnya lalu mendail nombor RapMon.Tetapi malangnya tidak diangkat.Dia pun meletakkan kembali telefonnya di atas tilam.

Tidak lama selepas itu , telefon Minah mula berdering bising seraya terpampang besar nama RapMon Si Pemanggil.Apalagi terjerit soranglah Minah.Suka sangat kawan dia telefon.

Hello RapMon...bla..bla..bla..

Sehingga larut malam mereka berhubungan atas talian.Bahagia sungguh hati Minah terus melupakan hal esok.

*do read the next chapter ya🌸

Small Issues Big MatterWhere stories live. Discover now