Chapter 8

25 1 0
                                    

Di hadapan Minah , kelihatan beberapa blok bangunan Sekolah Tinggi Myunseok tersergam kukuh.Tidak terlalu baru dan tidak terlalu usang.Biasa-biasa saja.

Meskipun begitu, blok-blok sekolah itu bagaikan dapat menarik perhatian sesiapa sahaja yang melaluinya.Dia seolah terpaku di situ untuk beberapa ketika kemudian tersedar semula lalu meneruskan kembali tujuan asalnya ke situ.

Sebenarnya, di manakah pejabat sekolah tinggi ni?Minah dari tadi tertanya-tanya.Kalah dalam pencarian, dia pun terpaksa memberhentikan langkah seorang pelajar perempuan yang kebetulan lalu dihadapannya.Terlekat elok tanda nama Suzy di uniform sekolah pelajar perempuan tersebut.

"Eerr..maaf tumpang tanya , pejabat sekolah tinggi ni di mana ya?"sapa Minah dengan penuh santun.Suzy senyum manis lalu berkata ," Oohh! pejabat sekolah terletak di Blok Rose tingkat dua". "Blok yang depan tu ke?" tanya Minah lagi."Haah" , Suzy balas."Terima kasih" , akhir kata Minah.

"Waa~~cantik tersusun sungguh pejabat ni", puji Minah setelah tiba di pejabat sekolah yang dikatakan Suzy tadi.Satu langkah,dua langkah,tiga,empat dan yup kini Minah berdiri betul-betul di tengah pejabat.

" Mana semua orang pejabat pergi ni? kenapa sunyi sepi je?"perasan Minah selesai saja melilau-lilau mencuri pandang ke seluruh isi pejabat.

Terlihat saja satu susuk tubuh yang asing lagi aneh menceroboh masuk ke dalam bilik studio itu , dengan beraninya Chanyeol menolak kasar tubuh Minah dari belakang sehingga jatuh terlentang budak tu ibarat katak mati sia-sia. Gedebushh! Minah jatuh. "Apa kau buat dekat sini hah!" Tengking Chanyeol.

"Macam kenal je suara ni,tapi dekat mana ek?" sempat lagi Minah flashback mindanya walaupun sedang mengerang menahan sakit yang amat. Segera Minah berdiri semula untuk berhadapan dengan mamat yang tak habis-habis dengan baran dia tu.Perkara kecil saja pun.Asyik marah memanjang kerja dia.

*do read the next chapter ya🌸

Small Issues Big MatterWhere stories live. Discover now